Khamis, 24 September 2009

naik lemak

td pagi terbaca akhbar Kosmo. dah pulak keliru dgn asal-usul Nasi Lemak. Singapura claim dia punya, Malaysia pon pertahankan jugak. haihh... macam2.. setahu akulah kan, semua yg originated drp org Melayu itu adalah milik Nusantara. ya, benua kita ni lah. kalau nak cerita pasal zaman tok kadok ni, bukanlah aku orangnya. korang kenalah membaca beb. kaji balik semua sejarah asal-usul bangsa sendiri. Malaysia? hah, korang cariklah sendiri dari mana asal-usul negara ni sebenarnya. rakyatnya, bangsanya, agamanya, budayanya, semualah. letih ah aku nak cakap dgn org yg dah 'panjang akal' ni. ha! aku nak bermadah sket.


"aku suke makan nasi lemak
aku suke makan roti canai
aku suke makan tau foo fah
aku suke makan roti nan
aku suke makan nasi kerabu
aku suke minum cendol
aku suke makan pecal
aku suke makan pau
aku suke makan char kway teow
aku suke makan putu mayam
putu bambu pon aku layan
tapi, aku ni India ke?
aku ni Cina ke?
Melayu?
aku ini Muslim Malaysia.
dan aku bangga menjadi anak Jawa.
tak kisahlah kau itu orang Singapura ke, Indo ke, Thailand ke,
yang penting kita sama2 duduk dalam satu benua,
yang dipanggil Asia Tenggara.
kita ini saling mempengaruhi.
janganlah pula asyik nak bergadoh!
nanti orang putih ingat kita ini bodoh.
ada paham?
Tuhan itu Maha Kuasa.
dah, semua duduk diam2.
jagan bikin onar lagi, mari kita bikin AMAN!"


nukilan lapar makanan,
amri
1203
240909
dino Kemis
* main lala tamplom sudahh..

Tiada ulasan: