Khamis, 3 Disember 2009

mak andam pulau andaman

lately, i ketagih main mende alah ni nyah. ya ampun, serius mak suke nyah. sukeerrrrrr sangat2! napela dr dulu mak x tau ade mende alah ni. kalu tak bisnes mak mesti makin kencang. auwww! k la nyah, mak nak sambung mekap artis utk opera cina. bye nyah. chow chin chauww! auwwww!

* mak ni nampak je keras luar, tp dalam jiwa mak masih tersimpan naluri kewanitaan nyah. cantik tak model yg mak mekap ni nyah? :P

Khamis, 26 November 2009

siri merepek makan kerepek #6

# kalau kat Astro Citra ade cerita Lembing dan Layang, aku bercadang nak buat cerita Lembu dan Kambing sempena raya haji ni. ok dop? ofkosla kat channel RTM2. hehh.

# aku dah kemaruk nak tgk filem Karaoke nih. hopefully aku dpt realisasikan impian aku sabtu ni. we'll see.

# ape yg hebat sgt dlm 2012 tu? aku pon dh tgk, tp separuh baru. biase jek. efek2 sama mcm dlm file Armageddon, The Day After Tomorrow dan sumelah filem Holiwud yg berunsurkan kehancuran dunia. bg aku, ia akan jd best dan sukses sekiranya semua penonton terus insaf dan bertaubat sejurus menonton filem tersebut. ade ke? lu pikirla sendiri.

# ok, aku dah gained weight gile-gile skrg ni. serius. naik berat tu xlah bnyk, tp figure dh larik banyak nihh!!! muahahaha! kesian, gelakkan diri sendiri. sila berusaha utk kuat makan lg ye :P

# aku x reti pakai Nuffnang sbnrnye. hahahaha! sila gelakkan aku. iskk..

# jerawat dlm telinga dan bwh hidung ini sgt best, ok?!!!! pfftt..

# sgt kopak setelah menjadi Ah-Long part-time ni. haihh.. xpe, janji bayo.

# 'baby'ku sudah berumur setahun Disember ini! huhu... hepi birthday taipeR. :P

# bersedia utk menjadi lebih kopak+sengkek+kering utk bln Disember ni. kayalah Etiqa n JPJ ye.

# k, I dah eksaited nak balik beraya ni. I igt nak ikut highway jauh sket balek ni, konon amek feel warga kota pulang ke kampung. pehhh! haruss.

# babai. selamat makan kerepek di hari raya.

# assalamualaikum.

Rabu, 25 November 2009

Qurbani

aku rasa masih banyak perkara yg perlu aku korbankan dlm hidup ini.
ya, sgt banyak.
dan aku sgt2 menghargai pengorbanan yg telah dilakukan oleh semua orang utk diri aku, terutamanya ibu dan ayah aku.
terima kasih yg tidak terhingga aku ucapkan.
tetapi, ape je yg telah aku korbankan selama aku hidup ni?
mungkin ada, tp belum cukup banyak berbanding kau.
ya, aku manja. tapi x bermakna aku x boleh hidup dgn kaki sendiri.
aku mmg anak mak ngan ayah, tapi x bermakna aku perlu bergantung pakai terhadap mereka sampai sekarang.
aku dah besar, dah boleh hidup sendiri.
alhamdulillah, syukur atas nikmatNya.
kadangkala aku sendiri dalam kesamaran dgn erti di sebalik kalimah 'korban'.
aku x mau bicara tentang kamu, atau orang lain.
aku lihat diri sendiri dahulu.
korban jiwa?
korban harta?
korban nyawa?
apa itu semua?
kau mungkin lebih arif dr aku.
ya, terangkan.
ajarkan aku utk berkorban.
contoh terbaik, spt dlm sejarah nabi kita.
orang2 yg pergi menunaikan haji berkorban meninggalkan keluarga dan dunianya.
ibu bapa berkorban mencari nafkah utk menyara anak-anaknya.
nenda yg semakin uzur brkorban tenaga menjaga cucu-cucunya.
anak-anak berkorban tenaga memikul beg galas yg mengandungi buku2 teks yg berat utk menuntut ilmu.
pelajar-pelajar di IPT berkorban utk tinggal berjauhan dgn famili.
dan banyak lagi contoh pengorbanan yg ada di dunia ini.
aku cuma ingin muhasabah diri sendiri di hari raya 'Idul-Adha yg bakal menjelma ini.
sejauh manakah pengorbanan yg telah kita lakukan selama ini?
berbaloikah pengorbanan itu?
ikhlaskah kita?
untuk apa/siapa pengorbanan dilakukan?
mengapa?
dan bermacam lg persoalan dlm minda ini.
apa pon, di ruang alam maya yg terhad ini, aku ingin mengucapkan Salam 'Idul-Adha kepada semua peminat2, eh sahabat2 blog aku yg masih tegar membaca sehingga skrg.
ampun maaf dipinta sekiranya ada yg terasa.
aku juga masih belajar utk hidup.
marilah kita sama-sama menghayati erti di sebalik hari kebesaran ini.
wallahu'alam.

Berkorban Apa Saja
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia...
* versi arwah Asri pon best jugak. menusukk!

Isnin, 9 November 2009

gua pon nak cuti sekolah

gua perasan sejak akhir2 ni jalan dh x berape jam.
baguih2.. gua suke.
gua lapar (iklan sat)
nak kate cuti sekolah, belum lagi.
dah cuti kang, lg syok! haha..
suke betol aku.
tp yg x bestnye sume tempat peranginan dan pusat membeli-belah akan dipenuhi dgn budak2 skolah. nasib ah.
yg penting jalan waktu pagi, clear.
ckp psl cuti ni, gua pon nak gak cuti.
cuti tahun gua banyak lagi wooo..
gua mau pergi bercuti di utara la plak thn ni.
lebih spesifik, ke Perlis.
lame gile gua x kesana utk betul2 bercuti.
sebelum ni gua pergi sane sbg tempt laluan ke Langkawi je.
x sempat pon nak jelajah satu Perlis.
gua dgr Perlis boleh tahan jugak negeri dia.
kecik2 cili padi!
sebelum tu, gua n family dah plan nak ke Terengganu hjg bulan 11 ni.
tu pon sambil menyelam minum air, sbb nak gi konvo adik gua.
gua dah terbayang sata dan otok2 di Monica Bay (Teluk Mak Nik) Kemamang beb! perghhh... maott..
pendek cite, semua makanan pantai timur mmg taste gua.
heaven!
haishh, gua dah telan air liuq ni.
ok ah. mudah2an gua dapat merealisasikan impian sebelum hjg thn ni.
jom pi bercuti!
lapaq... (iklan lagi).



(gambar ihsan dr flickr sape2 tah)
* bengong. dahla lapar, lagi mau letak gambar. arghhhh!

Isnin, 2 November 2009

inilah dia...

happy anniversary to me!
setahun sudah saya bekerja di syarikat swasta ini.
alhamdulillah, so far so good.
tipulah kalau aku cakap hepi 24/7 mcm xde masalah je bile keja ni kan.
kalau datang time stress psl keje tu, mmg tahap dah nak hantar resign letter jek rasenye.
tapi, esok2 nye dah ok balik. haha..
yelah, nak resign. tp kije lain xde.
cam hape jek aku ni.
mane nak bayar duit kete? mane nak byr duit pinjaman?
dan mcm2 lagilah tanggungan.
u know what i'm sayin right?
alhamdulillah, dgn payslip yg agak2 cukup makan ni lah aku berjaya membuat loan utk beli 'baby' kesayangan aku ujung thn lepas.
tapi, saving aku masih x cukup memberangsangkan.
maksud aku disini saving utk berlibur. muahaha!
yelah, nak jugak ade year end vacation yg grand2 gitu.
makan best2 lagi, sumelah yg aku teringin tp susah nak dapat.
harap2, next year adelah kenaikan ye bos? hehe.. aminnn...
doakanlah aku murah rezeki ye kwn2.
dgn korang2 sekali aku belanja bile dpt bunus n increment nanti. hehe.. ;)

okeh, cukup psl kerja.
musim kenduri kahwin pon mule menyerang!
hehh.. tah bilela nak ade kenduri sndiri ye. haha..
pada semua kwn2 yg menjemput, mana yg sempat aku datang, aku datang.
mana yg x sempat tu, selamat pengantin baru aku ucapkan.
walaupon dah pengantin lama, tetap aku ucapkan selamat berkekalan hingga ke alam barzakh.
boleh gitu? hehe..
apesal cakap pon dh mcm nyah ni?
x kuasa ah.

ok2, aku sbnrnya nak buat review psl filim.
mcm biaselah aku ni, aseq2 psl filim jek.
x tgk filim, xdela aku update blog ni kan. lantak aku ler.
sabtu lepas aku telah membuat keputusan saat akhir untuk menonton filim ala2 dokumentari MJ's This Is It.
aku tgk secara solo, sbb waktu yg aku tgk tu adalah pagi ok.
so, aku malas nak ajak sesape kunun dgn niat taknak mengganggu-gugat ketenteraman org lain di waktu pagi, dan keputusan saat2 akhir aku itu.
aku tgk booking online dah mcm fullhouse, tp aku book jugek utk keselamatan.
w/pon seat yg aku dpt adalah sgt maut di dpn skrin.
tp, sbb communication skill aku yg power, ditambah dgn rejekik, aku berjaya jugak mendapatkan seat yg sgt selesa dan strategik dgn postur kepala/leher utk aku menghadap skrin panggung.
ditambah dgn cuace yg sgt sejuk pd pg sabtu dan suhu air-cond yg sgt rendah, aku pon memakai hoodie aku yg ala2 hiphopless itu. poyo.
layan beb. mmg layan tgk filim tu.
amaran! ini mungkin sekadar pendapat aku sbg seorang peminat sejati MJ.
so mungkin ianya subjektif bg kamu semua.
aku x kisah korang nak ckp x best, sbb mungkin bg korang biasa jek.
tp bg aku, aku puas menontonnya.
yelah, benda ni kire mcm ekslusif utk tayangan umum kan.
so, bila Ortega publish it to the audiences, aku grab peluang ni.
ada bnyk saat2 yg jarang kita nampak kat luar.
this is it.. this is the only movie which we can see his dedicated soul to his fans.
gile2 punye rehearsel beb.
certain bab mmg agak terpukau dgn gimik dan showmanship yg diberikan.
the dancers, the back-up vocals, the crews, the musicians, all have given their very best commitment to this concert.
salute.
kaki aku kdg2 bergoyang ikut menari rentak lagu Beat It dan Billy Jeans.
kepala aku kadagkala angguk2 dan geleng2 (baca: mcm tarian india).
bibir aku ikut menyanyi lagu Beat It dan Man In The Mirror.
durasinya yg agak panjang buat RM 8 yg aku belanjakan rasa sgt berbaloi.
puas aku dpt tgk semua footage.
dan kalau ada diantara korang yg mmg minat dgn MJ secara peribadi, percayalah.
anda tak akan rugi menontonnya.
walaupun adakala aku melihat MJ kelihatan spt skeleton hidup yg menari2 dan wajahnya yg agak ngeri utk dilihat, tp lagu2nya yg hits berjaya mengalih pandangan ngeri aku itu kpd sesuatu yg enjoy dan fun.

wah, poyo sungguh ulasan aku kali ni. haha...
tak kisahlah, yg penting blog aku ini dikemaskini seminggu sekali. wahaha!
okeh fellows of the ring, sekian sahaja persembahan hari ini.
jom sambung buat keje.

* bosses xde? yay! :p

Selasa, 27 Oktober 2009

in trend

ya, ape yg in trend nye?
salah satu yg aku kdg2 ketagih skrg ni adalah laman sosial 'mukabuku'.
tapi, kdg2 je bukak. tu pon sebab kesian dan sayang dgn tanaman2 aku kat Farmville dan BarnBuddy.
penat tu bukak ladang, igt senang ke. berpeluh2 gak ah. haha!
haihh, tapi tu lah. sejak akhir2 ni aku sgt2 x berpuas hati dgn naik taraf yg telah dibuat oleh pihak admin.
ini bukan lg naik taraf, tp turun taraf!
aku bukan ape, semak ah tgk benda banyak2 kat live feed tu.
unnecessary pon sbnrnye.
kenapa x biar mcm dulu2 jek? dah xtau nak bace yg mane satu kat situ.
last2, ilang mood aku nak maen FB. haha..
tapi, main gak waktu kije.
cume dah hilang kemanisannya sikit. aiyoo~
tgk, aku jarang update blog pon sbb FB.
dan aku update pon sbb FB jugak! haha..
gile kuat pengaruh FB ni ye.
uishh.. bahye kalu dibiar sampai lagha...
aku suke update kat situ sbb ramai kwn2 sejak zaman tadika sampailah zaman kerja aku ada disitu.
kire mcm best ah sbb dpt share same2, kan.
dan jugak kwn2 baru (artis & bukan artis) haha..
so, itulah. aku harap dgn adanya 'pertubuhan membenci penaiktarafan FB' di FB itu dptlah didengari dan diambil perhatian oleh pihak admin FB.
okeh, cam poyo jek aku update psl mende alah ni.
nak mengadu konon. hahaha!
komen korang yg pakai FB lak camne?

* ini entri merapu mase aku mangantuk. bosan ah.

Ahad, 18 Oktober 2009

i love my papa


ya, 2 kali aku menonton Papadom pd sabtu yg lepas.
bukan sengaja nak tgk smpai 2 kali, tp sbb mengenangkan kawan yg tak berteman mengajak jugek dan sanggup utk belanja aku tiket, maka aku pon balun jek. haha.
kebetulan sabtu yg lepas mmg dah janji dgn someone pg tu, n petang pulak free.
tempat yg sama, movie yg sama. nasib baik teman yg berlainan. wahaha!
ok, my personal review on Papadom.
overall, best. aku terhibur. isi dan mesej yg sgt senang difahami.
jenakanya boleh buat aku gelak, walaupun xdela smpai pecah perut, tp lawaknya di tahap yg pertengahan.
sbb bg aku intipati filem ini seharusnya lebih menjurus ke arah mesej yg ingin disampaikan.
bg aku ini filem serius. lawak jenaka hanyalah sebahagian drp rencah pengenak Papadom.
filem2 Afdlin, mcm tak lengkap pulak bila xde lawak jenaka drp Harun, n d geng.
lakonan drp setiap pelakonnya mmg terbaik.
walaupun ada ketikanya Farid Kamil ade nampak mcm 'off' sikit, tp the rest mmg the best!
Afdlin, Khiriah, Liyana, Harun, Scha, Que, Chelsea Ng, Pete Teoh dll mmg brilliant.
ok, dgn ini aku bersetuju dgn kemenangan Afdlin n Liyana utk anugerah pelakon terbaik FFM thn ni. yelah, dah tgk, baru puas hati kan. heh..
n paling best, terdapat beberapa babak yg mmg betul2 terkesan dalam hati.
gila.
tak semena2 air mata aku bergenang. siot. haha.
mungkin aku teringatkan ayah aku.
sbb dulu aku mmg nakal.
nakal mcm mana? hanya aku n ayah aku yg tahu. haha.
anak ayah beb, so mmg die overprotective gile2 psl aku.
that's why aku dapat relate cerita ni dgn kisah hidup aku sikit2.
tp xdelah ayah aku kongkong gila2 mcm dlm cite ni. haha.
kalu nak tau, korang kenala tgk mcm mana Afdlin control hidup anak dia dlm cite ni ek.
tapi aku menangis mase kali pertama aku tgk je, 2nd time dh x nangis dah. :p
bukan senang beb nak kasik aku nangis bile tgk movie.
sbb tu aku ckp filem ni berjaya.
in that case, i give 4/5 stars for this film.
good job Afdlin. x sia2 tunggu lama utk relase filem ni ye. hehe..


* masih mencari lagu boria utk runut bunyi cerita ni. mane nak dpt beb??? gile bes intro dia..

Jumaat, 16 Oktober 2009

but how?

agak sukar kalau hati betul2 dah terkunci utk menerima seseorang yg bergelar lelaki.
serius, sgt sukar.
aku boleh berkawan, tapi belum sampai ke tahap utk menjalinkan sesuatu perhubungan.
maksud aku disini, kekasih, perkahwinan....
arghh!
tidak adilkah aku jika bertindak mengikut rasa sendiri?
tapi, hati aku masih belum terbuka utk sesiapa pun pada waktu terdekat ini.
ya Allah, tunjukkan aku jalan...
berikan aku petunjuk.
yang dia, mmg benar2 utk aku.
amin.

* belum punya perasaan utk memiliki rasa itu lagi. boleh dipupuk ke? hmm..

lari tajuk sat. aku nak laki2 kurus & kelakar mcm hector jimenez (baju merah) tu bole? huhh!
senyum sikit tgk gigi?

Selasa, 6 Oktober 2009

ha?

gambar terbaru style rambut aku.












mmg ah x nampak. mase ni black out.
ok, apdeted olredi.
bai.

Khamis, 24 September 2009

naik lemak

td pagi terbaca akhbar Kosmo. dah pulak keliru dgn asal-usul Nasi Lemak. Singapura claim dia punya, Malaysia pon pertahankan jugak. haihh... macam2.. setahu akulah kan, semua yg originated drp org Melayu itu adalah milik Nusantara. ya, benua kita ni lah. kalau nak cerita pasal zaman tok kadok ni, bukanlah aku orangnya. korang kenalah membaca beb. kaji balik semua sejarah asal-usul bangsa sendiri. Malaysia? hah, korang cariklah sendiri dari mana asal-usul negara ni sebenarnya. rakyatnya, bangsanya, agamanya, budayanya, semualah. letih ah aku nak cakap dgn org yg dah 'panjang akal' ni. ha! aku nak bermadah sket.


"aku suke makan nasi lemak
aku suke makan roti canai
aku suke makan tau foo fah
aku suke makan roti nan
aku suke makan nasi kerabu
aku suke minum cendol
aku suke makan pecal
aku suke makan pau
aku suke makan char kway teow
aku suke makan putu mayam
putu bambu pon aku layan
tapi, aku ni India ke?
aku ni Cina ke?
Melayu?
aku ini Muslim Malaysia.
dan aku bangga menjadi anak Jawa.
tak kisahlah kau itu orang Singapura ke, Indo ke, Thailand ke,
yang penting kita sama2 duduk dalam satu benua,
yang dipanggil Asia Tenggara.
kita ini saling mempengaruhi.
janganlah pula asyik nak bergadoh!
nanti orang putih ingat kita ini bodoh.
ada paham?
Tuhan itu Maha Kuasa.
dah, semua duduk diam2.
jagan bikin onar lagi, mari kita bikin AMAN!"


nukilan lapar makanan,
amri
1203
240909
dino Kemis
* main lala tamplom sudahh..

malar segar #2

okeh, oleh sebab aku dah 'ter'janji nak sambung psl lagu2 raye kegemaran aku, maka aku dgn rasa rajinnya update jugaklah kan. hehh. gesek, go!

8. Sentuhan Di Hari Raya - macam biasa, alasan terbaik aku adalah Amy Search ah. hehe.. plus, sentuhan rock itu yg penting. haha. aku x boleh kalu dgr irama rock ni, terbakar jiwa aku ni tetibe. kalu tgh naek sheikh, aku capai gitar Kapok aku, lalu goreng sampai hangus. muahaha!

9. Halaman Asmara - ok, memule dgr masa jaman cerita Sembilu dulu2 igtkan lagu pop cinta biase jek. rupa2nya lagu raya daa.. layanla jugak lagu ni. sbb dia moden sket berbanding lagu raya bertema cinta yg lain. elemen rock? ofkoslah ada. haha.. lagu ni mengimbas memori aku jaman skola. erkk..

10. Keinsafan Di Hari Raya - suara Nash time ni mantap beb. skrg pon mantap gak, tp suare dolu2 lagi mantap. haha. bes woo lagu ni. aku x sangke rockers Malaysia sume hebak nyanyi lagu raya. salut beb!

11. Esok Hari Raya - korang kenal DR Sam? haa, lagu ni jujur. mmg kena sgt dgn feel ptg sebelum raya. rentak lagu ni pon catchy. spirit gembira nak raya tu mmg boleh keluar bile dgr lagu2 mcm ni. walaupon raya aku biasa2 ajek. hu2..

12. Hari Mulia - lagu ni rentak 80's, tp best! aku suke gak lagu dr Sheila Majid ni. kire antara yg aku akan hepi lah bile mendengarnya time nak raya.

13. Selamat Hari Raya - lagu 60'an gak yg manteps nyah. suara Ahmad Jais sgt klasik. aku suke! feel raya jaman dolu2 beb, mane nak dpt kat lagu2 skrg?

14. Bersabarlah Sayang - lagu ni bernada agak sedih, tp layann. sbb aku selalu dgr lagu ni masa aku kecik2 dulu, so it's kind of refreshing my memories back. oh, seronoknya...

hmm, rasenye tu jek kot. kalu ade yg termissed, aku sambung je lah tahun dpn ye. aku pon sebenarnya dah muak dgr lagu2 raye yg biase ni. mcm lagu Saloma, Sudirman, Mamat dll... muntah beb. haha! i'm sorry :p

Ahad, 20 September 2009

Rabu, 16 September 2009

malar segar

olla! sorry, lame betul aku x update blog secara serius. aku pon x suke jugak tgk blog aku ni tido lame2. habes lari nanti semua peminat aku. hahaha! (sila terjun dlm parit skrg). okeh, yg penting aku dah kembali. ecehh.. bukannya apa, spt yg aku katakan sebelum ini, aku semakin jauh dr kotak pemikiran kreatif aku. ya, sgt jauh. aku rasa semua tu dh hilang. walaupun adakalanya idea2 beras bernas tu dtg, tp aku biarkan ia berlalu mcm tu je. x sempat nak simpan kat mana2. haihh... senang betul dia pergi.. sudahnya, aku pun xde idea nak tulis apa, ditambah pula dgn sikap kemalasan yg berganda.

okeh, sempena Eidulfitri yg bakal menjelang ni, aku nak berkongsi sikit ah psl lagu2 raya kegemaran aku. aku rasa aku x pernah lagi buat entri tentang ni, tp kalau dh ada pon mcmla korang igt kan? haha.. so, cekidaut peeps!

1. Kepulangan Yang Dinanti - sebelum apa2, aku nak katakan yg semua versi cover utk lagu2 original x best, ok? original juga kita mau. so, agak2 artis manakah yg buat cover lagu ni? ofkos pojiah latip. dan aku kurang gemar mendengar versi drp beliau. mendayunya lain mcm (means kurang menusuk kalbu) dan suaranya agak2 pancit sikit. nasib baiklah dia buat recording, kalu live? pecah beb! haishh... so kak pojiah, sorry ye. u're out of my list right now. penyanyi asal jugak yg boleh menarik perhatian aku. Aman Shah, aman jek aku mendengarnya bersama Quraisyah. haha! :p

2. Suara Takbir - ok, yg ni definitely classic. cover yg aku pernah dgr dr Siti ngan Rabbani je. the rest mungkin ade, tp x nak amik tau pon. hehh.. first jatuh cinta dgn lagu ni waktu tgk iklan mase zaman sekolah dulu. aku lupe iklan ape, tp ade part budak2 salam nak minta maaf+mintak duit raya. lupa langsung ni, igt part yg tu jek. then, terus aku minat lagu ni smpai skrg. suara P. Ramlee, siapa yg x suke beb?

3. Balik Kampung - haa, x silap aku lagu ni general tntg balik kampung sebenarnya. tp lama2 ianya telah dikaitkan dgn perayaan Aidilfitri. mungkin sinonim sbb secara rutinnya waktu ini lah semua warga kota akan pulang ke kampung halaman. tak silap aku, masa sekolah rendah dulu RTM banyak keluarkan video klip lagu ni, tp bukan vc yg original. seingat aku sepanjang vc tu cuma menunjukkan perjalanan bas yg membawa penumpang pulang ke kampung. muka masing2 dlm bas mcm poyo jek. haha. excited beb. ada yg tidur dan ada yg termenung mengenang nasib. ceh, pepandai jek aku. apepon, rentak lagu ni sgt upbeat, dan itulah yg membuatkan aku sgt2 teruja setiap kali mendengar lagu ini. i love you Sudir.

4. Seri Hari Raya - lagu ni quite rare kuar kat radio. kalu ade pon mungkin di radio2 kerajaan dan Suria.fm. aku minat sbb ada elemen rock disitu. dan aku baru je tau yg lagu ni adalah cover yg telah diolah semula pd tahun 80'an. penyanyi asalnya adalah Pat Benatar, dan dia seorang wanita. wow. tp, pd pendapat aku Sweet Charity berjaya membawa & mengolah lagu ini dgn baik sekali. cume bg telinga aku, rentak dan lirik part chorus tu mcm agak pelik. kurang bersatu dgn irama. sikit jelah. yg lelain, superb! ini barulah rock n roll raya beb. heh..

5. Sepasang Kurung Biru - lagu ni jiwang beb. layaannn.. haha.. suara Khairil Johari Johar mmg sgt kena dgn irama lagu mcm ni. aku xdelah sejarah mengenai lagu ni, tp aku suka dengar sbb rentaknya yg mellow membuatkan aku lari sikit drp kebiasaan. yelah, lagu2 raya kan banyak yg happy2 jek, so bila dgr lagu2 jenis kuchiwa ni kire layan blues ah sket time raya. haha!

6. Suasana Hari Raya - owh, i looove kak pah's voice. gila maintain! tak mcm pojiah latip. dah berusia tp panchit. (lps ni mesti ramai peminat pojiah latip akan memboikot aku. haha! aku pasrah) bg aku, penyanyi yg sejati suara dia akan maintain smpai bila2 pon. dan kak pah, adalah salah seorang drpnya. first, aku utamakan rentak lagunya. sgt rancak dan berjaya membawa keluar emosi kegembiraan aku. feel dia mmg feel rayelah senang cerita. aku suke. ngeee~

7. Salam Dunia - lagu ni antara lagu raya yg agak baru, tapi ia berjaya mendapat tempat di hati ini. liriknya puitis tp senang difahami, rentaknya mellow dan sedikit rancak. mmg best. mesej lagunya agak global, dan inilah yg kita perlukan sebenarnya. mengingatkan kita yg Islam itu indah dan luas di alam fana ni. ingat ye, bukan org Malaysia je yg sambut Eidulfitri kat dunia ni. hu2.. abg Nasir, salut!

ermm, aku rasa smpai sini dulu kot yg aku sempat update. ada lagi lagu yg buat raya aku betul2 raya. next entry, insyaallah aku akan sambung. so, cekidaut y'all!

* tahun ni feel nak sambut raya sgt kureng. tak tau kenapa, mungkin sbb kedewasaan yg semakin bertambah? soal uang? hmmm, sedang dicari-gali puncanya.

Selasa, 8 September 2009

abc123

serius, aku masih belum ada 'feel' nak berblog dikala ini.
idea dah dikumpulkan, tp belum masanya utk aku menulis disini.
jgnla mengharapkan entri yg power2 pulak sbb aku dh lama x berblog.
haha.
baiklah, selamat menghabiskan saki-baki Ramadhan ini dgn sebaik mungkin.
insyaAllah, kita semua akan diberkati.
ameenn...

Rabu, 26 Ogos 2009

layan filim

ya, mungkin agak terlewat utk aku mengulas tentang filem2 berikut (Up dan District 9). aku gemar kedua2 filem ini sehingga timbul idea utk berkongsi pendapat dan rasa aku mengenai kedua2 filem tersebut. oklah, ape yg hebat sgt tentang kedua2 filim ni? cekidaut yao.

1. Up

- agak lewat keluar di Malaysia, oleh itu aku telah menontonnya sbg seorang 'lanun' di alam maya. haha. filem ini mendapat tempat pertama sehingga mencecah box office utk beberapa minggu di U.S. kira mantaplah kalu gitu. tetapi, jgn cepat sgt menghakimi sesebuah filem itu hanya dgn kutipan jualan tiket. bukan ape, takut tertipu nanti. hehe.. utk menambahkan keyakinan aku sebelum menonton sesebuah filem, aku biasanya akan melihat dahulu reviews drp laman2 sesawang spt Flixster, Yahoo/movies, Cinema Online, IMDB dan mendengar pendapat rakan2. kalau boleh aku akan lebih ambil pusing kpd professional reviews, sbb mereka lebih kritis dan berpengalaman. akhir sekali baru aku pergi menonton filem2 tersebut, contohnya cerita Up ni. hu2..

- dah banyak kali try tgk filem ni secara online, tp agak sukar sedikit berkenaan talian internet rumah yg ada 'angin'nya. 1st time aku berjaya tonton ketika di ofis. whhooppss! haha. waktu rehat ok. ngeee~ (secara peribadi, aku telah menonton filem ini sebanyak 2 1/2 kali)

- cerita ini sangat cute! aku suka semua filem animasi yg Pixar terbitkan. drp Finding Nemo sampailah cerita Up ni. jalan ceritanya ringkas sahaja, tetapi sgt memberi kesan dlm diri aku. filemnya penuh warna-warni, itu satu faktor yg sgt menarik perhatian aku utk menontonnya. drp belon sehinggalah kpd burung yg bernama Kevin. sgt hensem!

- aku sgt sayang akan adik Russel. kasihan dia. nasib baik pakcik tu dtg masa penganugerahan lencana tu. dahla comel, baik hati dan lurus pulak tuh. haihh... aku nak ade anak mcm dia, haha.. adik aku ckp, kalu aku nak anak comel mcm Russel, aku kena kahwin dgn lelaki debab yg putih dan comel. haha! rasional gak ek ;p

- kesimpulannya, kartun2 yg cantik, sgt berwarna-warni, penuh emosi dan cinta, lawak2 comel dan sinis, airmata, penuh aksi dan cabaran, dan pedoman hidup lengkap dimuatkan dlm sebuah cerita yg dipanggil UP. tontonlah, anda pasti gembira :)

2. District 9

- ok, alasan utk menonton filem ini adalah kerana ianya terbitan saudara Peter Jackson. siapa yg tak tgk cerita LOTR 1,2,3 dan King Kong? tak tgk xpelah, tp bg yg tau akan hasil kerjanya, pasti akan tergoda utk menonton filem terbaru terbitannya. walaupun pd kali ini bukan dia yg mengarah, tetapi aku pasti dan yakin akan semua keluaran filem2nya yg mempunyai reputasi hebat di kalangan pro. dan penonton sendiri. bab itu, aku tabik. District 9, pilihan yg tepat setelah lama aku tidak menonton filem berunsurkan alien. aku memilih utk menontonnya di panggung kerana berfikir, tidak cukup thrill tgk alien dan UFO di skrin PC yg kecik.

- filem ini berlabel 18SG, jd aku sgt suke sbb xkan ada suara kanak2 merengek, membebel dan menangis di dalam panggung. haha... filem ini berorientasikan sebagai sebuah filem dokumentari yg telah di'well blend' dgn efek2 CGI yg sgt mantap. aku puji lagi sekali. jalan cerita mcm biasa, tetapi ideanya disitu agak unik dan berani. kena dgn isu2 semasa global, secara tersirat semestinya.

- barisan pelakon yg bukan dlm aliran mainstream bukanlah satu kekurangan utk mewujudkan sebuah filem fiksyen yg hebat spt ini. aku memberi kredit utk semua pelakon didalam filem ini kerana berjaya mewujudkan sebuah lakonan yg bukan 'lakonan', terutamanya saudara Sharlto Copley (Wikus). kudos!

- aksi2 yg gila ganas sgt2 membuatkan aku teruja di tempat duduk. setakat badan berkecai, kepala berkecai dan bersepah atas jalan, dah jadi mcm biasa jek aku tgk. paling adik aku tak tahan tgk waktu kuku dia tercabut! wahaha. gile terasa sakitnya. aku agak pelik jugak, sbb aku ini seorang yg penakut tgk darah, tp bila tgk cerita ni aku rilek jek. haha. gile ajaib! :p

- kesimpulannya, filem ni banyak mengajar aku tentang perasaan tamak, dengki, korupsi, dendam, cinta (semestinya) dan kasih sayang, makhluk asing juga ada akal dan perasaan, dan nilai kesetiaan dlm perhubungan. kasihan, aku rasa nak menangis waktu ending cerita tu, tapi aku tahan. haha. nak tau, kenalah tgk, ok?

Selasa, 25 Ogos 2009

sangapest

hari ni jiwa gua ada sikit kachau. sejak semalam mungkin. gua rase mau marah saja. mungkin itu 'angin' bulanan punya pasal. haihh... nasib baik bulan puase, so gua dapatlah rase sedikit chill. control beb, control. setan xda, tapi itu nafsu ada. pandai2la kau wahai manusia. hahaha. (apadaa gelakkan diri sendiri)

lambat pula masa bergerak hari ni (dasar x bersyukur punya manusia). inilah gua, kalu cepat, kecoh, lambat, pon kecoh. maaf, banyak betul rungutan hari ni. argghhh~ kdg2 bosan jugak gua ngadap PC-kertas-fail hari2. kalu gua jd pelakon musti gua dah rehat2 kat penthouse gua. haha (berangan) maaf, bulan puase gua cuti drp berlakon ok? gua mau rehat2 sambil jual kuih raya. hah! (berangan lagi) ahhh! suda jam 11 juga akhirnya. kemudian 12, 1, 2 dan seterusnya...

tolonglah irma, perangai mcm budak2. gua bukannye bernapsu nak makan atau minum, saat ini gua cuma mau TIDUR! ya, tidur. deyy, tara cukupkaa tidur tadi malam? tak. hah! mengom sungguh. serius sangap ni @_@ dengar lagu Search pon x jalan.

nape plak diorg turunkan suhu penghawa dingin ni? biarlah sejuk mcm biase. haihh, pose mmgla cpt rase sejuk sket. takkan nak aku terangkan secare saintifik plak? deyy.. kalu sejuk, pakaila jaket biru mcm Sahara Yaacob. yeahhh! senang bukan? xpun, pegila berjalan2 di bawah matahari sat, pastu masuk opis balik. x masuk pon xpe. gua x kesah, haha...

oklah, bukan selalu gua bersungut kat sini. tapi kali ni gua x tahan mau lepas itu rasssaa! hah! gua bosan sebenarnye ni. gua pon dah bersemangat nak beli bahan2 utk kuih raya thn ni, tp lambat lagi daa.. buat2 sabaq nooo~ baiklah, gua mau buat2 sambung kerja. selamat semuanya!

Sabtu, 22 Ogos 2009

hari ini 1 Ramadhan 1430H

* semalam pulang dr kerja agak lewat berbanding kebiasaan. ya Tuhanku, keluar saje dr plaza tol Jalan Duta suda jem??! jalan ni kire option terakhirla kononnya nak elak drp jem di KL n Damansara. ayooyoyo, esok suda puasa. patutla. haha. teruja sungguh semua mau pulang ke kampung ye. xpelah, dimaafkan utk semua warga kota :p

* semalam aku menghadapi tekanan kerja. tapi, alhamdulillah encik bos memahami. rahmat di ambang Ramadhan barangkali :)

* owh, sdg hujan di luar sana :)

* hmmm, belum punya idea utk menaip panjang. sblm berundur, seperti biasa impian dan harapan Ramadhan kali ini adalah utk menjadi lebih baik drp sebelumnya. baik mcm mana? aku pasti setiap individu punya cara sendiri. till then, SALAM RAMADHAN TO Y'ALL! :)

# baru lps menimbang berat bdn. berat I turun 2 kilo u ols. ahaha.. baru 1 hari pose. erkk... :p

Khamis, 20 Ogos 2009

Mas Mona

alkisahnya, kelmarin mak aku pergi jumpa tukang urut. tukang urut ni dah biasa dgn keluarga kami. sambil2 diurut tu mak aku berborak2 lah dgn makcik tu. lebih kurang begini lah dialog drp cerita yg telah disampaikan oleh mak aku hari tu;

(omak = mak saya, mc'chik = tukang urut)

omak: takut betul skrg ni kan? bape orang dah mati sbb H1N1.
mc'chik: a'ah. aku dgr diorg ckp care nak elak drp terkena jangkitan kite kena pakai mas (read: emas). nasib baik aku ada bnyk simpanan mas, tu yg aku keluarkan semua tu. tgk, kat rumah pon aku pakai mas.
omak: (menahan gelak) (kot) adoiyai kak S****, itu bukan emas la. yg diorang dok cakap2 tu MASK, bahasa omputih. bahasa melayunya topeng muke, yg mcm doktor2 pakai tu. virus tu kan ade kat udara, kalu pakai tutup hidung tu, dptla kita elak drp terkena.
mc'chik: laaa, ye ke. manela aku tau ckp omputih ni. ahaha..

itu je lah aku nak cerita pd hari ni. dan ya, mase mak aku cerita tu, mati2 aku ingat mask yg dimaksudkan itu adalah EMAS. tak terfikir lgsung aku mask yg dimaksudkan mak aku itu ialah MASK. ahaha! pening? lantak kome ler. ate' teman pon dah pening mase taip ayat ni. hahaha... babai yop!

* mlm td kami 1 family pakai mask mase pergi beli brg dapur di hypermarket area Meru. semua pon dok pndg kami pelik2. ahaha! tetibe rase mcm Mekel Jeksen pon ade time tuh. :p

Selasa, 18 Ogos 2009

siri merepek makan kerepek #5

* gile ah, sorang manager kat dept. aku ni dah kena virus selsema babi. scary dowhh. sbb dia selalu lalu-lalang kat belakang aku bila pergi toilet. haruskah aku memakai topeng? tp dia dh kena kuarantin kat umah. bila nak isytihar darurat ni weh? nak tunggu sampai berapa peratus rakyat Malaysia yg kena baru dpt cuti ni? adoyaii.. peliks aku.

* gile xde mood nak berblogging skrg ni. terlampau banyak kisah hidup aku yg telah di skip disini. haha.. biarlah misterius... :p

* owh, Ramadhan bakal menjelma lagi! yayy! :D

* kije banyak ni weh. babai.

# batuk2.

Jumaat, 14 Ogos 2009

syukran jazilan


takziah utk keluarga ustaz Asri. ya, tandatangan ini real, bukan direka oleh sesiapa kecuali oleh ustaz Asri sendiri. aku ingat sangat waktu tu. dah nak dekat jam 12 mlm, habis persembahan je terus aku dapatkan ustaz. aku minat suara arwah sejak dlm Nada Murni lagi. kirenye sejak sekolah rendah aku dah minat nasyid drp kumpulan Nada Murni ni. aku kagum dgn suara arwah sebenarnya. one of a kind! lemak merdu nya lain macam sket. dan bila aku tau Rabbani nak dtg buat show kat sekolah aku masa tahun 1998 tu, aku teruja sgt2. aku tunggu sampai semua turun dr stage. dan akhirnya aku dpt memberi salam pdnya. ya, aku cekup ustaz sorang je, sbb yg lain2 tu nampak mcm pemalu. haha. lagipun kami kan budak sekolah agama, kenalah jaga manners beb.

akhirnya dpt jugak aku berborak dgn arwah kejap. ckp psl kampung, sbb arwah asal org Klang, plus arwah pon ramai saudara-mara kat Sabak Bernam nun. sama lah mcm famili belah ayah aku. jadilah rancak kejap. then, terus bg arwah buku autograf aku. ala, buku yg buat isi biodata kawan2 mase skola dulu, ingat dok? dah mcm trend mase tu. lepas je dpt autograf drp arwah, aku balik asrama. puas, walaupun dpt jumpa sekejap cuma. itu je lah kenangan peribadi aku berjumpa dgn arwah. tenang je orangnya, tapi bersemangat bila berkata2.

banyak lagu2 arwah bersama kumpulannya yg aku minat. antaranya Anak Soleh, Maulana, dan Munajat. ada beberapa lagi yg aku minat, tp terlupa pula tajuknya. apa yang penting, mesej da'wah yg disampaikan itu sampai. ya, itulah tujuan nasyid sebenarnya. dan arwah menganggap profesion sbg penyanyi nasyid ini sbg salah satu ibadah utk dirinya. itu yg penting. asalkan kerja2 yg kita buat itu dibuat ke jalan Allah. sebelum terlupa, syukran jazilan ya ustaz sbb hadir sbg penghibur rohani aku yg sering alpa dgn hiburan duniawi. alunan nasyid, azan, zikir dan bacaan al-Qur'an drp ustaz akan sentiasa terngiang2 di telinga aku dan semestinya akan dirindui. dan kami juga pasti akan Pergi Tak Kembali... al-Fatihah..

* lagu Anak Soleh buat airmata aku bertakung lagi... (-_-)

Isnin, 10 Ogos 2009

virus serius

kdg2 aku akan rasa seperti sesak nafas. kdg2 aku juga akan terbersin. dan kdg2 mukus akan mengalir dr lubang hidung. adakalanya juga aku akan merasa seperti sakit2 dada. ok, aku cuma terlampau mengikut emosi kesakitan aku. owh, tapi yg terbatuk+bersin+selsema itu mmg betul2 aku hidapi. bukan selalu, dan juga tidak konsisten datangnya. dan aku hanya mampu berdoa utk dielakkan drp dihinggapi virus2 yg telah membunuh ribuan nyawa di dunia sekarang ini. wallhu'alam.

bermacam emel diedarkan berkenaan virus pembunuh ini. seram, mmg seram. setiap kali membaca mengenai symptom2 yg terjadi kpd si pesakit, aku agak gementar sebenarnya. dan aku merasa seolah2 aku merasa kesakitan yg sama. gila. selalu fikir yg bukan2. seperti juga jika aku menonton rancangan Medik TV atau sebarang rencana kesihatan di tv, mesti aku akan terasa sakitnya. iskk.. ngeri. dan aku merasakan dunia ini semakin hampir ke penghujungnya. sangat. bala demi bala Dia turunkan. sebagai petunjuk kpd manusia sebenarnya. tapi, kita masih belum nampak. *senyap* sedih sebenarnya dgn ujian yg Tuhan turunkan pd kita semua, termasuklah umat Islam. sbb selama ini kita selalu senyap. diam. biarkan je semua yg mungkar berlaku. ya, aku rasa bersalah. ampuni dosa2ku ya Tuhan. juga dosa umat Islam yg lain. kami sememangnya tidak berdaya menanggung dugaan berat ini. semakin hari aku semakin menunduk ke bumi. lemah betul rasanya. akan tetapi, setiap kesakitan itu mmg ada penawarnya, melainkan MATI. nasihat aku kawan2, back to basic. aku ada terbaca, yg epal hijau, buah kurma, dan air kelapa bagus utk imuniti badan drp terkena penyakit tersebut. cegah kawan2, cegah selagi daya. banyakkan berdoa semoga terus dilindungi. akhir sekali, jgn lupa dihadiahkan al-Fatihah utk semua mangsa virus H1N1 yg telah kembali ke pangkuanNya. al-Fatihah... ma'assalamah...

Ahad, 9 Ogos 2009

falsafah cinta

Bila hadir kasih sayang
Tanda cinta sudah berakar
Terkadang pudar hidup ku
Terkadang semangat terlerai

Kuasa cinta kepada keindahan
Yang ada yang tetap pada kejadian
Berdiri di atas kehendak keamanan
Kedamaian

Cinta menciptakan rindu
Duka membuat kita sembuh
Semangat terbakar hangus
Itu mesti terus

Kerana cinta dunia pun berperang
Itu cinta sesat di perjalanan
Demi cinta kita terlupa dunia
Kesesatan...

Marilah kita bersama terus bercinta
Menjadi cermin untuk manusia
Hentikan tangisan rindukan ketenangan
Cinta ini penuh keindahan
Kasih dan sayang...
M. Nasir & Rahim Maarof

* suka betul aku dgr lagu ni. heh, ofkoslah, M. Nasir yg buat. melodi dan lirik sgt cocok sekali. lps aku search lirik lagu ni td, baru aku tau Slam dah buat cover lagu ni. Zamani mmg cool. dude, i'm single n available. wakakakak! nak tau ape aku rasa waktu dgr lagu ni? aku rasa mcm tgh berada dalam bulan puasa, dan tunggu nak raya. haha. tah pape je kan perasaan ni. mungkin sbb melodi dia mcm ada sikit2 lagu raya. pendapat akulah. tp, yg penting lirik dia sgt bagus. baca sendiri sudah. hehh.. okeh, selamat memulakan minggu yg baru utk semua. Ramadhan is coming bebeh! :) btw, khas utk che poonz dan lain2 yg kepingin utk mendengar dan mendownload lagu ini, klik disini ya. hehe, tq.

Rabu, 5 Ogos 2009

lego-maniac



origin from the Usual Suspects movie. one of my favorites.



aku dpt bayangkan betapa obses dan telitinya si pembuat video ini. brilliant!

Selasa, 4 Ogos 2009

berbaloi2kah?

aku dgr konsert Search mlm minggu hari tu x cukup power mcm konsert2nya sebelum ni. pergh, kesian jugak aku dgr. yg paling bnyk aku dgr komen ckp psl sound system konsert yg sgt haprak mcm konsert peringkat sekolah rendah dan speaker di kedai kain Hari-hari. aiyoo, apa suda jadi daa? penganjurkah yg bersalah? xkan depa x buat sound check sebelum konsert? dan Search dtg lambat mlm tu apa cerita bai? haishh, kira xdelah aku menyesal sgt sbb x tgk konsert mlm tu. dahla buat kat Bukit Kiara, kalu kat Stadium Merdeka mcm tahun 2004 (kalau x silap aku) gempak gak kan. tp still, kalu aku nak pegi sgt pon kompem aku bwk bodyguard2 beb. musti bnyk mamat2 Indo dlm konsert tu kan. aku x rela beb ter-itu dan ter-ini. hahaha... ape pon, utk Search, kire oklah korang masih bergetah lagi walaupon dlm usia2 emas ni. cuma x best lah plak kan bila dgr review yg kurang masyukkk psl konsert korang. dah tu pulak, pemilihan lagu juga kurang menyengat diorg kata. aku dh buat reSearch dr sumber2 yg boleh dipakai tau, takkan aku nak main hentam jek favourite rock band aku ni. hehh... dan aku sebenarnya masih menanti Konsert 1 Wajah dgn sabarnya... agagagagakk!


kegemaran!

* shai, tiket tu ade kat hang lagi kan? hehe...

Ahad, 2 Ogos 2009

jgn kacau milik saya

ahahaha... ya, saya serius. minggu lepas, saya beli ini:

spek hitam Tom Cruise itu saya beli di jualan gudang Shah Alam, cds+vcd dibeli di flea market, Amcorp Mall. saya sayang semuanya! :) psstt, vcd ori abg Beno saya itu hanya berharga rm2 shj. berbaloi2!

saya cinta ini orang tua punya suara. tetapi, cd Nat King Cole tidak pula saya temui :(

saya suka lagunya yang bertajuk All I Have To Do Is Dream itu! ;) lagu2nya yang lain buat saya terbayang2 saya sedang memandu kereta tanpa bumbung di highway persisiran pantai sambil memakai scarf bunga2 nampak jambul di depan dan spek hitam Tom Cruise saya! owhh.... indahnyaa...

owhh, kelihatan sgt vintage tompok2 lusuh itu. saya suka!

sejujurnya saya tidak meminati sama itu Tom Cruise, tp saya terpaksa memberi gelaran itu kpd spek ini kerna saya pernah melihatnya memakai spek ini dgn penuh bergaya sekali dlm movie apa ya tajuknya? ah, lupakan saja..

Sabtu minggu ini saya telah membeli yang ini pula:

saya sudah bersabar dan menahan nafsu begitu lama. selepas berfikir panjang, akhirnya saya beli juga dvd penuh konsert beliau.. gambar yang cantik di skrin 42'. sgt2 berbaloi! :)

owh, tiba2 jiwa 'kewanitaan' saya telah keluar. saya jatuh cinta sama ini mug di KK Deco Mart, SACC Mall. saya beli dgn menggunakan kad ahli mak saya, saya suka! ngeee...

* esok saya cuti, saya nak download lagi lagu banyak2. selamat bertugas kpd yg bekerja. hehh..

Khamis, 30 Julai 2009

bila semprit merempit

ala, tajuk saje nak menarik perhatian orang. haha.. tertipu jua kau akhirnya. okeh, secara ringkas:


* aku kesian kat Farid Kamil sbb filem Rempit v3 dia dh kena banned. sorila bro. tapi, pendapat aku, kau kena terima hakikat yg sememangnya filem banyak memberi impak sosial terhadap masyarakat kita, terutama golongan muda. aku tau kos nak buat sebuah filem bukannya ciput, banyak tuuu. dan lagipon kat Malaysia ni dah terlampau banyak filem2 jenis merempit di jalanan. cukup2lah dgn cerita Gila-gila Remaja dan KL Menjerit. tu pon motosikal diorg lg power bro. bukannya motor EX5. hehe.. dan aku harap Lagenda Budak Setan yg kau lakonkan akan diluluskan oleh LPF. amiinn.. heh..


* i'm gonna missed Yasmin's ideas.... :( abg. Mat, jgnla pergi dulu ye... @_@ nanti aku dah x tgk filem Malaysia pulak.


* bestlah pegi Amcorp Mall last Sunday dgn family aku. sukeee sgt.. especially ayah. sbb dia mmg suke tgk brg2 antik. well, lps ni adelah org yg selalu hilang bila weekend ek, hu2... ye lah, ayah aku baru tau kat situ ada flea market, so dia agak teruja la kan. haha.. takpe ayah, go ahead. (next entry aku post gambar psl jln2 weekend lps. heh)


* aku rasa mmg betul kot teori yg mengatakan orang2 hebat/bijak pandai/pejuang sama ada pernah dipenjarakan atau pun meninggal dunia lebih awal drp yang lain. hmm... itu pendapat akulah.


* Sabtu ni konsert di awan biruuu.... ishhh... "....kejutkanlah aku kawan. aku sdg bermimpi. kejutkanlah aku yang sengsara dalam sepii...." (petikan lagu Meniti Titian Usang dr Search) ahahahak.. ishkk...

* aku tau ramai yg marah dgn akhbar Kosmo berkenaan artikel yg mengaibkan arwah Yasmin. aku juga rasa secara humanity dan Islamnya, tidak elok kita ungkitkan sebarang kisah lama yg boleh membuka aib seseorang yg telah tiada. takkan kita tak terfikir dgn perasaan keluarga si mati? macam mana kalau ianya terjadi pd diri sendiri? tapi, secara x langsung itulah yg pembaca kita cari. tipulah kalau kau tak tertarik nak baca kisah yg ditulis kan? siap ada gambar lg. aku yg dh lama tahu psl kisah arwah tu pun mcm nak terbaca artikel yg ditulis tu, lagi pulak yg x tau apa2 psl history arwah sblm ni. tp, secara jujurnya aku lebih suka menyimpan shj perkara2 spt ini memandangkan arwah sudah lg tiada. kalau ada yg tanya pendapat aku psl ni, aku cuma akan jawab, wallhu'alam, hanya dia dan Tuhan saja yg tahu. kita doa yg terbaik utk arwah. that's it.

* nak tgk cite Setem weh. agak2 berbaloi tak ek? hmm, thn ni baru berapa je filem Malaysia yg aku tgk kat panggung. awal thn hari tu Maut, pastu... hmm.. Maut je lah. haha.. x bole jadi ni, kena sokong filem Malaysia beb. hehe.. tetibe je patriotik :p

* awal bulan 8 belum masuk pon lagi, tapi sudah menunjukkan tanda2 utk broke.. (menangis x berlagu dlm hati)

* hati2, belakang kau orang ada H1N1. aku pon igt nak sedut oksigen dlm tong mcm Mekel Jeksen ah. selamat kot. haha... sbb, oksigen tu utk aku sorg je :p

ok ah, till then. adiosss pariosss...

Jumaat, 24 Julai 2009

deng-dong

feeling gila berlatar-belakangkan lagu Smile dr Nat King Cole ni. 50's abes sioott. pehh.. aku rindu dgn cite psl hidup Charlie Chaplin kat TV2 dulu2. best. aku smpai nangis n touching2 gitu. mak x kuase nyah. slorpp.. aku mmg suke sgt tgk cite tentang biography orang2 famous ni. lagi2 yg mmg betul2 jadi lagenda. tak kisahla dlm dunia ape pon, x semestinya artis je. aku suka tgk life diorg, walaupun sekadar narrated je. dari situ kita boleh lihat, yang sebenarnya mereka juga manusia biasa yg boleh merasa sakit, gembira, sedih, marah dan takut. nama pon manusia beb. kita semua punya rasa yg sama sejak azali. cuma lingkungan sosial kita saja yg membezakan tahap emosi dan fikiran masing2. sebab itu kita semua kena hormat sesama sendiri. jadi, kalau anda rasa ingin dihormati, silalah hormati diri orang lain juga ya :)

apa sebenarnya motif kemaskini blog pd mlm ni ya? none actually. tergerak hati sbb dah naik jelek tgk blog sendiri yg semakin membosankan. haha.. kutuk blog sendiri takpe, eh even kamu nak kutuk blog aku pon xde hal beb. asalkan dlm bahasa yang yang boleh difahami, hehh... okeh, sbnrnya aku terkilan la jugak dgn penaja konsert M. Nasir yg telah menundakan tarikh konsert kpd tarikh yg lain. aku dah bersiap sedia dr segi mental+fizikal ni beb. survey lokasi kejadian di wikimapia, dan juga rumah kawan yg aku nak pick-up sama2 nanti. gila teruja tu. tapi, aku terpaksa akur dgn keputusan yg telah dibuat oleh penganjur. sabar je lah.. dan oleh kerna upah kerja aku akan didebitkan kedalam akaun aku esok, maka aku telah bercadang2 untuk mengisi waktu hujung minggu aku dgn membeli dan belah setelah puas merompak secara halal di pusat2 membeli tak boleh blah nanti. wah! tapi, maaf ya sahabat2ku sekalian, aku telah berjanji dgn ibuku utk shopping bersama2. akan datang, aku temankan korang shopping lagi ya sahabat2ku? heheh.... ya, gila benar sahabat2ku membeli-belah minggu lepas. jualan murahlah katakan. aku juga yang tgh kopak+sengkek+kering 2 minggu lepas. alah, kaya pon cuma esok je :p alhamdulillah, rezeki apa adanya :)

baiklah, suara katak bersahut2an diluar ibarat menyuruh aku solat Isyak dan tidur. jaga diri semua! owh, mudah2an mlm ini hujan turun supaya aku boleh tidur dengan nyenyaknya. aku nak bls dendam mlm2 hari bekerja! hujung minggu, tunggu aku! agagagagakk! malam! (^_^)

* demam blogging gua dah kureng, tp gua tetap demam sama itu youtube dan 4shared. heh.

Jumaat, 17 Julai 2009

eat it

gua ingatkan demam MJ gua dah tamat sepenuhnya, tapi tidak. kalau lu semua dh penah tgk vid. klip ni xpe lah, gua saje nak kasi lu semua analyze lirik dia samada sama atau tidak. siapa copy siapa. haha.. tajuk lagu utk kedua2 klip ialah Eat It (inspired dr MJ's song, Beat It). enjoy the vids!

versi Weird al Yankovic (mamat ni terkenal dgn video2 spoof nya yg menghiburkan)



versi Arwah Sudirman dan NoorKumalasari



gua suke je layan dua2 klip ni. :D

* selamat berhujung minggu semua! gua takdak duit tp tetap nak keluar bersosial. haha..

Khamis, 16 Julai 2009

Mandi

ya, mandi. sempena minggu sakit kepala aku ni, aku copy je emel yg aku dpt utk dikongsi bersama. aku dah lama x sakit kepala lama2 mcm ni. selalu telan 2 bijik Panadol then urut2 leher+kepala+bahu sket pastu tidur, dah baik. tapi kali ni ianya berlarutan agak lama pulak. aku redha, tp perit jugak menanggungnya ya. hu2.. aku malas betul nak mintak M.C sbb aku asyik fikirkan psl kerja aku yg asalnya membusut, pastu membukit dan terus menggunung. haha.. nasib badanla kan. tapi, sebenarnya aku suka je bila aku dpt kerja banyak2 ni, baru best nak buat. kira terisi lah masa tu kan. (padahal tgh taip blog ni pe kejadahnya? hah!) :p oklah, meh baca psl rahsia MANDI.

"KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk: Sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit. "

* tapi aku still gak malas nak angkat gayung dan menyiram air ke badan. huwawawa~ (aku sorang je ke yg masih mandi pakai gayung zaman skrg ni? hoho..)

Selasa, 14 Julai 2009

rindunya..

bukan rindu orang, tapi aku rindu saat2 aku menghadiri kuliah dan mendengar syarahan drp seseorang pensyarah/cikgu. ya, aku betul2 rindu. 2 hari ini aku telah menghadiri kursus utk MS Access Level 2 anjuran syarikat aku bekerja. pada permulaannya aku agak skeptikal dgn trainer aku, sbb kelihatan sgt 'kerek' dan mcm 'poyo+bagus' je pd pandangan aku. mula saja dia berkata2, perasaan menyampah aku beransur2 hilang. ya, aku telah menghakimi beliau dr luaran. aku silap. minta maaf cikgu/encik. dan terima kasih atas ilmu yg telah diberi kpd aku dan semua trainee yg lain. boleh dikatakan aku sgt berpuas hati dgn cara penyampaian beliau. kelas yg diselang-selikan dgn lawak2 spontan yg betul2 kelakar (bg pndangan aku) berjaya membuat masa berjalan dgn begitu pantas sekali. tidak puas rasanya berada dlm kelas berkenaan. ya, aku dan kawan aku sgt teruja utk mengambil kelas utk Level 3 pula pd masa akan dtg. aku tahu, walaupun tidak semestinya beliau yg akan kembali mengajar kami, tetapi sekurang2nya beliau telah memberikan semangat utk kami meneruskan perjuangan menuntut ilmu perisian komputer tersebut. oh ya, sempat juga kami meminta alamat emel beliau di penghujung kelas utk ditambah di Facebook. haha.. sporting sungguh beliau dgn trainees-nya. :p

apa yg ingin aku tekankan disini sebenarnya adalah perasaan rindu aku pd kelas2 sepanjang pengajian aku di universiti/sekolah dulu. terlalu bnyk kenangan2 manis yg dpt aku rasakan sewaktu dlm kelas. aku rindu cara2 pensyarah/cikgu aku meyampaikan kuliahnya, suasana di dalam kelas, feel mendengar kuliah, menconteng2 buku nota, 'YM' dgn sahabat sekelas, konon2 mengangguk seperti memahami 100% yg lecturer cuba sampaikan, walhal sebaliknya, tersengguk2 di dlm kuliah, ahhh, mcm2 lagilah.. rupa2nya aku masih lagi merindui saat2 belajar/menuntut ilmu secara formal. seronok betul ya berada didalam majlis2 ilmu seperti itu? haihh... sukar betul utk aku lepaskan kenangan belajar bersama2 para pendidik yg hebat2. jadi, ingin benar aku menyeru kpd semua yg masih lagi di alam pengajian, tuntutlah ilmu yg ada sebaiknya. sampaikanlah ilmu yg dipelajari itu kpd semua, dan jgn lupa diamalkan utk jalan kebaikan. Insyaallah, kamu akan mendapat barakah drNya. kerna, al 'ilmu faridhatan 'ala kulli muslim. wallahu'alam... :)

* rindu kuliyah maghrib, tazkirah, dan segala mcm pengisian rohani...

Ahad, 12 Julai 2009

sakit kepala?

ha'ah, sakit kepala.
dah 3 hari dah ni.
:(

* bengang ke kalu buat entri ciput mcm ni? haha...

Rabu, 8 Julai 2009

senyum kambing? tidak lagi

Smile though your heart is aching
Smile even though its breaking
When there are clouds in the sky, you'll get by
If you smile through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll see the sun come shining through for you
Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
Thats the time you must keep on trying
Smile, whats the use of crying?
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile

~Nat King Cole~

* best ek lirik lagu ni? sesuai utk kembalikan motivasi diri mcm aku ni. haha... wake up girl! shoutbox kat sebelah ni dah gile. sat aku tukar yg baru plak. menci aku tau coding2 ni. hoho..

Selasa, 7 Julai 2009

siri merepek makan kerepek #4

* guruh berdentum kat luar ni. tanda nak hujan. i like. tp, kesian pulak kat penunggang2 motosikal kan? ok, hrp2 hujan turun lps diorg sampai rumah... :)

* tekak sakit lagi, tp selsema dah kurang. malasnya nak jumpa doktorrr...

* dah bulan 7 ek? konsert, puasa, raya, Kota Kinabalu, hujung tahun, KPI! aiyoo, cptnye..

* tgh gile lagu Ben, Stranger in Moscow, They Don't Care About Us, Blame It On The Boogie, Wanna Be Startin' Something, Dirty Diana, & Human Nature skrg ni. melodinya bagus banget! serius. suara MJ masa kecik2 sgt sedap, lemak dan merdu. bila dh besar dia bnyk tarik2 suara pulak. lantak dia ah, style dia. yg penting aku lagi gila melayan lagu2 tersebut. auwww!

* sorry, blank ah minggu ni. (@_@)

* babai.

Sabtu, 4 Julai 2009

the legacy continued

after we've seen MJ in his awesome Thriller's vc, and Geli Mat's Thriller version, now the legacy continued by the Filipino inmates. check it out yo!



i think it's cool huhh.. but, what's up with that woman, i mean dude? haha!

just found out this one too. enjoy!



speechless. haha!

and this was completed in 10 hours after receiving word that the King of Pop passed away...



owh, my heart was touched by his songs.. :(

Jumaat, 3 Julai 2009

at last...

maaflah kalau ada antara kamu yg dah muak dgn cerita MJ.
tapi, berlainan dgn aku.
aku hari2 amik tau psl dia dekat paper, E! dan internet ni.
baca disini.
alhamdulillah, harap2 jenazahnya akan dpt disempurnakan dgn cara Islam.
kesian aku tgk, dah seminggu tak dikebumikan lagi.
dan aku juga berharap agar semua peminat, sahabat, dan keluarga dia dapat hormati agama barunya itu.
semoga semuanya akan berjalan dgn lancar, amin..

ok, aku setuju dgn kata2 Kat dlm blognya.
sampai 3 entri dia buat khas utk arwah Mikaeel.
i mean, segala bakat seni dan sumbangannya itu secara khusus.
dan aku sendiri mengakui yang aku telah mendownload hampir kesemua lagu2 hits MJ semasa dia kecil sehingga dewasa dan membakar (burn) ke dalam sekeping CD.
sebelum dia pergi, aku cuma ade 1 lagu je dlm simpanan aku, Thriller.
the rest, aku sanggup cari sbb bg aku kebanyakan karyanya sgt menarik dan bermakna, utk diri aku, personally.
dan ya, hari2 aku mendengarnya sewaktu aku pergi dan pulang dr kerja.
aku tahu, mungkin ada antara kamu yg akan muntah kalau duduk dlm kereta aku, sbb terpaksa melayan semua lagu MJ hari2!
daym.
tapi, buat masa ni aku x muak lagi.
sbb aku cuba cari maksud di sebalik beberapa lagu yg disampaikan.
bnyk yg menarik perhatian aku.
dan dia bukan saja menyanyikan lagu2 tersebut, tetapi menghidupkannya!
dapat bezakan tak? aku harap kamu faham.
lagu Ben (Jackson 5), Earth Song, They Don't Care About Us, ahh bnyk lagi sebenarnya.
belum masuk lg bab melodi, persembahan, semuanya sudah terbukti hebat.
MJ, terima kasih sekali lagi.
terima kasih sbb ceriakan hidup aku dlm beberapa ketika.
dan utk semua fanatik2 MJ di luar sana, tolonglah terima hakikat yg dia dh tiada.
ya, kita semua masih boleh mendengar lagu2nya, cuma sudah tiada lagi nyawa penyanyi disebalik lagu2 tersebut.
peace n out~

* sekadar peminat karya2 genius drp sebutir bintang yg telah pergi takkan kembali.

Selasa, 30 Jun 2009

my name is Bubbles

* amaran: ibu2 hamil tidak digalakkan merenung gambar2 di dlm entri ini lebih drp 10 saat. jgn bilang gua x kasik amaran beb. hehe.. sekian, terima kasih.
hi! nama saya Bubbles. abg Mikael dulu pernah adopt saya tau. hampir semua concert tour dia sy ikut. tp lps umur sy 7 tahun, sy dh retired. sbb mase tu abg Mikael dah jumpe cinta hati dia yg baru. kesian kat sy kan? tp xpe, sy happy je hidup dgn kwn2 sy yg baru. umur saya sebaya dgn awok semua. jgn nak tipu sy, umur awok 26 kan? sy pon lahir tahun 1983. haha.. kat atas ni gambar sy masa kanak2, mmglah cute lg manje. cube awok tgk gambar sy yg terbaru kat bwh ni. cute lg kan? cpt ckp cute! haha..

sy x sangka umur sy masih panjang. mungkin sbb sy selalu mkn benda2 organik, jd sy sentiasa kelihatan macho dan gagah. haha.. awet muda tau. sy sebenarnya terkejut jugak bila dgr abg Mikael dh pergi dulu dr sy. yelah, dulu kami sgt rapat. dia selalu belai2 saya. sy pon pandai buat moonwalk tau! dia belajar dr sy lah tu. haha... oklah, sy dh bnyk sgt membebel ni. sy saje suruh tuan blog ni masukkan sy sbg subjek utk entri baru dia, sbb sy pon nak glamor jugak mcm tuan sy dulu2. sy rindukan dia. semoga abg Mikael tenang di 'sana'. bye bye semua...

* sesekali gua nak cerita psl haiwan xpe kan? hehh.. kenape Maikel x namekan dia Maikel ek?dekat Malaysia pon ade monyet name Maikel hape. woahh!

Sabtu, 27 Jun 2009

MJ, u're Gone Too Soon

Like a comet
Blazing cross the evening sky
Gone too soon

Like a rainbow
Fading in the twinkling of an eye
Gone too soon

Shiny and sparkly
And splendidly bright
Here one day
Gone one night

Like the loss of sunlight
On a cloudy afternoon
Gone too soon

Like a castle
Built upon a sandy beach
Gone too soon

Like a perfect flower
That is just beyond your reach
Gone too soon

Born to amuse, to inspire, to delight
Here one day
Gone one night

Like a sunset
Dying with the rising of the moon
Gone too soon...

Gone Too Soon
by Michael Jackson
sekadar menghargai salah seorang lagenda dlm bidang musik pop antarabangsa. ya, tanpa kita sedari dia telah banyak menghiburkan kita dgn lagak gaya persembahan pentas yg mantap, lagu2 hit yang kekal dlm memori, jaket kulit merah, chain belt, stoking putih, t-shirt putih seakan-akan singlet Pagoda, sarung tangan putih sebelah, aksi bagai berjalan di bulan, seluar singkat, hitam putih 'dunia'nya, semangat kemanusiaan yg jitu, dan mungkin bnyk lg yg saya kurang tahu mengenai dia. terima kasih sbb menyanyikan lagu2 yg menarik dan sedap didengar sehingga sekarang. Michael @ Mikael (hanya Tuhan yg tahu samada dia benar2 Muslim atau tidak skrg ni), you Rock My World.

antara lagu kegemaran dr zaman kanak2 hingga sekarang;

1. Thriller (aku baru lps habis menari2 dpn tv sambil tgk vc dia dekat Channel [V] ptg td)
2. Beat It (tgh mendengar lagu sambil menggoyang2kan kaki)
3. Smooth Criminal (Alient Ant Farm pon x boleh beat bwk lagu ni)
4. Black or White (mapuih racist!)
5. Earth Song (aku teringat zaman sekolah la plak)
6. Bad (joget2.. who's bad?)
7. You Are Not Alone (sedih ahh... pembina semangat nih. so 90's)
8. Billie Jean (huishh.. hantu..)

ini cuma sebahagian je. banyak lg yg sedap didengar. belum lg masuk zaman dia kanak2 (J5). afro habis. haihh, aku rindu tahun 80'an. setiap kali tgk dokumentari psl dia, mesti aku stunned by a moment. kagum dan kaget melihat aksi2 para peminat dr kecil smpai dewasa yg sgt histerical! deym, he's really one of a kind. so long MJ... peace!

* sila klik pd tajuk2 lagu tersebut sekiranya ingin melihat video lagu berkenaan. gracias.

Khamis, 25 Jun 2009

aku rindu...

1. Lontong+tempe & Bihun Sup kat warung Dewan Melayu Klang.

2. Nasi Ayam Rozi kat depan Pasar Jawa Klang @ emporium.

3. Mee Goreng Wak Sarip kat depan Pasar Jawa Klang @ emporium.

4. Kuew Tiow Goreng kat Pokok Cheri.

5. Rojak & Chendol kat sebelah stesen bas Mara, Klang.

6. Nasi Goreng Ayam & Yong Tau Foo Soup kat deretan warung, Teluk Pulai @ simpang.

7. Aiskrim Pudina+Chocolate Rice kat bwh Centerpoint, Klang.

8. Roti Tempayan kat depan pasar Jawa Klang @ emporium.

ahhh.... banyaknye.... aku rindu life kat Klang.. hu2...

* pose2 ni mmg selalu fikir nak mkn macam2. napesu2... deyy sonna!

Rabu, 24 Jun 2009

siri merepek makan kerepek #3

* 2 hari kerusus MS Access yg best. (sbb trainer die bes dan hensem. owh, itu semestinya antara faktor trainee boleh cpt belajar dan pandai. haha!) aku bukan ape, hensem tu bonus jek, care die ngajar tu aku suke. sbb die kerap guna analogi, yg mana aku rasa sgt bagus sbb Access ni benda yg menyenangkan manusia, tp utk 1st-timer mmg pening nak belajar. dats y aku suka bila dia selalu buat analogi utk satu2 chapter yg dia ajar. senang sikit student dia nak pick-up, asalkan jgn slow sgt sudahlah. hu2.. anyway, well done chekgu! hehe...

* aku pelik jugak dgn diri aku ni, org lain punyelah excited gile nak tgk cite Transformers II. tp aku leh rilek jek. haha.. maybe sbb dh tgk yg 1 st bnyk kali, jd aku pon cam biase jek. sbnrnye cite die bese2 jek pon, tah hape la yg org dok hype sgt psl cite tu tah. haha.. hmm, ni pon member dh booking tiket utk aku diam2, tau2 je Jumaat mlm ni kena pi tgk. layan je lah..

* Ramadhan semakin hampir... woohooo... ni barulah eksaited :)

* sape2 yg demam tu silalah ke klinik yg berhampiran dgn segera ya. sayangilah diri anda... dan juga keluarga anda... dan juga rakan2 anda... dan juga kuceng2 anda.... dan juga saya... (nyah ko virus2 b*bi)

* take care everyone, babai~