Rabu, 16 September 2009

malar segar

olla! sorry, lame betul aku x update blog secara serius. aku pon x suke jugak tgk blog aku ni tido lame2. habes lari nanti semua peminat aku. hahaha! (sila terjun dlm parit skrg). okeh, yg penting aku dah kembali. ecehh.. bukannya apa, spt yg aku katakan sebelum ini, aku semakin jauh dr kotak pemikiran kreatif aku. ya, sgt jauh. aku rasa semua tu dh hilang. walaupun adakalanya idea2 beras bernas tu dtg, tp aku biarkan ia berlalu mcm tu je. x sempat nak simpan kat mana2. haihh... senang betul dia pergi.. sudahnya, aku pun xde idea nak tulis apa, ditambah pula dgn sikap kemalasan yg berganda.

okeh, sempena Eidulfitri yg bakal menjelang ni, aku nak berkongsi sikit ah psl lagu2 raya kegemaran aku. aku rasa aku x pernah lagi buat entri tentang ni, tp kalau dh ada pon mcmla korang igt kan? haha.. so, cekidaut peeps!

1. Kepulangan Yang Dinanti - sebelum apa2, aku nak katakan yg semua versi cover utk lagu2 original x best, ok? original juga kita mau. so, agak2 artis manakah yg buat cover lagu ni? ofkos pojiah latip. dan aku kurang gemar mendengar versi drp beliau. mendayunya lain mcm (means kurang menusuk kalbu) dan suaranya agak2 pancit sikit. nasib baiklah dia buat recording, kalu live? pecah beb! haishh... so kak pojiah, sorry ye. u're out of my list right now. penyanyi asal jugak yg boleh menarik perhatian aku. Aman Shah, aman jek aku mendengarnya bersama Quraisyah. haha! :p

2. Suara Takbir - ok, yg ni definitely classic. cover yg aku pernah dgr dr Siti ngan Rabbani je. the rest mungkin ade, tp x nak amik tau pon. hehh.. first jatuh cinta dgn lagu ni waktu tgk iklan mase zaman sekolah dulu. aku lupe iklan ape, tp ade part budak2 salam nak minta maaf+mintak duit raya. lupa langsung ni, igt part yg tu jek. then, terus aku minat lagu ni smpai skrg. suara P. Ramlee, siapa yg x suke beb?

3. Balik Kampung - haa, x silap aku lagu ni general tntg balik kampung sebenarnya. tp lama2 ianya telah dikaitkan dgn perayaan Aidilfitri. mungkin sinonim sbb secara rutinnya waktu ini lah semua warga kota akan pulang ke kampung halaman. tak silap aku, masa sekolah rendah dulu RTM banyak keluarkan video klip lagu ni, tp bukan vc yg original. seingat aku sepanjang vc tu cuma menunjukkan perjalanan bas yg membawa penumpang pulang ke kampung. muka masing2 dlm bas mcm poyo jek. haha. excited beb. ada yg tidur dan ada yg termenung mengenang nasib. ceh, pepandai jek aku. apepon, rentak lagu ni sgt upbeat, dan itulah yg membuatkan aku sgt2 teruja setiap kali mendengar lagu ini. i love you Sudir.

4. Seri Hari Raya - lagu ni quite rare kuar kat radio. kalu ade pon mungkin di radio2 kerajaan dan Suria.fm. aku minat sbb ada elemen rock disitu. dan aku baru je tau yg lagu ni adalah cover yg telah diolah semula pd tahun 80'an. penyanyi asalnya adalah Pat Benatar, dan dia seorang wanita. wow. tp, pd pendapat aku Sweet Charity berjaya membawa & mengolah lagu ini dgn baik sekali. cume bg telinga aku, rentak dan lirik part chorus tu mcm agak pelik. kurang bersatu dgn irama. sikit jelah. yg lelain, superb! ini barulah rock n roll raya beb. heh..

5. Sepasang Kurung Biru - lagu ni jiwang beb. layaannn.. haha.. suara Khairil Johari Johar mmg sgt kena dgn irama lagu mcm ni. aku xdelah sejarah mengenai lagu ni, tp aku suka dengar sbb rentaknya yg mellow membuatkan aku lari sikit drp kebiasaan. yelah, lagu2 raya kan banyak yg happy2 jek, so bila dgr lagu2 jenis kuchiwa ni kire layan blues ah sket time raya. haha!

6. Suasana Hari Raya - owh, i looove kak pah's voice. gila maintain! tak mcm pojiah latip. dah berusia tp panchit. (lps ni mesti ramai peminat pojiah latip akan memboikot aku. haha! aku pasrah) bg aku, penyanyi yg sejati suara dia akan maintain smpai bila2 pon. dan kak pah, adalah salah seorang drpnya. first, aku utamakan rentak lagunya. sgt rancak dan berjaya membawa keluar emosi kegembiraan aku. feel dia mmg feel rayelah senang cerita. aku suke. ngeee~

7. Salam Dunia - lagu ni antara lagu raya yg agak baru, tapi ia berjaya mendapat tempat di hati ini. liriknya puitis tp senang difahami, rentaknya mellow dan sedikit rancak. mmg best. mesej lagunya agak global, dan inilah yg kita perlukan sebenarnya. mengingatkan kita yg Islam itu indah dan luas di alam fana ni. ingat ye, bukan org Malaysia je yg sambut Eidulfitri kat dunia ni. hu2.. abg Nasir, salut!

ermm, aku rasa smpai sini dulu kot yg aku sempat update. ada lagi lagu yg buat raya aku betul2 raya. next entry, insyaallah aku akan sambung. so, cekidaut y'all!

* tahun ni feel nak sambut raya sgt kureng. tak tau kenapa, mungkin sbb kedewasaan yg semakin bertambah? soal uang? hmmm, sedang dicari-gali puncanya.

4 ulasan:

ciPuding_7 berkata...

aku pon takde feel..
suasana pon biase je aku tgk..
sume org mcm tak raya.
mujur aku pegi terawikh.
terasa sket dok dlm bulan ramadhan..
terasa dah masuk 15 ramadhan bila dah stat qunut..

ema berkata...

tu lah kan. aku rase faktor usia pon bole jadi.
naseb baik feel Ramadhan tu ade lg, kalu x rase mcm bulan2 biase jek. hu2..
xpela, kecik2 dulu dh beraya puas2. skrg turn 'anak2' kite lak. haha! ;p

سيد محمد نظام بن سيد الوي berkata...

ko mmg dah tuo ngek...
aku best jek lg nak gaye ni ha..
rahsienye? dok la jaoh2 dari famili..terasa terkudakudanye nk raye

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ berkata...

woi2! sedarlah diri tu sebaya ngan haku ye. so, ko pon tue gak. haha! aku dah dok jauh2 la ni, nak jauh mane lg. :p