Khamis, 30 Disember 2010

it's a holi..holi..holidays!

akhirnya, dpt jugak aku bercoti2 Malaysia utk ujung tahun 2010 ni.
phewhh!
selesai mcm2 hal dan perkara, tiba masa utk aku n femili tercinta spend quality time bersama di negeri org.
ceh, bunyik mcm la nak pi jauh2, Pahang je pon.
haha...
but still, we (hubby n me) are not having our honeymoon time together, officially.
haha..
xpelah, 2011 plan.
kali ni kitorg plan nak melawat Kuantan sekali lagi bersama-sama ahli keluarga yg lain.
gembiranya nak bwk suami tersayang cuti bersama.
maklumlah, 1st time bersama.
haha...
maybe tido kat homestay yg adik carik kat area Balok nun.
x kesahlah, janji dpt jalan2 kuar dr negeri kelahiran.
tgk pantai puas2.
makan2 puas2.
cuci mata puas2.
haha..
hmm, ok.
anything new akan di'update' later.
woossshhhh~

* 2 lines and 4-2 utk Harimau Malaya. tahniah la. haha...

Jumaat, 17 Disember 2010

27th

alhamdulillah..
sedar diri jugak.
haha..
ekceli, x feel sgt pon masuk umur ke 27 masihi ni.
sbb awal2 thn hari tu dah selamat pon berumur 27 ikut kalendar hijrah.
so, mcm biase2 je.
heh..
terima kasih sgt2 pd yg sudi memberi ucapan2 selamat di fb, mahupun sms.
aku tahu, walaupun benda2 tu semua reminder di fb, tp still korang alert jugak kan.
sbb aku sndiri kdg2 malas nak wish semua org nye besdei.
bergantung pd kerajinan jek. haha...
senang cite, sambutan birthday2 ni not my thing lah.
cukup sekadar ingatan dan ucapan drp insan2 tersayang, mcm femili aku, rakan2 karib, dan semestinya, suamiku!
hehe..
mmglah berbunyi cliche, tp itulah yg aku rase.
oh, tetibe teringat makan mlm di Bagan Seafood, Port Klang.
udang butter yg terbaik, ketam, sutun, ikang, ohh!
terima kasih kpd ayah aka si peng'seponser'.
utk Abang, terima kasih utk baju kurung biru itu.
eceh!
dah mcm lagu Khairil Johari Johar la plak.
:P
untuk mak mentua yg selalu masak sambal tumis paling sedap, terima kasih sbb wish.
yanty sayang mak!
hehe..
utk yg curi perfume DKNY Apple aku tuh, terima kasih jugaklah.
dahle yg ori ko kebas, yg tiruan pon ko balun jugak!
cet poodahh!
xpe, Tuhan Maha Adil.
heh..
tahun ni xde kek2, tp dpt donut sedap.
tp, Krispy Kreme still x leh beat Big Apple.
lidah aku lah rase.
xpelah, janji dpt donut!
huhu..
hmm, dah lapar pulak.
lately selera makan mcm jin!
ish2...
xpelah, bak kate mak mentua aku makanlah selagi berselera.
kang dah uweq2 xde maknanye nak mkn sume2 ni.
hehh.. betoi gak.
bersanding pon dh lepas.
no more fitting2!
hahaha! :P
k, later beb!

Khamis, 18 November 2010

cirettttt

a'ah.
tgh ciret-biret skrg ni.
makan itu dan ini.
x berpada plak tu.
nah, terimalah padahnya.
haha...
suweii lu.
opps, masih ganas lg rupenye gua ni.
sorila, gua masih menggunakan kata ganti nama 'gua' 'lu'.
haha...
dekat blog je pon.
hehh...
jgn igt gua pakai 'gua' x jiwang orangnye.
jiwang kene la simpan sorang2 kan.
xkan gua nak mengaku, "lihatlah dunia, aku ini jiwang orangnya!"
haha..
nak tau lebih, kenelah tanye laki gua.
heh..
oh, berbalik pd topik ciret tadi.
memandangkan skrg gua dh ade 2 femili, maka secara otomatisnya menu raya gua pon jadi lebih dr triple marble!
mmgla mabeles, tp gua x beringat.
gua dok balun semua, smpaila gua terciret sejak mlm td.
naseb baik laki gua ade spare pochai aka pil chi ket teck aun.
ape lagi, gua rembat ah dulu dgn air kosong panas.
lega kejap.
then jam 1 pg, perut gua start meragam balik.
kacau betolla.
gua dahla ngantuk gile.
tp, takkan nak biarkan terciret atas katil kot, kan?
hahaha..
gile.
luahan ni agak menjijikkan bg sesetengah kamu, bukan?
sori, gua mmg jujur orangya.
nak kentut, biar betul2.
nak berak pon, biar sehabis baik!
hahahaha..
gile.
apelah nasib laki gua dpt bini ghope gini.
haha..
:P
dubur gua dah start pedih2 ni, aseq terciret jek sejak mlm td.
igt nak mc jek, tp malas ah.
terkenangkan workload kat opis terus x jadi.
skrg ni dh ok sket ah.
sbb dpt bekpes penkek McD.
haha..
xde kene mengena pon kan.
ah, semakin tahape2 jek entri gua skrg ni.
xpelah, janji gua hapdet.
haha.
bai.
proot!

Khamis, 11 November 2010

new phase

* ini entri muntah hijau.

bgn pagi, sebelum pegi kerja salam cium tgn suami.
sediakan minum pagi utk suami.
pulang dr kerja, sambut suami dgn senyuman.
kemudian, salam cium tgn suami.
sediakan makan malam.
solat maghrib berjema'ah.
qur'an & ma'thurat.
menonton tv & berehat bersama.
berbual2 mengenai aktiviti seharian.
merancang masa depan.
tidur..

seronok jugak dgn life baru ni.
alhamdulillah, aku dapat rasa bahagia dlm hidup aku.
terima kasih Tuhan utk anugerah yg tidak ternilai ini.
terima kasih abang, sbb sudi menerima sayang seadanya.
terima kasih...
Sayang sayang Abang.

ikhlas,
suri hatimu.
1523
111110
PBD

Selasa, 9 November 2010

that day..

gua dh x mampu nak lahirkan kata2 bg perasaan gua buat semua yg sudi hadir dan mendoakan kebahagiaan gua. terima kasih gua ucapkan buat semua. labiyu ol!
semoga dirahmati & diberkatiNya.
amiin!

Rabu, 3 November 2010

ah!

gua baru nak update blog.
ade pulak mende yg nak jatuhkan mood gua.
spoil betollah weh!
chiow.

Selasa, 26 Oktober 2010

chiwek dan gembeng

mengade2 betol aku mlm td.
segala kenangan hitam dtg menghantui aku balik.
gile!
apesal sensitif sgt ni?
nasib baik dia dah pujuk.
haha...
bye.

Isnin, 25 Oktober 2010

whoah!

hey, am chilled.
haha...
koje opih banyak wehhh....
koje umah lagik.
cemane la plak life lps kawen ni.
nak balik lambat2 mcm biase x best plak.
hmmm...
sbb dah ade role baru!
tp itulah nikmatnya.
bile lagi nak kumpul pahale weh?
isteri solehah?
amiinn...
banyak benda lagi nak kena belajar ni.
bertabahlah!

Khamis, 7 Oktober 2010

counting days

oh, cliche-nye tajuk.
haha..
deym, today is 7th Oct already.
i've only got another 27 days to go before changing the title.
aghhh!
kenapa xde rase takut ni?
haha...
suke tgk reaksi kwn2 keliling bile aku mintak alamat diorg.
mcm2 respon aku terima.
sbb x ramai yg tau aku nak kawen kan.
jadinye, terkejutlah diorg. hahaha.
menjadi jgk surprise aku ni.
tp, tu x cukup surprise sbnrnye.
ikutkan, time kenduri tu aku kasi surprise.
konon2 jemput utk party harijadi ke, doa selamat ke, kan.
then tup2, diorg tgk. laaaaa...
aku yg kawen!
hahahahaa..
tp xleh la kot, susah sket.
sbb kad dh buat.
pahtu aku bukannye pndai kelentong sgt.
hahahaha...
besides, ramai jgk yg tanya.
dgn siapa?
kenapa x tunjuk gambar tunang?
kenapa x dtg kenduri dgn tunang?
dah lama ke bercinta?
org mana?
ohhh, dan mcm2 lg soklan yg mmg dijangka.
hahaha...
jangankan korg, aku sndiri pon smpai skrg rasa mcm mimpi.
main2 ke aku ni?
biar betul?
biar betul betul.
hahaha...
amboi gelak manjang je aku dlm entry ni ye.
hahaha...
bukan ape, aku kalau boleh mmg nak war2kan lps selamat nikah jek.
sbb aku mmg jenis yg suke keep it low.
so, terima je lah kan.
aku x kesah sgt dgn cara org2 lain.
in fact aku hormat cara masing2.
itu hak korg kan.
yg penting doa2 kalian.
mudah2an kehadiran korang semua dan doa yg bakal dihadiahkan diberkatiNya.
amiinn..
aku x mintak banyak kwn2, doa berkat jek.
hmmm, dah sampai masa utk berdua kan.
dan aku hrp korg semua yg masih single terus2an lah minta padaNya, kerna DIA sememangnya Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui yg terbaik utk diri kita.
dont ever QUIT! tu jek nasihat aku.
so, itu jelah nak bebel hari ni.
aku mcm dh bosan2 ngan FB.
so better aku luahkan kat sini jek.
privacy sikiiiiiitla dr FB. hahaha..
pd kwn2 yg aku mintak alamat tu, nantikan je lah kad aku yg sempoi dan x berapa gah sgt tu ye.
ai org miskin. haha...
last but not least, doakan aku kwn2!
XOXO!

Rabu, 29 September 2010

dah sampai tahap 'whatever'

oh, hari ni betul2 mixed up feeling.
dah mcm pasemboq.
tp pasemboq sedap, rasa ni x sedap sgt.
hmm...
mcm2 sgt yg aku fikirkan.
mcm biasalah, aku mmg selalu mcm ni.
berapa bnyk macam daa...
suke fikir sesuatu dgn penuh komplikasi.
kdg2 fikir terlampau beyond dr kawalan kite ni pon bahaye jugak.
hmm...
skrg bnyk2 berdoa je lah.
semua aku dah usahakan.
tawakkaltu 'alallah..
kebetulan time2 serabut ni terjumpa member lama sejak jaman sekolah aku td.
rindu. ya, sgt rindu dgn budak kecik sorg ni.
mane taknye, kami bnyk kenangan bersama.
sgt gile waktu dulu2. haha...
lps habis skola sume terpisah.
dah x bape nak contact, tp still saling ingat-mengingati.
peh, ayat :P
akibat terlalu teruja dan gembira, aku rasa mcm nak nangis lepas jumpa dia td.
haha...
gile sensitip perasaan aku skrg weh.
tp xpelah, aku tahan.
aku kan macho.
weqq..
adoii... tetibe sedih lg plak.
sbb ade sorg lagu member opis nak pindah.
iskkk...
makin sunyila opis ni.
hohoho...
gudlak Moi n Hani.
don gedik2.
hahaha...
weh2, apesal lembik sgt hari ni?
hahahahahaaaa!
bye.
:P

Jumaat, 17 September 2010

booster




kids always be my booster during 'Eid.
love them so much.
ok, just ignore the last one.
blergghh..
haha..

Jumaat, 10 September 2010

hari ini hari raya

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
Alhamdulillah, dpt lagi aku bertemu dgn Eidulfitri ini tahun.
suasana dingin pagi ini dipenuhi dgn aktiviti yg sgt rutin.
tapi, aku bahagia.
tenang.
syukur.
letih, tapi puas.
sgt sederhana, tapi menggembirakan.
hari ini juga air mata aku gugur sgt kerap.
mengenangkan dosa2 yg lama.
entah diampunkan, entah tidak.
layakkah aku untuk dia?
itu semua kerja Tuhan.
jika benar, aku redha.
dan sesungguhnya, aku sgt bersyukur dgn segala kurniaanNya.
mudah2an Eidulfitri kita semua tahun ini diberkati Allah.
amiin.
wallahu'alam.
:)

Rabu, 8 September 2010

Isnin, 6 September 2010

raya dan hohoho

bile aku ngantuk, aku kene menulis.
eceh, bunyik mcmlah pro sgt.
sikit2 bolehlaa.. hehh..
aku dah pendam bnyak sgt psl situasi yg berlaku dlm dunia hari ini, khususnya negara kita sendiri.
terkini, isu iklan raya tv3 plak.
adoiyai.
jujurnya, aku x sebelahi mana2 puak ekstrim dlm negara ni, politically.
aku cuba utk jd seorang rakyat Malaysia sejati.
bukan seorang yg berbangsa Melayu shj, tapi Melayu Muslim.
berkenaan isu yg tgh hangat skrg ni, sampai wujudnya kebencian melampau pd stesen tv bekenaan, aku rasa terbangkit nak kongsi pendapat aku.
hmm, ok.
walaupun aku bukanlah penyokong penuh misi 1 Malaysia (yg mana bagi aku kalau xde misi tu pon, negara kita sememangnya majmuk dalam budayanya).
benda2 ni sebenarnya dah lama wujud dlm masayarakat kita, cuma bila PM kita dok gembur2kan psl 1 Malaysia, barulah rakyat kita celik mata.
apa tu 1 Malaysia?
org2 luar pon mcm amazed (kagum ke?) dgn tema negara kita.
tak taulah kalau itu sekadar reaksi luaran depa jek, sbb setau aku depa ni mmg suke ckp baik2 depan jek, belakang kita? lu pikirlah sendiri! hehh..
begitulah jugak dgn konon2 tema 1 Malaysia yg ingin diterapkan di dlm iklan tersebut.
mule2 aku xpaham gak, sbb x pernah tgk pon dlm tv3.
sbb aku layan astro jek (ok, sounds berlagak plak) haha.. :P
lps dah tgk, barulah aku paham kenapa ramai sgt yg dok mengamuk x tentu pasal.
bagi aku lah kan, haha.. tetibe rase nak tergelak.
sorilah, org2 'Melayu Islam' kita ni mudah melatah.
sgt mudah melatah.
terdapat banyak cara yg lebih intelektual dan lebih berkesan drp menyuarakan pendapat, makian, komen, dan amarah selain drp di FB.
aku x nak berpihak pd mana2 skrg ni.
and yes, for the first sight aku agak confuse. kenapa tema beca terbang dan bunga2 deepavali dipilih utk iklan tersebut?
ini iklan raya ke hape?
i mean, ya raya.
yg sgt sinonim dgn ketupat, bunga api, lemang, proton saga, baju melayu, baju kurung, kacau dodol, tangisan, kanak2, duit raya, dll yg berkenaan.
aku x marah terus dgn tv3 lps tgk iklan tu.
cuma aku keliru.
bukan ini ke yg kerajaan kita perjuangkan selama ni, 1 Malaysia?
ahaha..
sori, aku x berniat nak persendakan konsep 1 Malaysia ni.
but, see? apa dah jadi?
bukan kita ke selama ni yg dok beriya2 1 Malaysia sana, 1 Malaysia sini.
then bile kuar iklan mcm ni, sume yg dok sokong 1 Malaysia pon naik marah.
ahaha. tu yg aku dok gelihati dlm perut tu ;P
sbb tulah aku ckp org kite ni cepat dan kuat sgt melatah.
bagi aku, selagi para 'alim ulama' Malaysia x timbulkan isu ni atau kuarkan sebarang fatwa bahawa iklan itu haram, lebih baik aku berdiam diri dulu.
walaupun hakikatnya, terdapat bnyk persoalan yg bersarang dlm kepala aku ni.
oklah, aku bg contoh.
iklan Horlicks. anak Liza Hanim tu ade ckp "mama buat ho ho Horlicks eh?"
kenapa x banned je iklan tuh?
then, lagu arwah Sudirman bertajuk Balik Kampung (personal favorite).
kan ada lirik dia mcm ni, "ho ho ho balik kampunggg,".
so, ape cite beb?
xnak haramkan gak ke?
kan mcm santa kelos tu.
hohoho..
alamak, aku gelak hohoho xde ke org nak tegur aku?
serius ni beb.
kalau aku salah, sila tegur.
aku cuma x pasti kalau kenderaan terbang pakai rusa tu betul2 ada dlm perayaan Natal (Kristian) atau sekadar mitos shj.
sbb bg aku benda tu pon cuma something yg direka utk hiburan kanak2 time perayaan mereka sahaja. (betulkan aku kalau salah)
bunga2 pelita tu mmg terang2 lah mcm Deepavali.
but then, aku cuma x nak Malaysian Indians ckp kita ni x 1 Malaysia.
haaaa, korang nak jawab ape plak?
tulah, nak bagi konsep pon, pikiorlah dulu sebelum buat/cakap.
yg penting, aku tetap sayang negara aku ni.
sbb tu aku kuarkan entri ni.
sbb aku x nak sume gaduh!
Islam x ajar kita semua gaduh2 beb.
think rational.
jgn marah ikut nafsu.
kata belajar sekolah tinggi menara gading gajah bagai.
so? amacam?
maafkan aku kalau ada yg tersalah kata.
aku cuma menulis apa yg aku rasa.
wallahu'alam.
;)

Rabu, 25 Ogos 2010

menganyam ketupat

deyy!
aku bukan nak mengumpat, tp ini betul2 punye menganyam!
haha..
alhamdulillah, berkat idea dr seorang ofismate berbangsa Cina tahun lps, thn ni aku nak try buat bisnes tempahan menganyam ketupat.
dah ade 2 org customer.
haha..
cume, aku masih x tau nak kira mcm mana.
nak pakai 1 ikat, atau bijik?
hmm...
1 biji = 5kupang
atau
1 ikat/5 bijik = rm ?
entahler, aku masih keliru.
tp aku dah amik 1 tempahan, 50 bijik katenye.
wah2..
angan2 besar nampak.
harap2 time aku nak buat aku tgh rajin lah.
haha...
doa2kanlah yer.
asik RM jek, bile nak jd USD ni?
hehh..

Khamis, 12 Ogos 2010

shahrul-kareem

alhamdulillah, bersua lagi kita dgn bulan yg mulia ini tahun.
sekejap benar rasenye.
kdg2 selalu terfikir, mmgla kerja2 yg kita buat ni ibadah, tp still keduniaan.
aku teringin nak dok relax2 kat umah, buat solat sunat dhuha, tadarus, tidur2 ayam, tadarus balik, tarawih, qiyamullail dll..
separuh drpnya alhamdulillah aku dpt tunaikan skrg ni, tp still rase x cukup.
aku nak zuhud.
tp still x bolehla.
bnyk sgt keperluan dunia yg perlu dicapai.
hmm....
aku nak jd isteri solehah, insyaallah.
aku nak jd ibu mithali, insyaallah.
aku nak jd lebih baik pd masa akan dtg, insyaallah..
mudah2an hasrat aku tercapai.
amiiin..
baru 2 hari kita berpuasa, feel dh dtg sket2 tp belum sepenuhnya.
sbb aku belum sempat lg nak dirikan solat sunat tarawikh.
tadarus adela sket2..
yg rase tenang tu pagi2la.
time pegi keje aku rase best dan ringan.
x malas2 sgt mcm sebelum ni.
amazing gak.
mungkin itulah hikmah bulan mulia.
aku x masuk seawal 7.30 pg mcm kwn2 yg lain, sbb aku x yakin aku dpt smpai awal ke ofis.
dan w/pon lambat, aku masih tenang di jalanraya.
wahaha.. poyonye ayat ;P
tp tang balik keje aku agak hangin sket, sbb still jem.
paling hangin bile ade setan2 yg x nak beratur masa kat tol.
gile bodoh punye org.
aku tahan je segala carutan2 dlm hati.
astaghfirullahalazim....
sabar je lah, nak wat cmne.
tp mmg menyumpah ranah la gak dlm hati, siap hrp depa eksiden lg.
haha... yelah, beratur la weh, susah sgt ke.
dah ko lambat, lambatla sampai turn nya.
sabar sabar.
iman, aku mmg perlukan kau di saat2 mcm tu.
alhamdulillah, aku berjaya menahan amarah.
nak aku nyanyi lagu CTkus ngan KD ke?
haha..

adoii, aku ngantuk.
depa dah pi surau.
aku pi satgi, terus solat sekali.
alhamdulillah, metabolisme bdn memberikan kerjasama yg baik sekali utk 2 hari ni.
w/pon keadaan tekak dan hidung masih x mengijinkan, namun aku survived.
haha..
aku rindu waktu belajar di UIA.
hmmm, ya kdg2 mmg rindu.
kangen benar sama teman2.
feel berbuka, feel solat jemaah, dll.
cambest.
tp xpe, sume tu pengalaman.
yg penting skrg hari2 aku dpt bersama dgn 'nyawa2' aku.
aku gembira.
ayah dah pencen, so dia akan selalu ada kat rumah.
cume adik je yg jauh kali ni.
xpelah, turn dia plak utk berdikari.
wah, bnyk jugak benda yg aku tulis hari ni.
mgkin ini Ramadhan terakhir kita, jd marilah sama2 kite mengimarahkannya.
selamat berpuasa pembaca2 blogku sekalian!
takbir!
AllahuAkbar!
wallahu'alam.
:)

Jumaat, 2 Julai 2010

Jumaat, bola & jubah

aku dpt rasakan Benicio del Toro bole bwk watak Maradona kalau ada movie psl dia. but, isn't he's too tall for that character? ahaha.. still, am rooting for him!

likessss!

tafaddhal2.

may i get this one?

al-jubahlani!

feverrrrrrrr!!!!!!!!!


* am so gonna miss this moment. 4 thn sekali weh. fuhhh.. n shai, thanx sbb ingatkan psl Saddam Hussain, yg ada iras2 mcm Diego Maradona. haha.. never tot of it. ;P

Jumaat, 25 Jun 2010

kenapa Jumaat je?

kdg2 menjadi persoalan dlm minda aku.
kenapa bila tiba hari Jumaat saje, kite dilarang bercakap psl benda2 yg kurang elok, mencarut, menipu, memaki, membuka aurat dan lain2 yg mazmumah.
ya, aku akui akan fadhilat penghulu segala hari.
tapi, mengapa Jumaat sahaja yg kite perlu hiasi dgn sifat2 mahmudah?
mengapa tidak hari2 lain juga?
contoh, "weh, x elok ah mencarut. hari ni kan Jumaat". atau "x baik tipu woo, hari ni hari Jumaat".
wah2, baik punye alasan.
kat budak2 bolehla ko cakap.
lagi satu, kenapa tunggu hari Jumaat je baru nak pakai baju kurung atau berjubah?
kenapa x Selasa, Khamis, Ahad?
hoho..
ini ke yg dinamakan budaya org Malaysia?
haha..
mungkin kot.
kat sini kita gelar semua Melayu tu Islam.
macamlah xde bangsa lain yg beragama Islam kat Malaysia ni.
aku masih kurang senang dgn teori bahawa setiap orang Melayu itu mesti beragama Islam.
silap2.
nak buat mcm mana kan, minda kita dah diset rupe itu.
sbb tu kdg2 kita kena fikir balik.
gali dlm2, jgn sume nak telan bulat2.
apa yg tv n radio ckp kita percaya, kita ikut.
sebenarnya aku nak mencarut hari ni.
sorilah kalau aku asyik lari topik.
hahaha..
tp bila aku nak mencharut pg td, suara dlm diri aku berckp.
"eh, x baik ah mencarut. hari ni Jumaat weh".
bole plak.. haha..
kan dah terpengaruh.
bukan ape, x sampai hati bila tgk member menangis pagi2 psl jantan.
aku kesian.
dh bnyk kali aku try comfort dia, tp x berjaya.
pg td aku rase nak call je jantan tu n carut!
tp, aku mls.
malas carik psl.
tulah kelemahan wanita, bile dh syg sgt kat sorg jantan ni, w/pon x bole pakai, still jugak nak syg.
hishh!
tolonglah wei, jgn kacau kwn aku lg.
aku dh penat tgk dia penat menangis.
f**k u damn jantans!
tolongla matang dlm sgl hal.
faham hati wanita, bukannya susah pon.
cume kena sabar jek.
jd pendengar yg baik.
haih, tu pon nak kene ajar ke.
demit la yu.
wah, dah langgar adat hari Jumaat nampak?
huhu...

* hari2 pon aku pakai baju kurung.

Jumaat, 11 Jun 2010

bukan cup A atau B

aku rase better lagi logo 2006 ni.


sangat keafrikaan. x cantik sgt. logo world cup lama2 lagi best wa cakap lu. nak tgk, pi sndiri kat website rasmi depa. aku malas nak letak cni.
dem.
bile tibe musim bola sepak piala dunia ni, mulelah aku teringat zaman belajar dulu2.
gile.
sgt gile.
tp xdelah gile sgt.
haha.
sah kamu ni gile.
bahasa melayu pon dah x betul.
ngek. haha.
FIFA 2006, zaman aku berjinak2 dgn bola sepak dunia secara tegar.
sebelum tu, langsung aku x berapa nak amik tau sgt psl World Cup ni.
serius. sejujurnya, aku bukan peminat tegar sukan bola sepak @ sepak bola ni.
tp aku minat tgk skill beberapa pemain drp team pilihan aku.
lps tu, aliran adrenalin yg semakin deras membuat aku teruja untuk bersorak GOLLL!
tambahan pula bila menontonnya bersama rakan2 (dikenali atau tidak).
ni aku cerita zaman belajar dulu2lah. ada 2 tempat je yg selalu aku pegi lepak.
bilik tv Mahallah Maryam dan Halimah.
tp aku prefer ke Halimah, sbb bilik tv dia ada air-cond.
haha.
ofkos kena demand, sbb nak tonton match dgn selesa kan.
hehh.
plus, ko-op dia pon salu bukak smpai awal pagi. syok woo.
ada cc lg, so sementara menunggu waktu perlawanan bermula, aku lepak ah cc dulu.
zaman tu zaman lagha gak.
zaman aku layan MS sgt bongok aku rasa. haha.
dulu, yg selalu aku terjumpa dlm bilik adalah kak Ain.
dia ni budak Maryam gak, tp kerap lepak Halimah.
tu yg bes tuh, sbb ade gang sekepala.akak ni mmg gile otaknya, kire separa mereng la gak melayan.
haha.
gila.
aku xpernah ajak sapa2 pon tgk bola ngan aku mase tu, sbb most of them x bape gemor nengok.
xde hal pon, sbb aku suke buat kwn baru dlm bilik tv.
hehe.
hai cik adik, bole ngorat?gitulah ayat aku nak mengayat :P
pastu, asal time nak goal atau x jadi goal je, kitorang startlah sorak2, jerit, kutuk2, boo2, pirah2, lompat2 mcm jakun dlm bilik tv tu.
ahaha.
syok gile rasa.
dgn bekalan air kosong dlm botol mineral (time sengkek) atau air berperisa (time berduit), sekotak Rocky perisa stroberi, memadai bg aku sbg kudapan waktu menonton.
perhh, aku x leh lupe betul feel time nengok every match yg ade team aku suke.
best best best.
lagi2 time dah nak dekat masuk final season tu, lagila haru bilik tv dibuatnya.
isk2...
bughok beno ghope kamu bersorak tu yong.
haha.. ate, ade aku kesah?
mana ada jantan pon dlm bilik tv tu.
haha..ada satu masa tu, aku borak2 ngan kak Ain.
aku ckp ngn dia, lagi 4 tahun nnt mesti akak dah kawin.
tah2 saya pon dh kawin.so ni je lah masa kite nak tgk bola same2.
then masing2 dah tgk dgn laki masing2.aku igt lagi perbualan tu.
kitorg gelak2 smpai pagi.
mmg gile.skrg dia dh ade chan nak tgk dgn laki dia.aku ni je yg x kesampaian lagi.
haha..
xpelah, next 4 years ade lagi. heh..
so, sbb tulah aku terimbas balik memori demam world cup 2006 dulu2.
lebam mata pi kelas, tp jarang kot.
sbb aku pndai manage masa. haha. poyo.
waktu final la paling best.
naseb baik x sesak sgt dlm tv room tu.
sape x igt saat2 Zidane menanduk perot sorg player ni?
sape tah name dia. tp mmg bes ah. haha..
hopefully, dis season aku dpt manage masa aku mcm dulu2 gak.
tp kali ni ok sket ah, sbb dh dok umah.
plus cuti tahun pon bnyk lagi.
haha..
so, which team yg korang support this season?
aku? tgk je lah bendera2 kat bwh ni ya.
haha.
adios muchachas!





Isnin, 7 Jun 2010

ana jumpa jun lah, JUN!

bukan jun lah kanda, jin.
ya, petikan dr filem lagenda, Ahmad Albab.
gila malas dah nak update blog ni.
harap maaf ye kwn2.
am goin to be really selective from now on.
if ade sape2 yg terrrjumpe n terrrrbace blog2 aku yg lain, silekanlah.
tp aku mls nak tunjuk link nye.
kire pandai2 koranglah, atau nasib je lah kalau terjumpe pon.
sbb xdek mende penting pon yg aku bebelkan dlm blog2 tu.
just luahan karut-marut dan sedikit idea2 busuk dr seorang wanita separa mereng.
ahaha...
xpe, ngaku sendiri is better than dgr ckp2 org.
bullshit ah depa.
wah, besnye mencarut, dh lame x mencarut kat sini.
ahaha..
eh2, kan dh jd 1 entri utk bulan Jun.
ehehh..
good.
till then, i'll be back next month!
later..
;P

Jumaat, 7 Mei 2010

realism

aku rasa aku dah boleh adapt dgn realiti.
haha.
bukanlah maksud aku sebelum ini aku hidup dlm mimpi.
tp, lebih kurang macam tu lah.
pening?
x perlu faham :)
sebab itu lah aku dah jarang tgk tv, nonton wayang, dgr radio, burn lagu dlm cd, tgk pirate movies secara online, main game online, tangkap gambar di hujung minggu, edit gambar, menyanyi, menari, berangan, ckp dgn kucing dll yg sgt IRMAginatif bunyinya dan mengarut2.
haha..
tahape-hape.
kali ini semuanya dah jadi real.
jadi masa utk aku berimaginasi semakin kurang.
aku jd lebih serius dlm memikir dan membuat sesuatu.
i'm getting older by days.
so dah xde mase nak jd budak2 mcm dulu2.
enough.
x perlu berjalan atas angin lagi.
semuanya ada dpn mata.
kena jaga semua supaya tidak rapuh dan hancur.
kena ada anjakan paradigma.
best jugak cite tu kat Oasis.
maaf, lari tajuk.
bak kata Shai, mcm ni lah kata2 org angau.
haha.
mmg aku langau, eh angau.
tp kdg2 jek.
most of the time, aku cover.
heh.
itulah dia realiti, ko nak lawan mcm mana lagi.
contoh, org yg dah pergi, takkan hidup balik.
kau rabun, kena terima hakikat.
kau kena kanser, hakikat.
kau jatuh cinta, hakikat.
kau jatuh tangga, hakikat.
darah warna merah, hakikat.
jadi, sesetengah perkara mmg kita x boleh deny.
sbb itu hakikat.
realiti.
dunia pon dah nak sampai akhirnya.
bumi dah penat nak tampung dosa manusia.
sesak nuklear.
dan segala mcm beban lain.
aku redha kalau akhirat tiba sebelum aku mati.
tp aku takut.
sbb iman belum cukup teguh.
hari2 dok ingatkan diri sendiri.
sempat ke aku nak kahwin?
sempat ke aku nak beranak?
sempat ke aku nak gi haji?
sempat ke aku nak mengucap sebelum mati?
sempat ke?
mulai hari ini, hadapilah realiti hidup dgn tenang.
redha.
wallahu'alam.

* serius tak?

Khamis, 6 Mei 2010

1000 tahun

demit.
dah puluhan kali aku bukak new post.
tapi haprak pon tarak.
hampeh la kamu ni irma weh.
ape yg kamu nak update sebenarnya?
banyak.
tp sy segan nak share kat sini.
tak mengapalah.
saje mengada-ngada.
haha...
oklah, next time sy update secara serius.
sy nak kembali dgn topik2 yg lebih hangat, terkini dan serius.
gile poyos. haha..
ok, quick updates.

1. sgt2 lame tidak mengikuti updates movie dan music terkini. local mahupun international. menonton dan mendengar apetah lagi. well, dgr lagu sket2 tu adelah kat radio tempatan, but still bukan secara total mcm dulu2. haha.. :P

2. lagi tenang memikirkan perancangan hidup utk masa depan. oh, sgt poyo bunyinye. mcm2 nak buat weh! wish me luck!

3. lately suke beno dgr lagu2 irama mellow2. x kirelah rentak ape pon, janji lentok! heh.. kak Pah rocks!

4. lame jugak x tgk tv secara tegar dan serius. bnyk hal nak pikir dah la ni. rugi la bayaq astro tp x tgk. huhu. seb baik ayah dok balun tgk siang mlm. berbaloi2 la jugak. heh..

huh!
jadi jugak 1 entri utk awal bulan Mei ni.
haha.
nah hamek lagu dr aku mlm2 jemahat ni.
semoga mendapat hidayah drNya.
amin!
babai.

Isnin, 26 April 2010

ruang rindu

ini bukan lagu letto, tp lagu jiwa aku.
ruang rindu pd kwn2 semakin menebal.
damn i miss u girls!
sorry sgt2, lately mmg bnyk hal keluarga n personal yg aku perlu setelkan.
kenduri kahwin saudara-mara, ziarah org2 sakit, ayah masuk wad, dan beberapa hal lain yg perlu diambil kira.
aku bukan x mau keluar dgn korg, tapi masa sgt2 limited utk aku skrg ni.
aku harap korang faham.
coz i know you're all the best in my life!
insyaallah, i'll try to spend one fine day utk kita semua hangout b4 plan kita ke pulau Langkawi itu.
nak deting pon sempat weh! hoho..
exhausted betul sejak akhir2 ni.
i think it's time for me to take any supplement food ya.
tp, aku x suke.
sbb nnt badan aku manja.
asyik bergantung pd benda2 tu je.
tahler, tgk mcm mane nnt.
maybe kite bole minta pd cik abg? ehehe..
facial treatment lagi.
aduyai...
makin menjadi2 pulak jerawat lately ni.
nak kate fikir hal dunia bnyk sgt, xdela jugak.
tenang beb, tenang..
6 months to go. hahaha..
yolah tu.
ok kawan2, nnt kite ronggeng smpai mlm k?
malam jek, sbb dh ade curfew hours. hehh..
later bebehs!
XOXO!

'cik salmah' mode


i know, gedix kan?
ahaha..
whatever.
janji lepas rasa nak melaram dgn eyelashes.
apepon, kasik chan!
;P

Khamis, 1 April 2010

bloggah

sebenarnya, gua dah buat banyak blog selain drp 'gagak di rimba' ni.
masa gua mule2 bikin ini blog, gua eksaited.
mcm2 gua tulis.
bende remeh2 pon gua letak.
gua mmg x kesah apa org mau cakap, sbb ini ruang gua berbicara dengan alam maya.
gua publish apa yg gua rasa gua mau kongsi sama lu orang.
ramai jugak yg gua tgk curik2 baca blog gua ni, walaupon blog gua ni totally caca marba!
haha. gua hargai itu.
lately, gua dah start bukak akaun Tumblr plak.
mcm blog jugak, tp gua just letak kata2 hati gua kat situ jek.
sbb gua mcm dah mula segan nak publish semua benda kat sini.
kalau lu org terer, cariklah url Tumblr gua.
hahaha.. ceh, gua x cabar ok.
saje bikin gempak, padahal gua sedar diri.
gua bukannya mcm Fasha Sandha mahupun Diana Danielle lu org nak tgk ape gua tulis.
(eh, depa pandai menulis ka?) ahahaha..
sungguh xdak insurans jari-jemari mulus gua ni. ahaha.
apa point gua merepek-repek hari ni?
hmmm, tahlah.
mcm yg gua ckp tadilah, blog gua bukan blog serius.
sekadar tempat utk menulis apa yg gua nak tulis.
dulu2 gua tgk point2 dlm blog gua ada isi.
tp makin lama, makin zero.
tapi still gua carry on jugak.
entahlah, lu org rasa better gua stop blogging ke apa ek?
gua x kesah, sbb blog2 gua yg lain ada lagi.
hahahaha...
ikutkan gua nak je tulis jiwang2, tp gua segan.
gua segan tgk ayat2 sendiri.
rase nak lempang pon ade. hahaha..
pape tah.
lu org kalu meluat tgk blog gua ckp sajalah.
gua x dak amik hati punya, gua ok.
rocker ok! ahahaha..
penipu je tu, gua rase rockerlah insan paling sensitif atas muka bumi ni.
rambut panjang dan berseluar ketat tidak menjamin kebrutalan jiwa beb.
itu hanyalah permainan ilusi semata.
jiwa rockers ni mostly lembut! serius.
x percaya lu org tanyalah Amy Shearch atau Mick Jagger.
haaa..
tgk, kan dah makin melalutlaut gua ni.
oklah, kali ni gua malas mau buat editing.
kalau ada salah eja ka apa, sori banyak2 gua ucapkan.
semua tu mmg disengajakan.
eheh..
k, gua nak layan Love Hurts by Nazareth sat.

Khamis, 25 Mac 2010

totora

mmg aku suka makan ikan kerapu. dats y aku suka merapu, kan?
whatever.
okeh, walaupon dlm keadaan workload yg banyak tp aku masih jugak nak kemaskini blog.
xdak point yg penting pon, tp cukup utk aku mencurah rasa yg terbuku di dalam kelbu.
haha..
sori sbb x dpt nak continue tulis psl 'menjadi dewasa' b4 this.
berkobar2 nak tulis time tu jek, tp lps dah lama2, haghaaamm..
sepintas lalu;

1. rase nak maki masih bersisa di dalam hati terhadap kelakuan yg pra-matang oleh adik2 junior yg baru masuk kerja di tempat aku. pffftt! aku dah boh layan dah. lantak pi hang lah nak jd apa pon. janji tugas aku dah setel. selamat maju jaya!

2. ni pasal maki gak, tp pasal keje. haha.. certain document penting aku hilang dlm shared network laswik. aku nak mencarut je skrg ni, tp tahann.... hmm... inilah namanya dugaan hidup.

3. barang2 keperluan dah mula disenaraikan utk dibeli weekend ni. pening jugak ye. tp aku chill jek. buat2 mcm xde ape2 yg berlaku. hahaha... so, bln ni mcm kene skip bayo kete. sori AmBank!

4. baru lps melahap kek keju epal. pehhh! muok! hahaha.. tp puas.

5. rindu jugak dgn kwn2 borak di FB. tp disebabkan kekangan waktu dan koneksi internet yg aku terima tidak memberangsangkan, maka aku hanya sempat update mane yg sempat jek. serius ni, rinduu... coz FB buat mase ni dh mcm betol2 jd sebahagian hidup aku. hoho.. poyo ah wei!

6. kadang2 terfikir, betul ke aku dah nak ke arah itu ek? hmm.. be serious.

7. aku mau diurut!

8. jerawat di hidung ini betul menduga keimanan aku, ok?

9. sangat lama tidak menonton dan membaca berita secara tegar. aaaaaaaaaa~ terima kasih kpd rakan2 ofis yg sudi membaca berita dgn kuat sewaktu sarapan. haha..

10. oh, betul2 lama aku tidak ke panggung semenjak The Wolfman. sgt lama bg aku.

11. sedang menggila dgn lagu Noktah Cinta by Hafiz. aku prefer bdk ni than lg 2 ekoq tu. haha.. euwww!

12. mau makan stik.

mau mau mau... haaaa. oklah, aku nak siapkan kerja skrg. babaizura.

modal tempelan (aku suka kaler ni dgn dia. sgt matching n glowing gitu!) tetibe..

Selasa, 23 Mac 2010

menjadi dewasa

aku ade point nak tulis kat sini.
tapi tetibe diserang virus mengantuk yg sgt kejam.
urghh.
nanti saja.

Jumaat, 19 Mac 2010

anjing pon makhluk Tuhan juga

salam semuanya.
aku terdetik nak buat entri ni, berikutan isu seorg pelakon wanita yang memegang anjing.
lapok lah weh.
betapa rigidnya pemikiran kita sbg seorang Islam bila keluar cerita2 mcm ni.
wartawan pon dah kering idea ke nak menulis tentang ape?
kesian..
bukan isu wartawan yg aku nak kongsi disini, tp tentang soal buta hukum di kalangan umat Islam skrg ni.
tak tau, tanya.
jangan main jatuhkan hukum pd seseorang dgn sesuka hati.
pg td aku dapat emel dr seorang kenalan ofis, berkenaan isu memegang anjing ini.
dan yg buat aku lagi teruja nak share kat sini sbb penulis yg membuat artikel tersebut adalah bekas senior aku di sekolah menengah dulu.
nak tau siapa, bacalah sampai habis.
so, aku harap dgn adanya perkongsian ilmu spt ini dapatlah kita khususnya sbg Muslim membuka minda kita luas2 berkenaan isu hukum-hakam ni.
mengaji kalau x tahu.
itu je pesan aku.
wallahu'alam.
pis!


‘JAWAPAN BAGI PERSOALAN INI’

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada yang berkenaan,

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram. Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan) sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja. Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun, bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan, adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya.
Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan “desensitization” yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan – kumpulan ini akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan.

Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar – gambar tersebut secara umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis “mughollazoh” iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis “mughollazaoh” tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis “mughollazoh” kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan ‘geli’ atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit ‘geli’ apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.

Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya.

Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini “tidak berjangkit” maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak “berjangkit” jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi.

Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis. Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis “mughollazoh” pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan - persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya?adakah ianya halal?

Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan? Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika anda mencarinya…ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan.

Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah “jika anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda”. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan “Tidak, kerana saya seorang Islam”.

Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahua’lam

Saya mengalu – alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada lapanjuta@yahoo.co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua. Terima kasih.

Dr. Mohd Dzulhamka KamaluddinDVM, UPM

Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
PensyarahFakulti Perubatan VeterinarUniversiti Putra Malaysia

Ahad, 14 Mac 2010

Temerloh mari










majlis perkahwinan Murnira & Azlan
lokasi: Temerloh, Pahang
tarikh: 13 Mac 2010, Sabtu
SELAMAK PENGANTING BARU KAWE UCAKKE!
ngeee~