Khamis, 26 November 2009

siri merepek makan kerepek #6

# kalau kat Astro Citra ade cerita Lembing dan Layang, aku bercadang nak buat cerita Lembu dan Kambing sempena raya haji ni. ok dop? ofkosla kat channel RTM2. hehh.

# aku dah kemaruk nak tgk filem Karaoke nih. hopefully aku dpt realisasikan impian aku sabtu ni. we'll see.

# ape yg hebat sgt dlm 2012 tu? aku pon dh tgk, tp separuh baru. biase jek. efek2 sama mcm dlm file Armageddon, The Day After Tomorrow dan sumelah filem Holiwud yg berunsurkan kehancuran dunia. bg aku, ia akan jd best dan sukses sekiranya semua penonton terus insaf dan bertaubat sejurus menonton filem tersebut. ade ke? lu pikirla sendiri.

# ok, aku dah gained weight gile-gile skrg ni. serius. naik berat tu xlah bnyk, tp figure dh larik banyak nihh!!! muahahaha! kesian, gelakkan diri sendiri. sila berusaha utk kuat makan lg ye :P

# aku x reti pakai Nuffnang sbnrnye. hahahaha! sila gelakkan aku. iskk..

# jerawat dlm telinga dan bwh hidung ini sgt best, ok?!!!! pfftt..

# sgt kopak setelah menjadi Ah-Long part-time ni. haihh.. xpe, janji bayo.

# 'baby'ku sudah berumur setahun Disember ini! huhu... hepi birthday taipeR. :P

# bersedia utk menjadi lebih kopak+sengkek+kering utk bln Disember ni. kayalah Etiqa n JPJ ye.

# k, I dah eksaited nak balik beraya ni. I igt nak ikut highway jauh sket balek ni, konon amek feel warga kota pulang ke kampung. pehhh! haruss.

# babai. selamat makan kerepek di hari raya.

# assalamualaikum.

Rabu, 25 November 2009

Qurbani

aku rasa masih banyak perkara yg perlu aku korbankan dlm hidup ini.
ya, sgt banyak.
dan aku sgt2 menghargai pengorbanan yg telah dilakukan oleh semua orang utk diri aku, terutamanya ibu dan ayah aku.
terima kasih yg tidak terhingga aku ucapkan.
tetapi, ape je yg telah aku korbankan selama aku hidup ni?
mungkin ada, tp belum cukup banyak berbanding kau.
ya, aku manja. tapi x bermakna aku x boleh hidup dgn kaki sendiri.
aku mmg anak mak ngan ayah, tapi x bermakna aku perlu bergantung pakai terhadap mereka sampai sekarang.
aku dah besar, dah boleh hidup sendiri.
alhamdulillah, syukur atas nikmatNya.
kadangkala aku sendiri dalam kesamaran dgn erti di sebalik kalimah 'korban'.
aku x mau bicara tentang kamu, atau orang lain.
aku lihat diri sendiri dahulu.
korban jiwa?
korban harta?
korban nyawa?
apa itu semua?
kau mungkin lebih arif dr aku.
ya, terangkan.
ajarkan aku utk berkorban.
contoh terbaik, spt dlm sejarah nabi kita.
orang2 yg pergi menunaikan haji berkorban meninggalkan keluarga dan dunianya.
ibu bapa berkorban mencari nafkah utk menyara anak-anaknya.
nenda yg semakin uzur brkorban tenaga menjaga cucu-cucunya.
anak-anak berkorban tenaga memikul beg galas yg mengandungi buku2 teks yg berat utk menuntut ilmu.
pelajar-pelajar di IPT berkorban utk tinggal berjauhan dgn famili.
dan banyak lagi contoh pengorbanan yg ada di dunia ini.
aku cuma ingin muhasabah diri sendiri di hari raya 'Idul-Adha yg bakal menjelma ini.
sejauh manakah pengorbanan yg telah kita lakukan selama ini?
berbaloikah pengorbanan itu?
ikhlaskah kita?
untuk apa/siapa pengorbanan dilakukan?
mengapa?
dan bermacam lg persoalan dlm minda ini.
apa pon, di ruang alam maya yg terhad ini, aku ingin mengucapkan Salam 'Idul-Adha kepada semua peminat2, eh sahabat2 blog aku yg masih tegar membaca sehingga skrg.
ampun maaf dipinta sekiranya ada yg terasa.
aku juga masih belajar utk hidup.
marilah kita sama-sama menghayati erti di sebalik hari kebesaran ini.
wallahu'alam.

Berkorban Apa Saja
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia...
* versi arwah Asri pon best jugak. menusukk!

Isnin, 9 November 2009

gua pon nak cuti sekolah

gua perasan sejak akhir2 ni jalan dh x berape jam.
baguih2.. gua suke.
gua lapar (iklan sat)
nak kate cuti sekolah, belum lagi.
dah cuti kang, lg syok! haha..
suke betol aku.
tp yg x bestnye sume tempat peranginan dan pusat membeli-belah akan dipenuhi dgn budak2 skolah. nasib ah.
yg penting jalan waktu pagi, clear.
ckp psl cuti ni, gua pon nak gak cuti.
cuti tahun gua banyak lagi wooo..
gua mau pergi bercuti di utara la plak thn ni.
lebih spesifik, ke Perlis.
lame gile gua x kesana utk betul2 bercuti.
sebelum ni gua pergi sane sbg tempt laluan ke Langkawi je.
x sempat pon nak jelajah satu Perlis.
gua dgr Perlis boleh tahan jugak negeri dia.
kecik2 cili padi!
sebelum tu, gua n family dah plan nak ke Terengganu hjg bulan 11 ni.
tu pon sambil menyelam minum air, sbb nak gi konvo adik gua.
gua dah terbayang sata dan otok2 di Monica Bay (Teluk Mak Nik) Kemamang beb! perghhh... maott..
pendek cite, semua makanan pantai timur mmg taste gua.
heaven!
haishh, gua dah telan air liuq ni.
ok ah. mudah2an gua dapat merealisasikan impian sebelum hjg thn ni.
jom pi bercuti!
lapaq... (iklan lagi).



(gambar ihsan dr flickr sape2 tah)
* bengong. dahla lapar, lagi mau letak gambar. arghhhh!

Isnin, 2 November 2009

inilah dia...

happy anniversary to me!
setahun sudah saya bekerja di syarikat swasta ini.
alhamdulillah, so far so good.
tipulah kalau aku cakap hepi 24/7 mcm xde masalah je bile keja ni kan.
kalau datang time stress psl keje tu, mmg tahap dah nak hantar resign letter jek rasenye.
tapi, esok2 nye dah ok balik. haha..
yelah, nak resign. tp kije lain xde.
cam hape jek aku ni.
mane nak bayar duit kete? mane nak byr duit pinjaman?
dan mcm2 lagilah tanggungan.
u know what i'm sayin right?
alhamdulillah, dgn payslip yg agak2 cukup makan ni lah aku berjaya membuat loan utk beli 'baby' kesayangan aku ujung thn lepas.
tapi, saving aku masih x cukup memberangsangkan.
maksud aku disini saving utk berlibur. muahaha!
yelah, nak jugak ade year end vacation yg grand2 gitu.
makan best2 lagi, sumelah yg aku teringin tp susah nak dapat.
harap2, next year adelah kenaikan ye bos? hehe.. aminnn...
doakanlah aku murah rezeki ye kwn2.
dgn korang2 sekali aku belanja bile dpt bunus n increment nanti. hehe.. ;)

okeh, cukup psl kerja.
musim kenduri kahwin pon mule menyerang!
hehh.. tah bilela nak ade kenduri sndiri ye. haha..
pada semua kwn2 yg menjemput, mana yg sempat aku datang, aku datang.
mana yg x sempat tu, selamat pengantin baru aku ucapkan.
walaupon dah pengantin lama, tetap aku ucapkan selamat berkekalan hingga ke alam barzakh.
boleh gitu? hehe..
apesal cakap pon dh mcm nyah ni?
x kuasa ah.

ok2, aku sbnrnya nak buat review psl filim.
mcm biaselah aku ni, aseq2 psl filim jek.
x tgk filim, xdela aku update blog ni kan. lantak aku ler.
sabtu lepas aku telah membuat keputusan saat akhir untuk menonton filim ala2 dokumentari MJ's This Is It.
aku tgk secara solo, sbb waktu yg aku tgk tu adalah pagi ok.
so, aku malas nak ajak sesape kunun dgn niat taknak mengganggu-gugat ketenteraman org lain di waktu pagi, dan keputusan saat2 akhir aku itu.
aku tgk booking online dah mcm fullhouse, tp aku book jugek utk keselamatan.
w/pon seat yg aku dpt adalah sgt maut di dpn skrin.
tp, sbb communication skill aku yg power, ditambah dgn rejekik, aku berjaya jugak mendapatkan seat yg sgt selesa dan strategik dgn postur kepala/leher utk aku menghadap skrin panggung.
ditambah dgn cuace yg sgt sejuk pd pg sabtu dan suhu air-cond yg sgt rendah, aku pon memakai hoodie aku yg ala2 hiphopless itu. poyo.
layan beb. mmg layan tgk filim tu.
amaran! ini mungkin sekadar pendapat aku sbg seorang peminat sejati MJ.
so mungkin ianya subjektif bg kamu semua.
aku x kisah korang nak ckp x best, sbb mungkin bg korang biasa jek.
tp bg aku, aku puas menontonnya.
yelah, benda ni kire mcm ekslusif utk tayangan umum kan.
so, bila Ortega publish it to the audiences, aku grab peluang ni.
ada bnyk saat2 yg jarang kita nampak kat luar.
this is it.. this is the only movie which we can see his dedicated soul to his fans.
gile2 punye rehearsel beb.
certain bab mmg agak terpukau dgn gimik dan showmanship yg diberikan.
the dancers, the back-up vocals, the crews, the musicians, all have given their very best commitment to this concert.
salute.
kaki aku kdg2 bergoyang ikut menari rentak lagu Beat It dan Billy Jeans.
kepala aku kadagkala angguk2 dan geleng2 (baca: mcm tarian india).
bibir aku ikut menyanyi lagu Beat It dan Man In The Mirror.
durasinya yg agak panjang buat RM 8 yg aku belanjakan rasa sgt berbaloi.
puas aku dpt tgk semua footage.
dan kalau ada diantara korang yg mmg minat dgn MJ secara peribadi, percayalah.
anda tak akan rugi menontonnya.
walaupun adakala aku melihat MJ kelihatan spt skeleton hidup yg menari2 dan wajahnya yg agak ngeri utk dilihat, tp lagu2nya yg hits berjaya mengalih pandangan ngeri aku itu kpd sesuatu yg enjoy dan fun.

wah, poyo sungguh ulasan aku kali ni. haha...
tak kisahlah, yg penting blog aku ini dikemaskini seminggu sekali. wahaha!
okeh fellows of the ring, sekian sahaja persembahan hari ini.
jom sambung buat keje.

* bosses xde? yay! :p