Khamis, 30 Julai 2009

bila semprit merempit

ala, tajuk saje nak menarik perhatian orang. haha.. tertipu jua kau akhirnya. okeh, secara ringkas:


* aku kesian kat Farid Kamil sbb filem Rempit v3 dia dh kena banned. sorila bro. tapi, pendapat aku, kau kena terima hakikat yg sememangnya filem banyak memberi impak sosial terhadap masyarakat kita, terutama golongan muda. aku tau kos nak buat sebuah filem bukannya ciput, banyak tuuu. dan lagipon kat Malaysia ni dah terlampau banyak filem2 jenis merempit di jalanan. cukup2lah dgn cerita Gila-gila Remaja dan KL Menjerit. tu pon motosikal diorg lg power bro. bukannya motor EX5. hehe.. dan aku harap Lagenda Budak Setan yg kau lakonkan akan diluluskan oleh LPF. amiinn.. heh..


* i'm gonna missed Yasmin's ideas.... :( abg. Mat, jgnla pergi dulu ye... @_@ nanti aku dah x tgk filem Malaysia pulak.


* bestlah pegi Amcorp Mall last Sunday dgn family aku. sukeee sgt.. especially ayah. sbb dia mmg suke tgk brg2 antik. well, lps ni adelah org yg selalu hilang bila weekend ek, hu2... ye lah, ayah aku baru tau kat situ ada flea market, so dia agak teruja la kan. haha.. takpe ayah, go ahead. (next entry aku post gambar psl jln2 weekend lps. heh)


* aku rasa mmg betul kot teori yg mengatakan orang2 hebat/bijak pandai/pejuang sama ada pernah dipenjarakan atau pun meninggal dunia lebih awal drp yang lain. hmm... itu pendapat akulah.


* Sabtu ni konsert di awan biruuu.... ishhh... "....kejutkanlah aku kawan. aku sdg bermimpi. kejutkanlah aku yang sengsara dalam sepii...." (petikan lagu Meniti Titian Usang dr Search) ahahahak.. ishkk...

* aku tau ramai yg marah dgn akhbar Kosmo berkenaan artikel yg mengaibkan arwah Yasmin. aku juga rasa secara humanity dan Islamnya, tidak elok kita ungkitkan sebarang kisah lama yg boleh membuka aib seseorang yg telah tiada. takkan kita tak terfikir dgn perasaan keluarga si mati? macam mana kalau ianya terjadi pd diri sendiri? tapi, secara x langsung itulah yg pembaca kita cari. tipulah kalau kau tak tertarik nak baca kisah yg ditulis kan? siap ada gambar lg. aku yg dh lama tahu psl kisah arwah tu pun mcm nak terbaca artikel yg ditulis tu, lagi pulak yg x tau apa2 psl history arwah sblm ni. tp, secara jujurnya aku lebih suka menyimpan shj perkara2 spt ini memandangkan arwah sudah lg tiada. kalau ada yg tanya pendapat aku psl ni, aku cuma akan jawab, wallhu'alam, hanya dia dan Tuhan saja yg tahu. kita doa yg terbaik utk arwah. that's it.

* nak tgk cite Setem weh. agak2 berbaloi tak ek? hmm, thn ni baru berapa je filem Malaysia yg aku tgk kat panggung. awal thn hari tu Maut, pastu... hmm.. Maut je lah. haha.. x bole jadi ni, kena sokong filem Malaysia beb. hehe.. tetibe je patriotik :p

* awal bulan 8 belum masuk pon lagi, tapi sudah menunjukkan tanda2 utk broke.. (menangis x berlagu dlm hati)

* hati2, belakang kau orang ada H1N1. aku pon igt nak sedut oksigen dlm tong mcm Mekel Jeksen ah. selamat kot. haha... sbb, oksigen tu utk aku sorg je :p

ok ah, till then. adiosss pariosss...

Jumaat, 24 Julai 2009

deng-dong

feeling gila berlatar-belakangkan lagu Smile dr Nat King Cole ni. 50's abes sioott. pehh.. aku rindu dgn cite psl hidup Charlie Chaplin kat TV2 dulu2. best. aku smpai nangis n touching2 gitu. mak x kuase nyah. slorpp.. aku mmg suke sgt tgk cite tentang biography orang2 famous ni. lagi2 yg mmg betul2 jadi lagenda. tak kisahla dlm dunia ape pon, x semestinya artis je. aku suka tgk life diorg, walaupun sekadar narrated je. dari situ kita boleh lihat, yang sebenarnya mereka juga manusia biasa yg boleh merasa sakit, gembira, sedih, marah dan takut. nama pon manusia beb. kita semua punya rasa yg sama sejak azali. cuma lingkungan sosial kita saja yg membezakan tahap emosi dan fikiran masing2. sebab itu kita semua kena hormat sesama sendiri. jadi, kalau anda rasa ingin dihormati, silalah hormati diri orang lain juga ya :)

apa sebenarnya motif kemaskini blog pd mlm ni ya? none actually. tergerak hati sbb dah naik jelek tgk blog sendiri yg semakin membosankan. haha.. kutuk blog sendiri takpe, eh even kamu nak kutuk blog aku pon xde hal beb. asalkan dlm bahasa yang yang boleh difahami, hehh... okeh, sbnrnya aku terkilan la jugak dgn penaja konsert M. Nasir yg telah menundakan tarikh konsert kpd tarikh yg lain. aku dah bersiap sedia dr segi mental+fizikal ni beb. survey lokasi kejadian di wikimapia, dan juga rumah kawan yg aku nak pick-up sama2 nanti. gila teruja tu. tapi, aku terpaksa akur dgn keputusan yg telah dibuat oleh penganjur. sabar je lah.. dan oleh kerna upah kerja aku akan didebitkan kedalam akaun aku esok, maka aku telah bercadang2 untuk mengisi waktu hujung minggu aku dgn membeli dan belah setelah puas merompak secara halal di pusat2 membeli tak boleh blah nanti. wah! tapi, maaf ya sahabat2ku sekalian, aku telah berjanji dgn ibuku utk shopping bersama2. akan datang, aku temankan korang shopping lagi ya sahabat2ku? heheh.... ya, gila benar sahabat2ku membeli-belah minggu lepas. jualan murahlah katakan. aku juga yang tgh kopak+sengkek+kering 2 minggu lepas. alah, kaya pon cuma esok je :p alhamdulillah, rezeki apa adanya :)

baiklah, suara katak bersahut2an diluar ibarat menyuruh aku solat Isyak dan tidur. jaga diri semua! owh, mudah2an mlm ini hujan turun supaya aku boleh tidur dengan nyenyaknya. aku nak bls dendam mlm2 hari bekerja! hujung minggu, tunggu aku! agagagagakk! malam! (^_^)

* demam blogging gua dah kureng, tp gua tetap demam sama itu youtube dan 4shared. heh.

Jumaat, 17 Julai 2009

eat it

gua ingatkan demam MJ gua dah tamat sepenuhnya, tapi tidak. kalau lu semua dh penah tgk vid. klip ni xpe lah, gua saje nak kasi lu semua analyze lirik dia samada sama atau tidak. siapa copy siapa. haha.. tajuk lagu utk kedua2 klip ialah Eat It (inspired dr MJ's song, Beat It). enjoy the vids!

versi Weird al Yankovic (mamat ni terkenal dgn video2 spoof nya yg menghiburkan)



versi Arwah Sudirman dan NoorKumalasari



gua suke je layan dua2 klip ni. :D

* selamat berhujung minggu semua! gua takdak duit tp tetap nak keluar bersosial. haha..

Khamis, 16 Julai 2009

Mandi

ya, mandi. sempena minggu sakit kepala aku ni, aku copy je emel yg aku dpt utk dikongsi bersama. aku dah lama x sakit kepala lama2 mcm ni. selalu telan 2 bijik Panadol then urut2 leher+kepala+bahu sket pastu tidur, dah baik. tapi kali ni ianya berlarutan agak lama pulak. aku redha, tp perit jugak menanggungnya ya. hu2.. aku malas betul nak mintak M.C sbb aku asyik fikirkan psl kerja aku yg asalnya membusut, pastu membukit dan terus menggunung. haha.. nasib badanla kan. tapi, sebenarnya aku suka je bila aku dpt kerja banyak2 ni, baru best nak buat. kira terisi lah masa tu kan. (padahal tgh taip blog ni pe kejadahnya? hah!) :p oklah, meh baca psl rahsia MANDI.

"KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk: Sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit. "

* tapi aku still gak malas nak angkat gayung dan menyiram air ke badan. huwawawa~ (aku sorang je ke yg masih mandi pakai gayung zaman skrg ni? hoho..)

Selasa, 14 Julai 2009

rindunya..

bukan rindu orang, tapi aku rindu saat2 aku menghadiri kuliah dan mendengar syarahan drp seseorang pensyarah/cikgu. ya, aku betul2 rindu. 2 hari ini aku telah menghadiri kursus utk MS Access Level 2 anjuran syarikat aku bekerja. pada permulaannya aku agak skeptikal dgn trainer aku, sbb kelihatan sgt 'kerek' dan mcm 'poyo+bagus' je pd pandangan aku. mula saja dia berkata2, perasaan menyampah aku beransur2 hilang. ya, aku telah menghakimi beliau dr luaran. aku silap. minta maaf cikgu/encik. dan terima kasih atas ilmu yg telah diberi kpd aku dan semua trainee yg lain. boleh dikatakan aku sgt berpuas hati dgn cara penyampaian beliau. kelas yg diselang-selikan dgn lawak2 spontan yg betul2 kelakar (bg pndangan aku) berjaya membuat masa berjalan dgn begitu pantas sekali. tidak puas rasanya berada dlm kelas berkenaan. ya, aku dan kawan aku sgt teruja utk mengambil kelas utk Level 3 pula pd masa akan dtg. aku tahu, walaupun tidak semestinya beliau yg akan kembali mengajar kami, tetapi sekurang2nya beliau telah memberikan semangat utk kami meneruskan perjuangan menuntut ilmu perisian komputer tersebut. oh ya, sempat juga kami meminta alamat emel beliau di penghujung kelas utk ditambah di Facebook. haha.. sporting sungguh beliau dgn trainees-nya. :p

apa yg ingin aku tekankan disini sebenarnya adalah perasaan rindu aku pd kelas2 sepanjang pengajian aku di universiti/sekolah dulu. terlalu bnyk kenangan2 manis yg dpt aku rasakan sewaktu dlm kelas. aku rindu cara2 pensyarah/cikgu aku meyampaikan kuliahnya, suasana di dalam kelas, feel mendengar kuliah, menconteng2 buku nota, 'YM' dgn sahabat sekelas, konon2 mengangguk seperti memahami 100% yg lecturer cuba sampaikan, walhal sebaliknya, tersengguk2 di dlm kuliah, ahhh, mcm2 lagilah.. rupa2nya aku masih lagi merindui saat2 belajar/menuntut ilmu secara formal. seronok betul ya berada didalam majlis2 ilmu seperti itu? haihh... sukar betul utk aku lepaskan kenangan belajar bersama2 para pendidik yg hebat2. jadi, ingin benar aku menyeru kpd semua yg masih lagi di alam pengajian, tuntutlah ilmu yg ada sebaiknya. sampaikanlah ilmu yg dipelajari itu kpd semua, dan jgn lupa diamalkan utk jalan kebaikan. Insyaallah, kamu akan mendapat barakah drNya. kerna, al 'ilmu faridhatan 'ala kulli muslim. wallahu'alam... :)

* rindu kuliyah maghrib, tazkirah, dan segala mcm pengisian rohani...

Ahad, 12 Julai 2009

sakit kepala?

ha'ah, sakit kepala.
dah 3 hari dah ni.
:(

* bengang ke kalu buat entri ciput mcm ni? haha...

Rabu, 8 Julai 2009

senyum kambing? tidak lagi

Smile though your heart is aching
Smile even though its breaking
When there are clouds in the sky, you'll get by
If you smile through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll see the sun come shining through for you
Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
Thats the time you must keep on trying
Smile, whats the use of crying?
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile

~Nat King Cole~

* best ek lirik lagu ni? sesuai utk kembalikan motivasi diri mcm aku ni. haha... wake up girl! shoutbox kat sebelah ni dah gile. sat aku tukar yg baru plak. menci aku tau coding2 ni. hoho..

Selasa, 7 Julai 2009

siri merepek makan kerepek #4

* guruh berdentum kat luar ni. tanda nak hujan. i like. tp, kesian pulak kat penunggang2 motosikal kan? ok, hrp2 hujan turun lps diorg sampai rumah... :)

* tekak sakit lagi, tp selsema dah kurang. malasnya nak jumpa doktorrr...

* dah bulan 7 ek? konsert, puasa, raya, Kota Kinabalu, hujung tahun, KPI! aiyoo, cptnye..

* tgh gile lagu Ben, Stranger in Moscow, They Don't Care About Us, Blame It On The Boogie, Wanna Be Startin' Something, Dirty Diana, & Human Nature skrg ni. melodinya bagus banget! serius. suara MJ masa kecik2 sgt sedap, lemak dan merdu. bila dh besar dia bnyk tarik2 suara pulak. lantak dia ah, style dia. yg penting aku lagi gila melayan lagu2 tersebut. auwww!

* sorry, blank ah minggu ni. (@_@)

* babai.

Sabtu, 4 Julai 2009

the legacy continued

after we've seen MJ in his awesome Thriller's vc, and Geli Mat's Thriller version, now the legacy continued by the Filipino inmates. check it out yo!



i think it's cool huhh.. but, what's up with that woman, i mean dude? haha!

just found out this one too. enjoy!



speechless. haha!

and this was completed in 10 hours after receiving word that the King of Pop passed away...



owh, my heart was touched by his songs.. :(

Jumaat, 3 Julai 2009

at last...

maaflah kalau ada antara kamu yg dah muak dgn cerita MJ.
tapi, berlainan dgn aku.
aku hari2 amik tau psl dia dekat paper, E! dan internet ni.
baca disini.
alhamdulillah, harap2 jenazahnya akan dpt disempurnakan dgn cara Islam.
kesian aku tgk, dah seminggu tak dikebumikan lagi.
dan aku juga berharap agar semua peminat, sahabat, dan keluarga dia dapat hormati agama barunya itu.
semoga semuanya akan berjalan dgn lancar, amin..

ok, aku setuju dgn kata2 Kat dlm blognya.
sampai 3 entri dia buat khas utk arwah Mikaeel.
i mean, segala bakat seni dan sumbangannya itu secara khusus.
dan aku sendiri mengakui yang aku telah mendownload hampir kesemua lagu2 hits MJ semasa dia kecil sehingga dewasa dan membakar (burn) ke dalam sekeping CD.
sebelum dia pergi, aku cuma ade 1 lagu je dlm simpanan aku, Thriller.
the rest, aku sanggup cari sbb bg aku kebanyakan karyanya sgt menarik dan bermakna, utk diri aku, personally.
dan ya, hari2 aku mendengarnya sewaktu aku pergi dan pulang dr kerja.
aku tahu, mungkin ada antara kamu yg akan muntah kalau duduk dlm kereta aku, sbb terpaksa melayan semua lagu MJ hari2!
daym.
tapi, buat masa ni aku x muak lagi.
sbb aku cuba cari maksud di sebalik beberapa lagu yg disampaikan.
bnyk yg menarik perhatian aku.
dan dia bukan saja menyanyikan lagu2 tersebut, tetapi menghidupkannya!
dapat bezakan tak? aku harap kamu faham.
lagu Ben (Jackson 5), Earth Song, They Don't Care About Us, ahh bnyk lagi sebenarnya.
belum masuk lg bab melodi, persembahan, semuanya sudah terbukti hebat.
MJ, terima kasih sekali lagi.
terima kasih sbb ceriakan hidup aku dlm beberapa ketika.
dan utk semua fanatik2 MJ di luar sana, tolonglah terima hakikat yg dia dh tiada.
ya, kita semua masih boleh mendengar lagu2nya, cuma sudah tiada lagi nyawa penyanyi disebalik lagu2 tersebut.
peace n out~

* sekadar peminat karya2 genius drp sebutir bintang yg telah pergi takkan kembali.