Jumaat, 14 Ogos 2009

syukran jazilan


takziah utk keluarga ustaz Asri. ya, tandatangan ini real, bukan direka oleh sesiapa kecuali oleh ustaz Asri sendiri. aku ingat sangat waktu tu. dah nak dekat jam 12 mlm, habis persembahan je terus aku dapatkan ustaz. aku minat suara arwah sejak dlm Nada Murni lagi. kirenye sejak sekolah rendah aku dah minat nasyid drp kumpulan Nada Murni ni. aku kagum dgn suara arwah sebenarnya. one of a kind! lemak merdu nya lain macam sket. dan bila aku tau Rabbani nak dtg buat show kat sekolah aku masa tahun 1998 tu, aku teruja sgt2. aku tunggu sampai semua turun dr stage. dan akhirnya aku dpt memberi salam pdnya. ya, aku cekup ustaz sorang je, sbb yg lain2 tu nampak mcm pemalu. haha. lagipun kami kan budak sekolah agama, kenalah jaga manners beb.

akhirnya dpt jugak aku berborak dgn arwah kejap. ckp psl kampung, sbb arwah asal org Klang, plus arwah pon ramai saudara-mara kat Sabak Bernam nun. sama lah mcm famili belah ayah aku. jadilah rancak kejap. then, terus bg arwah buku autograf aku. ala, buku yg buat isi biodata kawan2 mase skola dulu, ingat dok? dah mcm trend mase tu. lepas je dpt autograf drp arwah, aku balik asrama. puas, walaupun dpt jumpa sekejap cuma. itu je lah kenangan peribadi aku berjumpa dgn arwah. tenang je orangnya, tapi bersemangat bila berkata2.

banyak lagu2 arwah bersama kumpulannya yg aku minat. antaranya Anak Soleh, Maulana, dan Munajat. ada beberapa lagi yg aku minat, tp terlupa pula tajuknya. apa yang penting, mesej da'wah yg disampaikan itu sampai. ya, itulah tujuan nasyid sebenarnya. dan arwah menganggap profesion sbg penyanyi nasyid ini sbg salah satu ibadah utk dirinya. itu yg penting. asalkan kerja2 yg kita buat itu dibuat ke jalan Allah. sebelum terlupa, syukran jazilan ya ustaz sbb hadir sbg penghibur rohani aku yg sering alpa dgn hiburan duniawi. alunan nasyid, azan, zikir dan bacaan al-Qur'an drp ustaz akan sentiasa terngiang2 di telinga aku dan semestinya akan dirindui. dan kami juga pasti akan Pergi Tak Kembali... al-Fatihah..

* lagu Anak Soleh buat airmata aku bertakung lagi... (-_-)

4 ulasan:

سيد محمد نظام بن سيد الوي berkata...

ermm..awal pagi keesokan selepas ustaz asri dikebumikan,kalo x silap aku semalam.aku drive dari kampung tros ke opis..radio era(aznil) announce psl perginya ustaz asri,pas bertafakur alFatihah,era main lagu pergi x kembali..tetibe aku terase somethin mcm merentap kt hati aku.padahal sblm tu aku x rase ape2 sgt pon...ape2 pon kesan tu aku terase sampai skrg..Al Fatihah

emang berkata...

ya, turn kita je kita x tau kan? at least, lagu2 dia banyak mengingatkan kita tntg mati dan Tuhan. kalu x, lagho memanjang jek. haishh...

ciPuding_7 berkata...

lagu munajat bes.. aku ske..
lagu 'bila nur melimpah di hati' pon aku ske..

sume lagu nadamurni pon aku suke..
huhuhuuhuhu..

ema berkata...

name pon budak smka, kan? heheh..