Khamis, 24 September 2009

naik lemak

td pagi terbaca akhbar Kosmo. dah pulak keliru dgn asal-usul Nasi Lemak. Singapura claim dia punya, Malaysia pon pertahankan jugak. haihh... macam2.. setahu akulah kan, semua yg originated drp org Melayu itu adalah milik Nusantara. ya, benua kita ni lah. kalau nak cerita pasal zaman tok kadok ni, bukanlah aku orangnya. korang kenalah membaca beb. kaji balik semua sejarah asal-usul bangsa sendiri. Malaysia? hah, korang cariklah sendiri dari mana asal-usul negara ni sebenarnya. rakyatnya, bangsanya, agamanya, budayanya, semualah. letih ah aku nak cakap dgn org yg dah 'panjang akal' ni. ha! aku nak bermadah sket.


"aku suke makan nasi lemak
aku suke makan roti canai
aku suke makan tau foo fah
aku suke makan roti nan
aku suke makan nasi kerabu
aku suke minum cendol
aku suke makan pecal
aku suke makan pau
aku suke makan char kway teow
aku suke makan putu mayam
putu bambu pon aku layan
tapi, aku ni India ke?
aku ni Cina ke?
Melayu?
aku ini Muslim Malaysia.
dan aku bangga menjadi anak Jawa.
tak kisahlah kau itu orang Singapura ke, Indo ke, Thailand ke,
yang penting kita sama2 duduk dalam satu benua,
yang dipanggil Asia Tenggara.
kita ini saling mempengaruhi.
janganlah pula asyik nak bergadoh!
nanti orang putih ingat kita ini bodoh.
ada paham?
Tuhan itu Maha Kuasa.
dah, semua duduk diam2.
jagan bikin onar lagi, mari kita bikin AMAN!"


nukilan lapar makanan,
amri
1203
240909
dino Kemis
* main lala tamplom sudahh..

malar segar #2

okeh, oleh sebab aku dah 'ter'janji nak sambung psl lagu2 raye kegemaran aku, maka aku dgn rasa rajinnya update jugaklah kan. hehh. gesek, go!

8. Sentuhan Di Hari Raya - macam biasa, alasan terbaik aku adalah Amy Search ah. hehe.. plus, sentuhan rock itu yg penting. haha. aku x boleh kalu dgr irama rock ni, terbakar jiwa aku ni tetibe. kalu tgh naek sheikh, aku capai gitar Kapok aku, lalu goreng sampai hangus. muahaha!

9. Halaman Asmara - ok, memule dgr masa jaman cerita Sembilu dulu2 igtkan lagu pop cinta biase jek. rupa2nya lagu raya daa.. layanla jugak lagu ni. sbb dia moden sket berbanding lagu raya bertema cinta yg lain. elemen rock? ofkoslah ada. haha.. lagu ni mengimbas memori aku jaman skola. erkk..

10. Keinsafan Di Hari Raya - suara Nash time ni mantap beb. skrg pon mantap gak, tp suare dolu2 lagi mantap. haha. bes woo lagu ni. aku x sangke rockers Malaysia sume hebak nyanyi lagu raya. salut beb!

11. Esok Hari Raya - korang kenal DR Sam? haa, lagu ni jujur. mmg kena sgt dgn feel ptg sebelum raya. rentak lagu ni pon catchy. spirit gembira nak raya tu mmg boleh keluar bile dgr lagu2 mcm ni. walaupon raya aku biasa2 ajek. hu2..

12. Hari Mulia - lagu ni rentak 80's, tp best! aku suke gak lagu dr Sheila Majid ni. kire antara yg aku akan hepi lah bile mendengarnya time nak raya.

13. Selamat Hari Raya - lagu 60'an gak yg manteps nyah. suara Ahmad Jais sgt klasik. aku suke! feel raya jaman dolu2 beb, mane nak dpt kat lagu2 skrg?

14. Bersabarlah Sayang - lagu ni bernada agak sedih, tp layann. sbb aku selalu dgr lagu ni masa aku kecik2 dulu, so it's kind of refreshing my memories back. oh, seronoknya...

hmm, rasenye tu jek kot. kalu ade yg termissed, aku sambung je lah tahun dpn ye. aku pon sebenarnya dah muak dgr lagu2 raye yg biase ni. mcm lagu Saloma, Sudirman, Mamat dll... muntah beb. haha! i'm sorry :p

Ahad, 20 September 2009

Rabu, 16 September 2009

malar segar

olla! sorry, lame betul aku x update blog secara serius. aku pon x suke jugak tgk blog aku ni tido lame2. habes lari nanti semua peminat aku. hahaha! (sila terjun dlm parit skrg). okeh, yg penting aku dah kembali. ecehh.. bukannya apa, spt yg aku katakan sebelum ini, aku semakin jauh dr kotak pemikiran kreatif aku. ya, sgt jauh. aku rasa semua tu dh hilang. walaupun adakalanya idea2 beras bernas tu dtg, tp aku biarkan ia berlalu mcm tu je. x sempat nak simpan kat mana2. haihh... senang betul dia pergi.. sudahnya, aku pun xde idea nak tulis apa, ditambah pula dgn sikap kemalasan yg berganda.

okeh, sempena Eidulfitri yg bakal menjelang ni, aku nak berkongsi sikit ah psl lagu2 raya kegemaran aku. aku rasa aku x pernah lagi buat entri tentang ni, tp kalau dh ada pon mcmla korang igt kan? haha.. so, cekidaut peeps!

1. Kepulangan Yang Dinanti - sebelum apa2, aku nak katakan yg semua versi cover utk lagu2 original x best, ok? original juga kita mau. so, agak2 artis manakah yg buat cover lagu ni? ofkos pojiah latip. dan aku kurang gemar mendengar versi drp beliau. mendayunya lain mcm (means kurang menusuk kalbu) dan suaranya agak2 pancit sikit. nasib baiklah dia buat recording, kalu live? pecah beb! haishh... so kak pojiah, sorry ye. u're out of my list right now. penyanyi asal jugak yg boleh menarik perhatian aku. Aman Shah, aman jek aku mendengarnya bersama Quraisyah. haha! :p

2. Suara Takbir - ok, yg ni definitely classic. cover yg aku pernah dgr dr Siti ngan Rabbani je. the rest mungkin ade, tp x nak amik tau pon. hehh.. first jatuh cinta dgn lagu ni waktu tgk iklan mase zaman sekolah dulu. aku lupe iklan ape, tp ade part budak2 salam nak minta maaf+mintak duit raya. lupa langsung ni, igt part yg tu jek. then, terus aku minat lagu ni smpai skrg. suara P. Ramlee, siapa yg x suke beb?

3. Balik Kampung - haa, x silap aku lagu ni general tntg balik kampung sebenarnya. tp lama2 ianya telah dikaitkan dgn perayaan Aidilfitri. mungkin sinonim sbb secara rutinnya waktu ini lah semua warga kota akan pulang ke kampung halaman. tak silap aku, masa sekolah rendah dulu RTM banyak keluarkan video klip lagu ni, tp bukan vc yg original. seingat aku sepanjang vc tu cuma menunjukkan perjalanan bas yg membawa penumpang pulang ke kampung. muka masing2 dlm bas mcm poyo jek. haha. excited beb. ada yg tidur dan ada yg termenung mengenang nasib. ceh, pepandai jek aku. apepon, rentak lagu ni sgt upbeat, dan itulah yg membuatkan aku sgt2 teruja setiap kali mendengar lagu ini. i love you Sudir.

4. Seri Hari Raya - lagu ni quite rare kuar kat radio. kalu ade pon mungkin di radio2 kerajaan dan Suria.fm. aku minat sbb ada elemen rock disitu. dan aku baru je tau yg lagu ni adalah cover yg telah diolah semula pd tahun 80'an. penyanyi asalnya adalah Pat Benatar, dan dia seorang wanita. wow. tp, pd pendapat aku Sweet Charity berjaya membawa & mengolah lagu ini dgn baik sekali. cume bg telinga aku, rentak dan lirik part chorus tu mcm agak pelik. kurang bersatu dgn irama. sikit jelah. yg lelain, superb! ini barulah rock n roll raya beb. heh..

5. Sepasang Kurung Biru - lagu ni jiwang beb. layaannn.. haha.. suara Khairil Johari Johar mmg sgt kena dgn irama lagu mcm ni. aku xdelah sejarah mengenai lagu ni, tp aku suka dengar sbb rentaknya yg mellow membuatkan aku lari sikit drp kebiasaan. yelah, lagu2 raya kan banyak yg happy2 jek, so bila dgr lagu2 jenis kuchiwa ni kire layan blues ah sket time raya. haha!

6. Suasana Hari Raya - owh, i looove kak pah's voice. gila maintain! tak mcm pojiah latip. dah berusia tp panchit. (lps ni mesti ramai peminat pojiah latip akan memboikot aku. haha! aku pasrah) bg aku, penyanyi yg sejati suara dia akan maintain smpai bila2 pon. dan kak pah, adalah salah seorang drpnya. first, aku utamakan rentak lagunya. sgt rancak dan berjaya membawa keluar emosi kegembiraan aku. feel dia mmg feel rayelah senang cerita. aku suke. ngeee~

7. Salam Dunia - lagu ni antara lagu raya yg agak baru, tapi ia berjaya mendapat tempat di hati ini. liriknya puitis tp senang difahami, rentaknya mellow dan sedikit rancak. mmg best. mesej lagunya agak global, dan inilah yg kita perlukan sebenarnya. mengingatkan kita yg Islam itu indah dan luas di alam fana ni. ingat ye, bukan org Malaysia je yg sambut Eidulfitri kat dunia ni. hu2.. abg Nasir, salut!

ermm, aku rasa smpai sini dulu kot yg aku sempat update. ada lagi lagu yg buat raya aku betul2 raya. next entry, insyaallah aku akan sambung. so, cekidaut y'all!

* tahun ni feel nak sambut raya sgt kureng. tak tau kenapa, mungkin sbb kedewasaan yg semakin bertambah? soal uang? hmmm, sedang dicari-gali puncanya.

Selasa, 8 September 2009

abc123

serius, aku masih belum ada 'feel' nak berblog dikala ini.
idea dah dikumpulkan, tp belum masanya utk aku menulis disini.
jgnla mengharapkan entri yg power2 pulak sbb aku dh lama x berblog.
haha.
baiklah, selamat menghabiskan saki-baki Ramadhan ini dgn sebaik mungkin.
insyaAllah, kita semua akan diberkati.
ameenn...