Selasa, 31 Mac 2009

definisi gumbira

apa definisi gembira bagi kamu? bagi aku, gembira hadir dlm jiwa bila:

1. aku dapat keluar spend quality time bersama keluarga dan rakan2. ya, weekend lalu aku dapat rasa semua tu. hepi rasenye! woohoo! sekejap pon x kesahlah, asalkan dapat rasa perasaan gumbira itu. :) terima kasih Mai, sbb sudi sms aku pagi2 ajak aku kuar jumpe. Mai, teman sekelas, sekuliyah, sematrik, seuniversiti bersama2 waktu belajar dulu. lama betul x jumpa dia. walaupun jumpa sekadar makan2, tp bes banget sbb dpt borak2 psl life masing2 bila dh lama x jumpa. mulut aku pon tetibe jd cam bertih jagung tgh masak bile jumpe kwn lama. wohoo! Irma yg lama telah hadir kembali :p terima kasih kawan! :)

2. bila aku coti. aku sgt gumbira bila aku dpt cuti bila aku perlukan cuti itu. faham x ayat aku ni? aku cuti rehat semalam. x kemana pon, cuma saje je nak rehat+buat keje2 umah tertunggak. dptla jugek basuh kete, jahit baju yg dah lame terkoyak dan ape2lah yg patut. haha..

3. aku dpt tgk movie2 yg dah lama aku teringin nak tgk. for the time being, aku mmg tgh 'demam' Del Toro, so aku berjaya menonton secara online di internet. antara yg sempat aku tgk Che: Part 1 and 2 dgn Snatch. sbb tu aku gumbira! yoohoo!

4. aku dpt download+burn lagu2 peberet! bes banget perasaan itu. ya, aku mmg suke dgr musik, so fokus aku semalam lebih kepada mendonlod lagu2 original soundtrack drp movie2 pilihan aku. bes2.. aku sukak banget, sbb ade sesetengah lagu yg dah lame sgt aku carik, aku dpt semalam. so, sekali lagi aku gumbirak! haha..

5. aku dpt dgr lagu2 peberet dlm kereta tanpa bebelan DJ dan iklan2 yg membingitkan telinga. aku suke! setiap lagu ade cerita tersendiri, dan aku akan layan setiap satu mengikut feel yg aku rasa time tu. itu bagi aku sudah cukup utk buat permulaan hari aku ceria dan gumbira! yeahh!

beb, aku suke beb :D ngeeee~ walaupun bagi korang hidup aku bosan tp xpe, sbb bagi aku, ini definisi gembira. whateverrr.. :)

* mlm td abg Che (Beno) hadir dlm mimpi aku. woww! haha! jambang die hensem, i like :p

Isnin, 30 Mac 2009

the new three stooges

* AMARAN: merokok membahayakan kesihatan.

mereka ini bakal menjadi....


haha.. can't wait to see them all together!

* Sean Penn ngan Beno selalu work together in a film. tp, ini cerita lawak slapstik. boleh ke mereka bertiga ni bergabung dgn baik? hmmm.... curious! haha... well, 3 of them are the award winners, tp bukan senang nak buat penonton gelak ok. so this is a serious hardwork. good luck to 3 of them! yayayayaayyy!

Ahad, 22 Mac 2009

monoloq bermonolog

it's almost 1 o'clock in the morning. sambil ditemani lagu dari sifu Bob Dylan's One More Cup of Coffee. perghh, layan babe..

cara aku mungkin berbeza dr kamu, atau mungkin boleh jd sama. dan mmg semua dlm hidup ni kebetulan. ya, aku pernah belajar di sekolah tinggi, puncak menara gading atau ikut koranglah nak gelar apepon. dan aku seorang graduan yg masih lg mencari2 arah dlm hidup aku. ya, aku akui itu. kdg2 aku loser jugak. dan x semestinya aku lebih hebat drp pemegang sijil spm/stpm. bg aku, manusia semua sama shj. semua ada part masing2 dlm kehidupan ni. dan aku treat semua sama shj. aku x kisah berkawan dgn sesiapa. dan aku semestinya tidak menghukum manusia. aku fikir bebas. sbb alam ini luas.

sepanjang 25 thn ni, banyak cerita yg singgah dlm hidup aku. insan2 yg pernah hadir semuanya aku ingat. mereka semua membawa warna dlm hidup aku. setiap satu ada cerita masing2. dan aku hargai itu semua. mereka mengajar aku mcm2 cara utk hidup. aku belajar. dan aku masih ingat semuanya. terima kasih utk baik dan buruk yg kau pernah beri. sangat berterima kasih. kenaifan semakin berkurang. ilmu bertambah sedikit dr sebelumnya. kdg2 aku menangis, kdg2 aku ketawa. semua itu aku ingat. terima kasih sekali lagi.

lately, minat menonton filem & mendengar musik dtg kembali. kali ni lebih meluap2 pulak rasanya. ya, kdg2 sifat boros tu x terkawal. tp aku selalu remind balik diri ni. bertahan... at last, aku fikir mane yg patut diutamakan. sbb apa aku suke menonton movies? sbb aku dpt belajar dan fikir. itu slh satu alternatif bg aku lah. movies mcm hidup kite, satu journey. tak perlu nak tonton cerita2 yg deep sgt, cerita2 yg light pon dah memadai utk membantu kita fikir dan explore hidup ni. luas sgt beb. mcm2 cerita boleh layan. that's what i'm thinking. mungkin kau juga punya cara yg lain utk berfikir tntg kehidupan. banyak cara kan?

jadi, apa cara sekalipun kita layan life kita ni, fikirlah sebelum buat sesuatu. think about the impact to ourselves and the others. sbnrnye aku melalut je ni. tp, up to korglah nak interpret hidup ni mcm mane. sbb aku yakin, x semua hari kite sedih, dan x semua hari kite gembira kan? cuma aku nak share kat sini, yg aku berterima kasih pd semua insan yg pernah hadir dlm hidup aku, samada sbg guidance or vice versa. dan aku sgt2 hargai semuanya. terima kasih Malaysia! oh, dan Bob Dylan juga sbb sudi inspired aku utk tulis entri konon2 monolog+merapu ini. adios!

* currently in love with Frank Zappa's Black Napkins tune. i feel the soullll bebehh... yeahh.. :)

Khamis, 19 Mac 2009

john doe vs jane doe

tergerak nak cari siapa itu John Doe. sekali keluar kat sini sgl penerangan mengenai gelaran itu. di bwh sekali terdapat senarai nama/gelaran utk si anonimous yg sering digunakan di beberapa negara. di Malaysia tercatit begini:

Malaysia
Bo lang, Ali, Abu, Ahmad, Ah Meng, Ah Kau, Mutu, Siti

musykil jugak dgn gelaran 'Bo Lang' itu. x pernah dgr la pulak. Bang Lang penah lah, tp itu lebih kpd gelaran spesifik kpd adik-beradik (lelaki) yg nombor 3. hmm, mungkin utk kaum India? atau Cina? kpd yg lebih tahu, tlg kongsi bersama. utk nama2 spt Ali, Abu, Ahmad, Ah Meng, Ah Kau, Mutu & Siti mmg sudah biasa kita dgr/gunakan. lebih2 lg utk sesebuah cerita rekaan, masyarakat kita lebih gemar menggunakan nama2 tersebut kerana mudah disebut dan pendek, berbanding Zulkarnain, Sharifuzan, Tengku Shahrul Tengku Izam, Megat Junid, Koh Bin Suat, Selvanathan, dan banyak lg contoh2 nama yg panjang. tapi, aku juga musykil. kenapa tidak diletak disitu 'MAMAT' dan 'MINAH'? bagi aku, nama2 tersebut lebih kerap digunakan utk merujuk kpd si anonimous. cth. ayat:
"ada satu Mamat ni, aku nampak dia selalu pergi kedai Magnum 4D."
"Minah ni pun satu, kalau suka cakaplah suka. boleh aku masuk meminang."
jadi disini, aku berpendapat bahawa nama Mamat & Minah haruslah dimasukkan ke dlm senarai nama2 tersebut. oh ya, ejaan utk nama Mutu juga bagi aku adalah kurang tepat, mungkin lebih kerap kita lihat kaum India menggunakan ejaan 'Muthu'. sbb mutu itu juga merujuk kepada salah satu perkataan Bahasa Melayu yg bermaksud kualiti dsb. cth. slogan Dunhill kalau x silap aku, "Gaya, Mutu, Keunggulan". sengaja aku tekankan ejaan yg sebenar supaya anak2 kita tidak terkeliru dgn penggunaan perkataan/nama tersebut, kerana itu boleh membawa kpd persoalan spt, adakah uncle Muthu itu berMutu? hahh, siapa nak jawab?

baiklah, tamat sudah pembelajaran kita hari ini. but, who's gonna be my John Doe? hehh...

me-luat

* amaran: siapa2 yg minat AF, sila tinggalkan blog ini. terima kasih.

Aku benci tgk org2 muda berlagak pandai, tp realitinya zero.
Aku benci tgk rncgn realiti-wtf-nyanyi2-tp-xde-passion kat Astro Ria.
Aku benci tgk anak2 muda berlagak ‘stylo’ tp x ‘cool’ pon sebenarnya.
Apa yg diorg ni perjuangkan sebenarnya?
Fikirlah woi!
Muak ah nak ckp..
Aku x suka nak judge org mcm itu & ini
Tapi u behave mcm s**t!
Dan ini bikin aku hangin machaa..
Come on la youngsters, think3x!
Kalau nak jd penyanyi, buatla betul2.
Be passionate in what you love.
Transformasi pe jadahnye?
Dgn meletakkan beruk2 yg terkinja2 dpn pentas?
Amik PGL jd pengetua+seorang wanita?
Bumble Bee kalau tgk pon boleh gelak tau.

Ok, fine. I’m a lil bit emo with this stuff. Aku dh berjaya mengelakkan diri dr terjebak ke dlm sort of wtf-transformation-of-AF is all about. Seriously, aku x tgk pon konsert kanak2 AF last weekend. Dan aku bangga dgn diri aku! Haha.. better aku layan movie online kat alam maya. But suddenly, mlm td aku terbukak channel @15. ah sudah, curious pulak nak tgk cemane setting kali ni+show beberapa bebudak mlm tu. Owh man, serius ‘bes giler’! Haha! (sambil mulut mengomel penuh dgn carutan berbisa) then aku tekan pulak channel Ria. Aku pun dah tak paham, kelas ape diorg ni buat sebenarnya? Serius aku rasa better aku tgk Tomok nyanyi dlm OIAM ngan AI. Haha… tak faham ah media skrg, membuatkan mentaliti manusia menjadi semakin shallow. Aku tau isu ni dah basi, tp sampai bila nak biarkan? Ya ya ya, reality is fun. But what kind of lessons did we get? Benefits? Adik2ku yg muda remaja, fikirlah... life is not about being glamorous, fun, pleasure, and enjoy. Tipu je semua tu dik. Tak perlu lagi bermekap tebal ala gothic then lepak dpn Times Square smbil menjeling org mcm nak tikam, baik duduk rumah belajar Muqadam @ Iqra’. Tak perlu lagi merempit, baik duduk rumah tolong mak lipat kain. Tak perlu lagi ikut jantan pegi Indonesia, baik duduk rumah belajar masak muffin dgn Anna Olsen. Hidup ini terlalu luas utk dijelajah! So explore+live it! Tinggalkan je semua yg x mendatangkan kebaikan di belakang. Dan kalau kita sama2 x menyokong benda yg bukan2 ni, mungkin akan memberi kesan pd mereka yg mulakan. Aku lebih menjurus secara spesifik pd rancangan realiti TV yg aku maksudkan awal td. Hmmm, lastly, CHANGE! :)

Isnin, 16 Mac 2009

takyah bace ah..

Aku rasa diri aku ni dah ‘berhantu’ balik ah. Ya, I’ve been possessed by some kind of ‘semangat-kegatalan-obsessive-into-del-toro-ism’ or whatever it may called. Sgt gile perasaan ini sebenarnya. Dah masuk 2 minggu jugak aku suffer ‘penyakit’ ni. The last time I suffered when I was deeply ‘in love’ with Johnny Depp. But, it was in control situation. This time, it’s been craziest than ever! Kalau boleh, sume rancangan kat tv tu ade muka die aje. Even kalau boleh, iklan pon nak ade muke die. Demit, gile x gile aku ni. Bayangkanlah, aku sanggup beli vcd (sbnrnye nak cari dvd, tp xde+vcd pon murah sket) original cerita ‘Things we lost in the fire’ semate2 nak tgk muke die kat skrin telivisi. Plus, lakonan dia yg mantap itu juge telah memakse aku mencari cerita tersebut dimana2 toko vcd/dvd. Aku dh x pandang harga ori ke x ori, yg penting aku dpt cerita tu. ‘hantu’ ni betul2 mengaruk dlm diri aku. Arghhh! Dahla kelmarin aku dpt jumpe die. Die siap picit2 idung aku lagi, dalam mimpi. Haha! Yg besnye, aku xdela berangan nak jd gefren die pon, cume nak jadik adik die jek. Boleh gitu? Haha.. pelik jek. Sbb, aku suke je kalau die hooked-up dgn pempuan2 cantik kat Holywood nun, Puerto Rican ke, x kesah lah. Janji couple dia mesti chun giler n sepadan dgn die. Tp kesian abg aku sorg ni, solo lg mcm aku smpai sekarang. Isk2.. haha.. xpe abgku, nnt I tlg ngoratkan u dgn Claire lagi ye? Or Alicia pon ok jugak. Ape? Nak Scarlett Johansen jugak ke? She’s engaged la bro. owh, sgt gile aku bermonoloq disini. Hahaha! Layankan aku! :p

* subjek yg dimaksudkan adalah Benicio Del Toro. Lakonan beliau yg mantap telah mencurik hati si penulis sampai sekarang x pulang2 (pe kejadah nak pulang, name pon curik). Penulis agak biol+bengong+kemaruk+angau sehingga semua video beliau di youtube telah habis ditontonnya. Bahkan, ade beberapa video yg sempat dirakam di dlm henpon murahannya itu. Owh, sgt gile obsess si penulis tersebut. Malah, wallpaper dan jugek screensaver di PC rumahnya telah ditukar kepada wajah2 ganteng Mr. Beno sebagai bahan pelepas rindu dikala sdg meng’online’ internet dirumah. Oh! Tetapi tidak di ofisnya, kerna dia sedar akan statusnya sbg seorg pekerja yg berkaliber haruslah menjaga rekod sbg wanita yg malu2 ayam dan serius sepanjang masa itu. Gila hipokrit si penulis. Penulis tidak kisah sekiranya para pembaca blognya lari gara2 membaca entri syok sendiri ini, kerna katanya, “sekati akula weh, blog aku!” ya, sungguh cliché jawapan tersebut. Maka, selamat tinggal romeo. Babai.

Sabtu, 14 Mac 2009

wtf?



haha!

* sorry if i'm too youtubist. hehh.. n yeah, i start laughing out loud when it came to Del Toro's turn. damn funny man..

Isnin, 9 Mac 2009

Ahad, 8 Mac 2009

the moment

aksi tribute to MySpace. haha.. gedix2 while i'm driving haa.. xpe, kasik chan!

Nett ghairah menjejaki pantai setelah setahun di U.K. erkk..

euww.. haha..
yerp, that's the view :)

ber'HDR'ish bersama Niki Lala.

Niki, sape suh ko menyorok weh? haha.. saje je kasik aku nmpak mcm gergasi :p

owh, aksi wajib ya! hehh..

* in the pics, miss M, miss Niki, miss Sha, and miss Nett. love y'all! :)

Jumaat, 6 Mac 2009

3/4 serius

Dialog hari ini.

Tea-lady: sat lagi hujan ni.

Senior Land Exec: ala, hujan tu air je kak.

Bos: kalau hujan duit lagi bagus, ye tak? Hahaha…

Tea-lady: huish, kalau mcm tu hari2 doa mintak hujan.

Senior Land Exec: kalau duduk rumah hari2 boleh lemas dlm duit woo..

Tea-lady: bayangkan setitis hujan ibarat RM100. makcik kayo! Haha..

* hmmm… bayangkan kalau hujan itu terdiri drp entiti yg bukan air. Contohnye seperti batu, duit, emas, dan sebagainya. Susah jugak tu. Sbb tu Tuhan turunkan AIR hujan. Tujuannya, utk tanaman, hydroelectric, sumber minuman dan lain2 utk hidup. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian kan? Kalau duit yg turun, sesak weh. Mmg ah kayo. Tp, banjir duit. Sesak2… mane duit tu nak mengalir? Shopping? Derma? Tapi ape makne kalau dah terlampau banyak duit? Kalau air, boleh terus ke sungai, terusan atau laut. Tapi duit dan sebagainya? Wallahu’alam… :)

separa serius

jari-jemari berkedut2. kecut dimamah penghawa dingin. kdg terfikir, mcm teringin pulak nak pegi istana negara esok, dgr talk dr para bangsawan. hmm.. azam saja, aksinya entah ya entah tidak. kadang terfikir juge, Malaysia ni terkenal dgn keindahan pantainya, keruh politiknya, hebat bulinya, cantik bahasanya, dan macam2 perkara lagi yg hebat dan semestinya semua 'boleh'! kadang terfikir juge, aku mengakui diri ini patriotis. tp kenalkah siapa gerangan potret di wang kertas kita? hmm..

sering juge aku motivate diri sendiri hari2. tp kdg naik muak jugak. sbb, perubahannya hanya sementara saje. dlm minda teringin bikin itu dan ini. yg tercapai hanya 5% shj. tp, adakalanya juga bersifat berani mati. jika mahu yg itu, sepantas kilat aku dapatkan/kerjakan. umur semakin menginjak, bukan makin berkurang. makcik2, sedare2 pulak yg makin risau dgn status diri aku. haihh.. tenang makcik2ku sekalian. aku ok aje. haha...

jiwa rasa tenang bila duduk di rumah. goreng telur hancur, bancuh Oligo Cafe, tonton Astro, cuci longkang, kasi kuceng mkn, basuh kereta, tenung rumput dan berfotografi. menarik kan hidup aku? aktiviti sosial mungkin sebulan sekali shj bersama rakan2. (tidak termasuk di pejabat). pernah saja hampir setengah tahun tidak berlibur bersama teman2 rapat. tp itu juga nikmat, sbb kami bisa mengumpul cherita2. sekali berjumpa, bahagia sungguh rasa itu :)

ahh, kepala aku pusing kembali. semalam saja aku sudah tidur hampir 12 jam selepas pulang dr kerja. aku igt sudah sembuh, tp masih bersisa. aku mahu elak dr telan pil hilang sakit kepala, atau lebih dikenali oleh orang2 kita sejak dahulu, Panadol. ya, semacam Colgate, Pampers, Planta, atau sebagainya yg mmg mudah diingati dr benda asalnya itu sendiri. walhal, semua itu hanyalah jenama semata. apa yg aku merepek ini? apa2 sajalah. baiklah, aku mau lelap sebentar.
selamat berhujung minggu semuanya... ilalliqa'.

* adik aku cuti pulang ke rumah. yey.