ya, mandi. sempena minggu sakit kepala aku ni, aku copy je emel yg aku dpt utk dikongsi bersama. aku dah lama x sakit kepala lama2 mcm ni. selalu telan 2 bijik Panadol then urut2 leher+kepala+bahu sket pastu tidur, dah baik. tapi kali ni ianya berlarutan agak lama pulak. aku redha, tp perit jugak menanggungnya ya. hu2.. aku malas betul nak mintak M.C sbb aku asyik fikirkan psl kerja aku yg asalnya membusut, pastu membukit dan terus menggunung. haha.. nasib badanla kan. tapi, sebenarnya aku suka je bila aku dpt kerja banyak2 ni, baru best nak buat. kira terisi lah masa tu kan. (padahal tgh taip blog ni pe kejadahnya? hah!) :p oklah, meh baca psl rahsia MANDI.
"KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk: Sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit. "
* tapi aku still gak malas nak angkat gayung dan menyiram air ke badan. huwawawa~ (aku sorang je ke yg masih mandi pakai gayung zaman skrg ni? hoho..)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan