Rabu, 29 April 2009

mari merokok

mari kita lihat transformasi kotak2 rokok terkini yg dijual di negara kita sekarang ini. mungkin ada diantara kamu yg tidak perasan akan imej yg terpampang di kotak2 rokok tersebut. ya, kerajaan mungkin mengambil inisiatif spt ini sbg amaran yg agak brutal utk semua perokok. tapi, berjayakah misi tersebut? hmmm... kita lihat saja gambar2 ini yg dicaptured oleh sy sendiri dan diambil oleh blog lain.

gambar asal pada kotak rokok
(cdt. to melayuminimalis)

kotak rokok ayah aku yg telah berubah wajah selepas dibeli.

depan dan belakang diconteng sekali.

ini kotak rokok jenama lain pula. bapaku mmg seorang yg kreatif.

dan lagi.

sempurnakan hidup anda?

* tau takut. haha! harap takut tengok buat ape pak. sebenarnya gambar2 tu banyak terdiri drpd gambar2 kanser leher, jantung rosak dan mcm2 lagilah. dan ya, mmg kelihatan sgt brutal imej2 tersebut. so, nampaknya usaha kerajaan masih tidak berbaloi ke atas ayah aku, dan mungkin juga pada perokok tegar yg lain. but hey, at least they put some preventing effort and awareness to the smokers and non-smokers right? huhu...

Isnin, 27 April 2009

quarantine

dude, dulu ada J.E.

dude, dulu ada SARS.

dude, sekarang ada selesema babi.

dude, lepas ini ada apa?

* inilah antara penyakit2 akhir zaman. x sedar2 lagi ke yeop? iskk... insaflah kamu di Restoran Insaf, Jalan T.A.R. sedap wooo..

Ahad, 19 April 2009

lagu dan jiwa vol. 1

okay, aku bukanlah org yg master dlm bab muzik dan lagu. tapi, aku adalah antara orang yang menghargai sesuatu karya yang sedap didengar, khususnya pada telinga sendiri. jadi, entri kali ini aku akan senaraikan beberapa buah lagu atau muzik yang 'selamanya hijau' dlm jiwa aku setiap kali aku mendengarnya. aku juga akan memberi penerangan yang agak spesifik berkenaan memori atau perasaan yang terlintas dlm jiwa/minda aku mengikut lagu2 tersebut. oh ya, utk kali pertama ini, aku hanya akan menjurus ke arah muzik/lagu2 melayu dahulu.

1. Fenomena - Search
- Search antara favourite band aku kat Asia ni. igt tu, Asia. bkn Malaysia je. aku rasa kat Indonesia kalau ditanya sampai skrg, band Malaysia mana yg kamu tahu, pasti mereka masih menjawab Search! ya, itu realitinya. walaupon kalau korang nak tahu, Search tu mula famous kat sana since tahun 1980'an lg. siapa yg tak ingat dgn filem Isabella? (yg bagi aku mcm hape jek si Amy tu berlakon. haha!) even Slank pon ckp idola diorg adalah Search. so, aku rasa Search lah yg bawak muzik rock kapak/kangkang or whatever lah yg diorg gelarkan di sana selain drp Sheila Majid dan Dato' Siti Nurhalizah. ok, aku dh lari topik ni. bercakap psl lagu Fenomena, aku suka susunan muzik dan emosi yg terdapat dlm lagu ni. M. Nasir, siapa dpt sangkal dgn kehebatan pencipta lagu ni? setiap kali aku dgr mesti aku teringat akak Ramona Rahman dlm filem Fenomena. filem ini adalah filem melayu pertama yg aku tonton di panggung Rex awal thn 90'an dulu2 dgn ayah aku. aku mmg layan cerita2 mcm ni. mungkin ada yg bosan dgn cerita jenis ni, tp bg aku, nilai artistik melayu ada dlm cerita ni. walaupon heroin nye bukan melayu tulen. aku selalu terbayang suasana dlm panggung masa tu, time Ramona Rahman sakit waktu hujung lagu ni, dan paling x dpt aku lupa scene R.R. tgh mandi bunga sambil diiringi lagu Ulek Mayang dan diintai oleh M. Nasir. haha... dem, lagu ni mmg banyak mengimbas kenangan masa kecik2.. :)

2. Nur Nilam Sari - Search feat Awie
- waktu ni Amy bergerak solo. jadi, Awie telah dijemput utk menyanyi lagu ni bersama Search. oh Tuhan, lagu ni sgt2 mengingatkan aku pada hujung tahun 1998 (form 3 di SMKAKS lps PMR sgt menyeronokkan.) zaman aku belajar di sekolah menengah mmg banyak sgt kenangan terindah. aku suka tahun 1998! sangat2! hu2... persekitaran, kawan2, suasana, tahlah, mmg sgt syok. tp waktu lagu ni keluar dh nak dekat hujung2 tahun, so aku banyak layan lagu ni time cuti sekolah dekat rumah. aku masih ingat, banyak couple2 (aku excluded ok? haha) yg suka jadikan lagu ni lagu kebangsaan diorg. kononnya.. si balaks akan dedicate lagu ni khas utk si aweks. kononnn... haha... remaja dude. dan aku pernah try request lagu ni banyak kali kat radio. masa tu tgh gila layan Era dan RFM. selalu hantar permintaan lagu ni. tak taulah diorg main ke tak kan. sebab dh terlampau banyak. hehe... lagu ni ada feel dia tersendiri yg buat aku terbuai2 sambil menari mcm akak Nasha Aziz dlm VC lagu ni. owhh.... i miss that moment.. hu2... oh ya, selalu jugek pilih lagu ni utk dijahanamkan di pusat2 karaoke terpilih. haha!

3. Belaian Jiwa - Innuendo
- the only cover song yg aku suka drp artis Malaysia. suara? mmg mantap! mellow jek dgr. diorg ni lah sifu V.E. lagu ni keluar sekitar tahun 1997. perkara paling diingati, tiap kali pulang dr asrama bukak channel ntv7, tgk video2 clip sampai lebam bijik mata. owhh... rindunya saat itu. selain drp lagu yg telah di'remake' dgn mantap sekali, klip video nya juga sgt hebat! Innuendo mmg sgt brilliant time tuh. kudos for them for making the song sounds so fantastic.

4. Realiti dan Fantasi - Crossfire
- bila lagi wa nak layan jiwang karat beb? haha! okeh, first time layan lagu ni pon bukannya zaman mude remaja. tapi dah tua bangke! haha. lagu ni famous zaman2 lagu SYJ, Sofea dll. tp aku start minat tahun 2006. waktu tu tgh hangat2nya merasai nikmat cinta. ewah! :p adik aku yg kenalkan lagu ni kat aku, dan aku sgt menyukainya. terima kasih adik. hehe..

5. Nak Dara Rindu - P. Ramlee
- pada awalnya merasakan lagu ini tersangatlah slow dan membosankan. tetapi setelah diperdengarkan semula selepas beberapa tahun menonton cerita Bujang Lapok, aku rasa, sedaplah pulak lagu ni. the music, the lyrics, the soul, pehhh takdak sapa2 leh lawan the taiko beb. mesti terbayang imej bulan, pokok kelapa dan Sudin yg tgh tercarik2 botol utk memanggil Jeton keluar dating. Ajis rilek je isap rokok daun. hu2... senang cite, mmg best ah lagu ni.

6. Bonda - M. Nasir
- aku teringat Malaysia Hari Ini, TV3 awal tahun 1990an. sbb, waktu tu banyak kali diorang mainkan video clip utk lagu ni, walaupun bukan yg penyanyi asal buat. TV3 akan ambil mana2 klip yg berkaitan dgn suasana keibuan (betul ke ayat aku ni?) atau apa2 yg berkaitan dgn imej seorang bonda. aku suka sgt lagu ni. tenang jek dgr. and very meaningful. dan aku masih ingat aku banyak belajar perkataan2 melayu yg baru. dan aku akan masukkan words tu dlm karangan2 aku. huhu.. terima kasih M. Nasir! :)

baiklah, setakat ini dahulu yg sempat terlintas di minda aku saat ini. banyak lagi sebenarnya aku nak kongsi dgn pembaca alam maya ni. tp, aku agak letih dan aku takut akan membuatkan semua merasa bosan dgn entri aku yg panjang berjela ni. hu2... later, k? adiosz!

* letih main futsal td. fyi, aku first time mende alah ni. gelaklah kalau mahu. haha.. memula rasa x konfiden langsung nak main, but then, seronoklah pulak. :p no wonder lah ramai yg suka sport ni ek. tp bg aku once in a blue moon bolehla. stamina pancit beb! adoyaii... haha..

Rabu, 15 April 2009

lam-sam

* ahhh... aku baru lepas menjenguk satu blog ni. dia ckp psl sata. siap letak gambar lagi! adehhh... terliur den hujan2 ni. sata is one of my favourite food u know? omaigod. lambatnye nak cuti hari buruh. aku dan famili dah plan nak cuti2 kat cherating. boleh singgah kemaman makan sata smpai lebam! tapi, lambatnyeee nak tunggu.... huhuhu... (sedapnya sata.... @_@)

* Search kembali buat konsert! oh tidakk... my favourite rock band kat Asia ni. gile ah diorg. musik power, lagu power, band power, sume pon power! tapi.... takkan aku nak gi kot? dahla pakai tudung, takkan aku nak rock kangkang pakai seluar kulit ketat pulak? hahaha... dan yg pastinya, Search dpt tembus Kelantan! haha.. kamonla beb, mane nak dgr lagu2 mcm Fenomena, Isabella, Pawana, Mentari Merah Di Ufuk Timur live dr original band/singer?!!! aku terbayang awal tahun 90'an pulak. hu2.... (cam bes jek konsert ni kan? iskkk...)

* hari ni aku pakai baju kurung pink. baju lame jek pon. tapi... aku gelila plak bile sume tegur... "wahhh, pinknye die hari ni..." mak tak kuase nyah! auwwwwww~ (erkkk...)

* sgt gumbira di jiwa bila dpt beronggeng dgn teman2 tersyg last sunday. gelak dimana2.. wahaha! keluar meraikan penghijrahan Niki ke Kelantan semula utk 2 bulan yg akan dtg. eleh Nik, 2 bulan je pon. haha.... nantikan kami ke sana mek nik! kami menunggu nasi kerabu buatan ibumu! hehe...

# tgh gigih simpan duit nak gi jalan2 n byr road tax kete ujong tahun.

Jumaat, 10 April 2009

pelan-pelan

pagi tadi, jam 7.50.

abg Zul: ema, nah ambik ni.
eden: hoh? ape ni? (ingatkan salinan Kabinet 2009 yg baru)
abg Zul: ambik jek semua ni.
eden: ohhh... pele-pele (pelan-pelan dlm dialek Kelantan). ingatkan mende tadi.
abg Zul: (buat reaksi muka semacam. dan terus terdiam)
eden: (ooppss... baru aku tersedar. bunyi aku sebut pelan-pelan dlm dialek Kelantan itu tadi bunyinya semacam errrr..... ahhh.. lu pepaham je lah sendiri. haha!)

* malu tau. sbb abg Zul ni mcm style ala2 waraq gitu. then aku plak terlepas sebut 'pele-pele' tu dpn die. mesti die ingat aku ni kuat mencharut kan? haha... hampes je ema ni. tu la lenkali berhati2 di jalanraya! hah! sape yg tak paham tu pepandai korang ah carik sendiri. haha. bye! sok nak gi Soghomban, ado kendori! (sesuke hati merosak dialek negeri org, hu2... ampun!)

Sabtu, 4 April 2009

I suka tag bergambar.

nobody ask me to do this tag, but I'm willingly want to do it. reasons? google jek gambar! hah!

Rules: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer.

I am

I really want to go to


My favorite thing

My favorite place

My favorite food

My favorite drink

My hobby

I was born in

My favorite color

My school

I want to be


HAH! :p

tagged by Angah Lee

1. orang luar sana tak kenal kamu. perjelaskan siapa kamu?
- my name is Bon, Bonzai. just kidding. saya Irma @ Ema @ Yanty @ Kakak @ M. hai.

2. sikap kamu yang 'mantap'?
- secara jujur, hmmm.. ntahla. kenapa tak tanye aset mana yg mantap? haha! ok, gila-gila mungkin? ahh, saya bukan pandai menterjemah sikap sendiri. maaf.

3. sikap kamu yang sangat jelek?
- MALAS! dan kdg2 self-centered.

4. apa gadget yang sentiasa kamu bawak?
- telefon bimbit yg ade 3G tapi x penah dan x pandai guna.

5. dah berapa handphone kamu pakai selama nih? senaraikan brandnye. jenama handphone yang sedang kamu gunakan sekarang? dah berapa lama?
- satu: Ericsson (2001)
- dua: Sagem (2001) lupa model yg mana.
- tiga: Nokia 3310 (2002-2003)
- empat: Nokia 3610 (2004)
- lima: Nokia 8250 (2004-2005)
- enam: Nokia 6021 (2005)
- tujuh: Nokia Communicator (2005-2006)
- lapan: Motorola E398 (2006)
- sembilan: Samsung (2006) lupe model yg mane jugak.
- sepuluh: Sony Ericsson W300i (2007-2008)
- sebelas: Sony Ericsson K660i (2008 hingga kini)
(jangan ingat saya ni kaye sbb salu tukar henfon. semuanya bersebab, haha..)

6. siapa bestfriend kamu?
- diri saya sendiri.

7. siapa yang kamu sayang selain family?
- ermmm, kamu?

8. lagik 10 tahun kamu jadi ape?
- saya tetap jadi saya. mungkin lebih matang, berhemah dan dapat apa yg sy cari selama ni. insyAllah.. :)

9. kata2 hikmah yg pernah kamu dengar dan paling kamu suka?
- "bukan senang nak senang, bukan susah nak susah"

10. dalam blog kamu, sudah ada berapa followers?
- saya tak rasa blog saya layak utk diikuti.

11. senaraikan follower yg paling kamu suka?(tak kira kuantiti). kenapa?
- Follow Me? lame aku xpakai talkum jenama itu :) aku sayang semua pengunjung yg sudi singgah blog Gagak Di Rimba ni! terima kasih, syukran jazilan, thank you, dhomo arigato, graciasss!

Khamis, 2 April 2009

mau serang itu punggung, eh panggung

owh, aku sgt suke dgn Michelle Rodriguez. die seorang wanita Latino yg cantik dan gagah. hehh.. reason aku nak tgk cite ni pon sbb ada cast yg asal. dan speed! tu jek. yg ni kalau bole nak tgk kat panggung kot, sbb boleh rasa adrenalin bergerak dgn pantas beb. the sound lagik, oh yeahh.. saje nak chill tgk cite racing2 ni. hu2...

cite ni dh main kat U.S last year. biasalah, Malaysia kan pantas. haha.. whatever lah.. reason utama nak tgk sbb ade pakcik Pacino ngan pakcik De Niro! merasalah nak nengok polis2 tua membuat aksi-stunt-dan-tembak2-walaupun-semput. haha.. hey, 2 otai ni legend tau. i like.. ngeh2... aku rase nak tgk cite ni online je kot. tgk ah camne. hmm...

Rabu, 1 April 2009

kadang-kadang I layan jugak emel2 forward ni

I kadang-kadang tak faham dgn manusia skrg ni. yelah, hari ni je i dapat emel macam2 yg biasanya diforward drp kenalan2 opis dan luar. i just dont get it. potong kepala? pakaian polis terkini di Thailand? celebriti bogel? wow! macam2 adaaaa~ ade lah jugak sesetengah perkara yg i boleh terima secara rasional, tp bila dey all hantar gambar pelik2 ni, i jd konfius u know? certain gambar tu lgsung i tak teruja pon nak tgk. serius i katekan mmg i tak boleh tgk gambar2 org potong kepala, makan belut hidup2, yuckkss! tolonglah weh.. yg buat i pelik tu sbb gambar2 ni semua dibuat oleh orang2 zaman moden! beb, kita ni manusia bertamadun ke ape? i kat sini bagi contoh yg sikit2 je, tak terungkap nak bg contoh yg lain2. tp, kalau yg pelik lagi unik lagi ajaib lagi menarik i suke lah. haha.. contoh? alaa, banyak sgt ah emel2 ni. i rase u ollz pon tau kan emel2 yg menarik mcm mane. tp, tlglah jgn hantar kat i emel2 berunsur violence or sexual kat i. mak x suke nyah! auwww!

* hari ni i mmg saje gedix2 guna 'I' instead of 'aku'. nyampah ngan mak keww?? janganla u ollzz.. mak sayang u ollzzzz semuaaa tauww! muahhxxx! huhhh, kalah mak hayam hazwang hali nyah! haha! :p