Jumaat, 3 Julai 2009

at last...

maaflah kalau ada antara kamu yg dah muak dgn cerita MJ.
tapi, berlainan dgn aku.
aku hari2 amik tau psl dia dekat paper, E! dan internet ni.
baca disini.
alhamdulillah, harap2 jenazahnya akan dpt disempurnakan dgn cara Islam.
kesian aku tgk, dah seminggu tak dikebumikan lagi.
dan aku juga berharap agar semua peminat, sahabat, dan keluarga dia dapat hormati agama barunya itu.
semoga semuanya akan berjalan dgn lancar, amin..

ok, aku setuju dgn kata2 Kat dlm blognya.
sampai 3 entri dia buat khas utk arwah Mikaeel.
i mean, segala bakat seni dan sumbangannya itu secara khusus.
dan aku sendiri mengakui yang aku telah mendownload hampir kesemua lagu2 hits MJ semasa dia kecil sehingga dewasa dan membakar (burn) ke dalam sekeping CD.
sebelum dia pergi, aku cuma ade 1 lagu je dlm simpanan aku, Thriller.
the rest, aku sanggup cari sbb bg aku kebanyakan karyanya sgt menarik dan bermakna, utk diri aku, personally.
dan ya, hari2 aku mendengarnya sewaktu aku pergi dan pulang dr kerja.
aku tahu, mungkin ada antara kamu yg akan muntah kalau duduk dlm kereta aku, sbb terpaksa melayan semua lagu MJ hari2!
daym.
tapi, buat masa ni aku x muak lagi.
sbb aku cuba cari maksud di sebalik beberapa lagu yg disampaikan.
bnyk yg menarik perhatian aku.
dan dia bukan saja menyanyikan lagu2 tersebut, tetapi menghidupkannya!
dapat bezakan tak? aku harap kamu faham.
lagu Ben (Jackson 5), Earth Song, They Don't Care About Us, ahh bnyk lagi sebenarnya.
belum masuk lg bab melodi, persembahan, semuanya sudah terbukti hebat.
MJ, terima kasih sekali lagi.
terima kasih sbb ceriakan hidup aku dlm beberapa ketika.
dan utk semua fanatik2 MJ di luar sana, tolonglah terima hakikat yg dia dh tiada.
ya, kita semua masih boleh mendengar lagu2nya, cuma sudah tiada lagi nyawa penyanyi disebalik lagu2 tersebut.
peace n out~

* sekadar peminat karya2 genius drp sebutir bintang yg telah pergi takkan kembali.

Tiada ulasan: