bukan rindu orang, tapi aku rindu saat2 aku menghadiri kuliah dan mendengar syarahan drp seseorang pensyarah/cikgu. ya, aku betul2 rindu. 2 hari ini aku telah menghadiri kursus utk MS Access Level 2 anjuran syarikat aku bekerja. pada permulaannya aku agak skeptikal dgn trainer aku, sbb kelihatan sgt 'kerek' dan mcm 'poyo+bagus' je pd pandangan aku. mula saja dia berkata2, perasaan menyampah aku beransur2 hilang. ya, aku telah menghakimi beliau dr luaran. aku silap. minta maaf cikgu/encik. dan terima kasih atas ilmu yg telah diberi kpd aku dan semua trainee yg lain. boleh dikatakan aku sgt berpuas hati dgn cara penyampaian beliau. kelas yg diselang-selikan dgn lawak2 spontan yg betul2 kelakar (bg pndangan aku) berjaya membuat masa berjalan dgn begitu pantas sekali. tidak puas rasanya berada dlm kelas berkenaan. ya, aku dan kawan aku sgt teruja utk mengambil kelas utk Level 3 pula pd masa akan dtg. aku tahu, walaupun tidak semestinya beliau yg akan kembali mengajar kami, tetapi sekurang2nya beliau telah memberikan semangat utk kami meneruskan perjuangan menuntut ilmu perisian komputer tersebut. oh ya, sempat juga kami meminta alamat emel beliau di penghujung kelas utk ditambah di Facebook. haha.. sporting sungguh beliau dgn trainees-nya. :papa yg ingin aku tekankan disini sebenarnya adalah perasaan rindu aku pd kelas2 sepanjang pengajian aku di universiti/sekolah dulu. terlalu bnyk kenangan2 manis yg dpt aku rasakan sewaktu dlm kelas. aku rindu cara2 pensyarah/cikgu aku meyampaikan kuliahnya, suasana di dalam kelas, feel mendengar kuliah, menconteng2 buku nota, 'YM' dgn sahabat sekelas, konon2 mengangguk seperti memahami 100% yg lecturer cuba sampaikan, walhal sebaliknya, tersengguk2 di dlm kuliah, ahhh, mcm2 lagilah.. rupa2nya aku masih lagi merindui saat2 belajar/menuntut ilmu secara formal. seronok betul ya berada didalam majlis2 ilmu seperti itu? haihh... sukar betul utk aku lepaskan kenangan belajar bersama2 para pendidik yg hebat2. jadi, ingin benar aku menyeru kpd semua yg masih lagi di alam pengajian, tuntutlah ilmu yg ada sebaiknya. sampaikanlah ilmu yg dipelajari itu kpd semua, dan jgn lupa diamalkan utk jalan kebaikan. Insyaallah, kamu akan mendapat barakah drNya. kerna, al 'ilmu faridhatan 'ala kulli muslim. wallahu'alam... :)
* rindu kuliyah maghrib, tazkirah, dan segala mcm pengisian rohani...
2 ulasan:
apa kucin aku buat atas laptop ko?
aku pon rindu nak blaja semule,
bau aircond kelas,
buku2... suara Rahman Tang mengutuk Menteri di JPM, bau cologne wahabudin, hallway yg sangat sunyi di bilik2 lecturer...
winduuuus
haha.. weh, itu gmbr ciluk dr yahoo daa. :p
iya cik shai, kangen benner sama itu semua! hu2... ko dh nak amik Masterji ke?
Catat Ulasan