ya, mmg best bile tgk anak yg comel, sihat & gembira.tp, bersediakah mental & fizikal kita utk menerima kehadiran org baru dlm hidup kita?
korang dah fikir ke masak2 sebelum beranak-pinak?
nampak mcm happily ever after je kan.
hahaha...
kpd semua yg dah bergelar ibu ni fahamlah maksud aku.
heh.
lps berkahwin pd penghujung 2010, aku dan suami x merancang pon utk beranak cepat atau lambat.
tiba2 rezeki dtg, aku terima dgn happy & redha.
serius, happy weh.
siapa x happy bila tau mengandung lps sebulan nikah?
haha...
start dr tu, mcm2 la ilmu yg aku tuntut.
kebanyakannya dr keluarga dan rakan sekeliling.
books for dummies pon aku beli jugak.
excited katekan.
buku panduan kehamilan, jg bayi, nama2 anak dan semua yg berkaitan lah.
tah bape kali aku khatam pon xtau dah.
excited lagi.
haha..
1st trimester aku, alhamdulillah. dipermudahkan Tuhan.
cume banyak mengantuk dan letih pd ptg hari je.
pagi2 cergas! alhamdulillah sgt2.
muntah? x sekalipon.
alhamdulillah.
pening yg kuat, ya.
lps tu start pegi check-up bulanan.
gigih sgt pd mula2 pregnancy.
sanggup amik, AL, MC sume.
maklumlah, check-up kat klinik desa jek. huhu..
2nd trimester, feeling better.
tp, kaki aku dah start membengkak dgn dahsyat.
awal kan?
maybe sbb aku menampung berat yg lebih.
serius, time aku pregnant, berat aku naik mencanak!
alhamdulillah x detect sebarang penyakit kronik.
minum air gula toksah cakaplah.
2 kali sepanjang 9 bulan tu.
sedaaaaaaaaaap gile! uweeeeq!
:P
pastu, area pelvis pon dah start rase sakit2.
kalau dah baring nak bgn balik, mak aii. bencinta!
haha..
tp xpe, redha..
3rd trimester, dah start mual2.
aku ni terbalik sket, org 1st trim. yg mual2.
aku dah ujung2 baru nak pening loya.
tp x muntah2 la.
x boleh makan pedas2+herbs.
yg bergoreng pon same.
asyik nak makan benda2 bertepung je, mcm roti, pau, donut, kek, etc..
haha...
scan 2 kali pon doc ckp MACAM lelaki.
tp kitorg ni 1st time, so confident je lah lelaki.
dah siap panggil2 nama lelaki lg sejak dlm perut.
patutlah keluar2 lasak mcm boy. hahaha!
then, masa yg ditunggu2 pon dtg.
aku bersalin awal 4/5 hari mcm tu lah.
tanggal 24/8/2011 lahirlah anak aku Helwa dgn 3-4 kali teranan.
alhamdulillah, semuanya selamat.
phewwwhh, mmg mcm betul2 bersukan dlm labor room tu.
cheerleading ramai sgt.
hahaha...
aku malas nak cerita detail psl proses bersalin aku buat mase ni, maybe next time. ok?
then, startlah acara pantang-berpantang.
mak aih, 1st 3 days mmg sgt melelahkan.
bdn penat, lesu, muka pucat. jalan pon mcm siput.
bkn ape, takut sgt kalau2 bwh tu terkoyak.
huhuhu.. :P
acara paling best, berurut dan bertungku!
dua tu aku suke sgt. haha..
pakai parem, pilis, sume tu mcm malas sket :P
mandi herba pon syok sgt!
sgt2 rejuvenate bdn aku yg sakit2+lemah ni.
tang bayi pulak, sgt2 mencabar bila menangis tgh malam.
aduyai, SANGAT ok?
memandangkan aku boleh menyusu badan, so aku kenalah jugak gagahkan diri utk bangun dan susukan bayi.
mmg mencabar la mase bulan pertama tu.
tidur pon ala kadar je.
then masuk bulan kedua, dia dah ok sket.
krg merengek berbanding sebelumnya.
time ni dah adapt dah kalu x tido mlm.
haha.
sampaila skrg ni, dah 5 bulan lebih.
anak aku sihat, alhamdulillah.
perkembangan pon mcm bayi2 yg normal.
dah start ajar dia makan, bukan sikit lg dah. banyak.
hahaha..
sbb asyik nganga mulut je bile disuap.
haha..
dan makin besar ni jugaklah sikap mengada-ngada dia makin menjadi2.
aiyyoo, cabaran ok?
dak kecik ni cpt merajuk, lps tu mak aih, susah pulak nak dipujuk.
serius dugaan utk aku n suami.
huhu..
dahla tu, ngada2 dia dtg waktu mlm nak tido plak tuh.
maka bergilir2lah kami ni bersengkang mata nak memujuk.
mmg pelik2 kan perangai bayi ni?
haha...
pitch volume pon boleh tahan tinggi woo!
adehhh, Helwa2...
tujuan aku bercerita semua ni utk berkongsi pengalaman aku dgn semua member yg belum & sudah mempunyai anak.
bukan apa, bila dah ada anak ni mmg mcm2 dugaan yg SANGAT2 menguji kesabaran kita sbg ibu bapa.
dari situlah kita dpt tgk sifat sebenar diri kita dan pasangan kita.
sebab itulah aku sangat2 mengagumi kaum ibu kat dunia ni.
korang bayangkanlah, anak 10 orang?
lagi pulak yg anak kecik2 jarak setahun tu.
nak melayan karenah lagi.
perlukan apa? KESABARAN weh.
sampai kdg2 aku terfikir nak upah org/specialist utk membesarkan anak aku jek.
beranak xpe, aku boleh buat lagi.
haha :P
lg pulak yg ade anak kembar, salute weh!
semalam ada seorang akak tmpt kerja aku ni mengadu prob dia.
anak 3 org, yg kecik lebih krg baya anak aku.
lg 2 dah sekolah.
dia mengadu penat sgt skrg ni.
nak masak lg, nak prepare baju anak, check keje sekolah, bg makan baby, etc...
aku cuma mampu dengar jek, then aku just ckp, "sabar kak. insyaallah pahala semua tu".
sbb aku dpt rasa ape yg dia rasa, walaupun anak aku baru seorang.
fuhh, kalau nak cerita psl kesabaran membesarkan anak ni mmg banyak.
tp, walau nakal/lasak mana pon anak kita, anak tetap amanah Allah.
MENTAL kena kuat weh, SERIUS!
jgn hilang akal bila bayi kecik menangis tgh2 malam.
kuatkan semangat. fikir, kita ni seorang ibu kpd anak kita.
jagalah, belailah dia.
insyaallah, kesabaran kita, keikhlasan kita yg hanya Allah tahu itu akan terbayar satu hari nanti.
bila?
bagaimana?
wallahu'alam.
so kawan2, bersediakah anda untuk memiliki seorang anak?


















