Jumaat, 30 Disember 2011

it's a wrap!

2011, satu perjalanan yg penuh dgn suka dan duka.
Ingin aku kongsi bersama beberapa perisitiwa penting yg terjadi dlm hidup aku pada tahun ini.
(kronologi peristiwa2 berikut tidak mengikut susunan waktu).

Kisah suka.

1. aku dan suami dikhabarkan berita gembira mengenai kehamilanku pd awal Januari 2011. Alhamdulillah, aku tidak mengalami sebarang alahan yg teruk sepanjang trimester pertama. Cuma keletihan pd waktu ptg dan kaki yg sering membengkak sejak awal hingga akhir kehamilan. Sesungguhnya ini adalah antara pengalaman yg sgt berharga bagiku sbg seorang wanita.

2. mendapat increment dan sedikit elaun utk gaji tahun ini. Alhamdulillah, rezeki anak dlm kandungan.

3. suami tersayang naik pangkat, tp kena pindah tempat kerja jauh sikit. Takpelah, janji naik gaji. Huhu..

4. emak, ayah dan nenek (belah ayah) dpt panggilan haji thn ni. Alhamdulillah, tercapai jugak impian nenek aku utk jejak ke tanah suci.

5. adik ipar juga dikhabarkan hamil anak pertama, saing dgnku. Jarak lewat sebulan lebih dariku. Anak buahku telah dilahirkan pd bulan 10. Jadi, cucu ibu mertuaku telah bertambah menjadi 6 semuanya. Tahniah mak!

6. adik beli kereta baru (ni pon nak letak ke?) ahaha…

7. pergi berbulan madu ke Lumut, di Swiss Garden Resort n Spa, Perak.

8. tanggal 24 Ogos 2011, tepat jam 1232 pm anak perempuanku, Helwa selamat dilahirkan secara normal di Hospital Besar TAR, Klang. Ini adalah antara peristiwa paling bermakna pd thn ini dan sepanjang hidup aku. Cubalah beranak korang. Hehe…

9. dapat bonus tahunan drp company. Alhamdulillah, rezeki anak lagi.

10. beberapa rakan karibku telah menamatkan zaman bujang masing2. Antaranya, Nik Adila, Nur Musfirah, Siti Rohayu, Malina dan mungkin beberapa lagi yg mungkin terlepas pandang. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga.

11. selamat menjalankan ibadah aqiqah anak perempuanku di Makkatul Mukorramah. Mak n ayah yg tlg buatkan disana. Alhamdulillah..

12. ayah dah jual kereta Kembara emak, dan menggantikannya dgn sebuat kereta kodok @ Volkswagen lama berwarna putih.

13. nenek aku (belah mak) telah mendapat ramai cicit pd thn ini. anak Ewin, anak Kak Fiza, anak Jelan, anak Jojoi, dan anak Yanty. Haha.. tahniah nenek!

14. aku dah terer masak mcm2. Contohnye, rendang, kuah kacang, segala jenis gulai, ciskek, donut, nasi lemak dan rebus daging. Haha…

Kisah duka.

1. motosikal kesayangan suamiku telah dicuri di dalam kawasan pejabatnya. Damn u pencuri!

2. kereta aku kehabisan bateri di dalam kawasan parkir pejabat. 2 kali beb! Ujian sewaktu mengandung pulak tu.

3. tayar kereta pancit sewaktu perjalanan ke ofis. Peristiwa berlaku sewaktu aku hamil 8 bulan. Terima kasih kpd sahabat2 yg membantu ketika itu.

4. aku telah kehilangan nenek @ embah kesayangan (belah ayah) sewaktu tiba di Jeddah ketika hendak menunaikan haji. Serius, ini antara kehilangan yg paling mengejutkan dlm keluarga aku. Suamiku juga telah kehilangan pakcik tersayang, yg kami panggil Wak Chin kerana menghidap kanser. Al-Fatihah.

itu je yg dpt aku recall balik.
maklumlah, sejak lps beranak ni semakin cpt lupe.
urat2 putus!
haha...
oklah bebeh, selamat menyambut tahun baru masihi.
adios!

Isnin, 26 Disember 2011

241211







sempena masuk 4 bulan ni, anak ibu susut sket badannye.
mane takye, demam je mggu lepas.
rupenye demam nak ringankan badan ye.
supaya mudah bergerak kesana-sini.
aiyaaa..
xpelah, janji ewa gumbira, ibu pon gumbira!
:P
4 bulan ni dah pandai:-

- sembur2 air liur. mak aku ckp, lps ni start la rambut ko gugur. memule aku x percaya sgt, tp mmg betul weh! anbelibebel (unbelievable). :P banyak gile luruh, especially mase cuci rambut n sikat rambut. sob sob..... time to cut ur hair!

- meniarap dan mengepak. meniarap dah lame boleh, cume kali ni dia dah bole meniarap lelaju. pastu dia buat pusingan 360'. bahaya kalu tinggalkan sorg2 atas katil weh. huhu..

- gelak terkekek-kekek. amboih ini budak, suke manjang. tp, nangis n jerit pon sgtlah kuatnye! haha.. kena adil eh, ketawa kuat2, menangis pon kuat2. Ewa, Ewa...

- makan penumbuk sendiri. haha.. makan tgn dia laa. dia x pandai isap ibu jari, tp pandai isap jari telunjuk. haha.. pelik2 je ko ni dik.

- x nak isap puting. baguslah kalu gitu. tp, time nak tido tu asyik nak ngempeng je lah dgn tetek ibu ye. camne ibu nak wat kije ni dik? :P

- sgt suke dibawa berjalan. semalam pergi ke Nilai 3, teman nenek soping. mak aih, bergema suara dia gelak 1 kedai. hahaha... dah pulak jd show-stopper kat dpn pintu kedai. anak ibu sgt peramah rupenye. pastu sengih memanjang. haha :P

- tarik baju dan isap2 baju sendiri. adoiyai, comotlah dik. huhu...

- tarik baju ibu kuat mase nyusu badan. baju ibu pon jadi comot dan gelebeh. Ewa, ewa...

so far, alhamdulillah. Helwa ni sgt peramah orangya. belum kenal org lagi bolelah. harap2 walaupon dah start kenal org nnt, jgnlah nangis2 ye syg. jadilah seorang yg peramah hingga dewasa nanti. hehe... me love u cayang!

p/s: yg ibunye pon demam gak, tp nape bdn x susut2? hahahaha... @_@

Selasa, 13 Disember 2011

Isnin, 5 Disember 2011

my December.

jgn amik beg angry birds saye!

mulot senget.

time ni mcm muke ibu mase kecik. kih2..

percubaan pertama abah amik gamba Helwa. berjaya! haha...

p/s: sorilah, sejak ada anak ni ghairah sgt letak gambar anak. haha.... jgn mara... ;P