Khamis, 25 Mac 2010

totora

mmg aku suka makan ikan kerapu. dats y aku suka merapu, kan?
whatever.
okeh, walaupon dlm keadaan workload yg banyak tp aku masih jugak nak kemaskini blog.
xdak point yg penting pon, tp cukup utk aku mencurah rasa yg terbuku di dalam kelbu.
haha..
sori sbb x dpt nak continue tulis psl 'menjadi dewasa' b4 this.
berkobar2 nak tulis time tu jek, tp lps dah lama2, haghaaamm..
sepintas lalu;

1. rase nak maki masih bersisa di dalam hati terhadap kelakuan yg pra-matang oleh adik2 junior yg baru masuk kerja di tempat aku. pffftt! aku dah boh layan dah. lantak pi hang lah nak jd apa pon. janji tugas aku dah setel. selamat maju jaya!

2. ni pasal maki gak, tp pasal keje. haha.. certain document penting aku hilang dlm shared network laswik. aku nak mencarut je skrg ni, tp tahann.... hmm... inilah namanya dugaan hidup.

3. barang2 keperluan dah mula disenaraikan utk dibeli weekend ni. pening jugak ye. tp aku chill jek. buat2 mcm xde ape2 yg berlaku. hahaha... so, bln ni mcm kene skip bayo kete. sori AmBank!

4. baru lps melahap kek keju epal. pehhh! muok! hahaha.. tp puas.

5. rindu jugak dgn kwn2 borak di FB. tp disebabkan kekangan waktu dan koneksi internet yg aku terima tidak memberangsangkan, maka aku hanya sempat update mane yg sempat jek. serius ni, rinduu... coz FB buat mase ni dh mcm betol2 jd sebahagian hidup aku. hoho.. poyo ah wei!

6. kadang2 terfikir, betul ke aku dah nak ke arah itu ek? hmm.. be serious.

7. aku mau diurut!

8. jerawat di hidung ini betul menduga keimanan aku, ok?

9. sangat lama tidak menonton dan membaca berita secara tegar. aaaaaaaaaa~ terima kasih kpd rakan2 ofis yg sudi membaca berita dgn kuat sewaktu sarapan. haha..

10. oh, betul2 lama aku tidak ke panggung semenjak The Wolfman. sgt lama bg aku.

11. sedang menggila dgn lagu Noktah Cinta by Hafiz. aku prefer bdk ni than lg 2 ekoq tu. haha.. euwww!

12. mau makan stik.

mau mau mau... haaaa. oklah, aku nak siapkan kerja skrg. babaizura.

modal tempelan (aku suka kaler ni dgn dia. sgt matching n glowing gitu!) tetibe..

Selasa, 23 Mac 2010

menjadi dewasa

aku ade point nak tulis kat sini.
tapi tetibe diserang virus mengantuk yg sgt kejam.
urghh.
nanti saja.

Jumaat, 19 Mac 2010

anjing pon makhluk Tuhan juga

salam semuanya.
aku terdetik nak buat entri ni, berikutan isu seorg pelakon wanita yang memegang anjing.
lapok lah weh.
betapa rigidnya pemikiran kita sbg seorang Islam bila keluar cerita2 mcm ni.
wartawan pon dah kering idea ke nak menulis tentang ape?
kesian..
bukan isu wartawan yg aku nak kongsi disini, tp tentang soal buta hukum di kalangan umat Islam skrg ni.
tak tau, tanya.
jangan main jatuhkan hukum pd seseorang dgn sesuka hati.
pg td aku dapat emel dr seorang kenalan ofis, berkenaan isu memegang anjing ini.
dan yg buat aku lagi teruja nak share kat sini sbb penulis yg membuat artikel tersebut adalah bekas senior aku di sekolah menengah dulu.
nak tau siapa, bacalah sampai habis.
so, aku harap dgn adanya perkongsian ilmu spt ini dapatlah kita khususnya sbg Muslim membuka minda kita luas2 berkenaan isu hukum-hakam ni.
mengaji kalau x tahu.
itu je pesan aku.
wallahu'alam.
pis!


‘JAWAPAN BAGI PERSOALAN INI’

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada yang berkenaan,

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram. Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan) sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja. Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun, bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan, adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya.
Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan “desensitization” yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan – kumpulan ini akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan.

Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar – gambar tersebut secara umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis “mughollazoh” iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis “mughollazaoh” tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis “mughollazoh” kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan ‘geli’ atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit ‘geli’ apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.

Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya.

Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini “tidak berjangkit” maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak “berjangkit” jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi.

Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis. Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis “mughollazoh” pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan - persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya?adakah ianya halal?

Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan? Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika anda mencarinya…ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan.

Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah “jika anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda”. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan “Tidak, kerana saya seorang Islam”.

Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahua’lam

Saya mengalu – alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada lapanjuta@yahoo.co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua. Terima kasih.

Dr. Mohd Dzulhamka KamaluddinDVM, UPM

Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
PensyarahFakulti Perubatan VeterinarUniversiti Putra Malaysia

Ahad, 14 Mac 2010

Temerloh mari










majlis perkahwinan Murnira & Azlan
lokasi: Temerloh, Pahang
tarikh: 13 Mac 2010, Sabtu
SELAMAK PENGANTING BARU KAWE UCAKKE!
ngeee~

Rabu, 10 Mac 2010

jurnal

mlm td tertidur lambat.
mengade.
korek2 khazanah lame dlm lemari, then terjumpa journal2 lame aku mase jaman sekolah.
hoho.
aku prefer gelarkan ia sbg journal berbanding diari.
sbb bg aku diari tu sounds more gediks than a journal.
hoho.
journal, kan lebih hensem dan profesional bunyinya.
more business oriented.
tahape-hape jek aku ni.
padehal lebih krg sama je pon.
hahahaha..
im sori.
ok, back to the story.
lps dah godek2 tu rase gatal la plak nak bace kan.
hahaha.. klako betol tulisan dan gaya bhs aku zmn dulu2.
tp ok gak, kretif. hahahah! perasan.
aku start tulis journal since form 1 smpaila ke jaman UIA main camp.
bertahan woo.
rajin aku tulis.
mase tu mane de blog.
tp best! sbb, ekspresi melalui tulisan tangan adalah lebih luhur dan kreatif bg aku.
no boundaries.
rase nak conteng ape pon bole jek.
nak letak kaler, nak lukis, nak ape2 lah sume nye direct.
berbeza dgn blog, yg kdg2 membataskan kreativitas akal kita utk menzahirkan apa yg kita rasa secara terus.
faham ke ape yg aku meniyang-rapikkan ni?
hohoho...
pandai2le korg.
mase tgh godek2 tu, terjumpalah journal thn 1998 - 2000.
which is bagi aku antara thn2 kegemaran aku ketika berada di sekolah.
hahahaha.. motif?
ade ler.. :P
terbahak2 aku gelak mase bace journal2 tu.
ade gak terselit ayat jiwa2 jaman aku crush dgn encik F tu!
sgt kelakar rasenye.
gile beb, 12 tahun tuh!
menyimpan perasaan sndiri.
inikah yg dinamakan jihad? ecehh..
tahler, mmg sgt kelakar dan x diduga sama sekali.
lantas aku terus tersengih mcm kerang wangi.
ngeeeeeeeeee~
F, terima kasih la sbb hold lame gile perasaan awak tu pd saya.
hahaha.. napela dr dulu awak x ckp je dgn saya.
xdelah saya terjerumus dgn cinta2 palsu dlm hidup saya selama ni.
ahahaha.. (x bole blah ayat cinta palsu) :P
mati2 saya igt awak sombong dan kerek.
rupe2nye awak tersangatlah loyar mengalahkan lawyer!
hohoho..
oklah, enough ckp psl si F tu.
my point is, 12 tahun tu beb.
selama ni duduk dekat dgn aku, tp no hints at all.
mmg betol lah semua ni kerja Tuhan.
terima kasih sbb bikin saya happy mcm mase muda2 dulu.
dan jugak senyum sorang2 ketika memandu.
hahaha..
terus doakan aku.
terima kasih kawan2, utk semua ucapan yg baik2.
aku sgt terharu. hohoho...
utk sahabat2 yg masih belum temui si 'dia' dlm hidup kamu, percayalah.
akan hadir utk kamu seseorang yg akan menyayangi dan menjaga kamu sepenuh hati.
teruskan meminta padaNya. kerna Dia maha Mendengar.
insyaallah.. senyumla weh!
hehehe..
babai, balik kang nak sambung bace journal lagi.
ilalliqa'!

* ceh, nasihat mcm ler diri tu dh nikah. bwk2 bersabor ye.. hehe..

Ahad, 7 Mac 2010

ahad yang permai

bukan senja permai, tp ahad yg permai.
:)
tenangnye di jiwa.
hahaha...
sokmo ayat aku skrg ni.
gelik weh!
:P
so, officially hari ni aku gi ngedate dgn putera bunian.
tah nape aku gelarkan dia putera bunian.
biarlah rahsia.
uweqqq!
sokmo lagi mu nih!
hahaha..
oklah, maaf kalau aku dlm mode jiwa2 skrg ni.
bukan ape, dah terbiasa luahkan perasaan kat dlm blog ni.
terpulang pd kalian lah nak beri persepsi mcm mana pon.
sbb, dah lama aku x rasa mcm ni.
i mean, for the first time in my life, aku dapat rasakan perasaan ini sgt 'pure'.
kdg2 cinta itu mmg akan lahir sendiri dr dlm hati.
ada cinta yg dicari, ada cinta yg hadir sendiri tanpa dijemput.
tahler, serius pure rasa kali ni.
n i hope it will be everlasting.
insyaallah, amiin!
terima kasih wahai arjuna.
ceh, arjuna tuh weh!
uweqqq!
kasik chan ah. hahaha!!
yg pasti, pertemuan yg pertama ini pasti akan kekal dlm memori.
biarlah rimba dan tasik di Shah Alam menjadi saksi pertemuan kita kali ini.
Dia dan pengunjung umum yg lain juga..
hoho.
ahhh, makin merapik2 mcm niyang rapik pula aku nanti.
baiklah, aku lapar.
jemput makan?
:)

*semestinya bukan gambaran sebenar tasik di TPSA.

Rabu, 3 Mac 2010

detik ini...

hari ini, 3 Mac 2010...
aku senyum sendiri.
sengih kerang pon ade jugak sket2.
terima kasih.
terima kasih kerana terima aku apa adanya.
terima kasih.
hanya itu yg mampu aku ungkapkan.
:)