Rabu, 13 Februari 2013

i'll be missing u, kak.

setelah berbulan lamanya terlantar di wad, akhirnya kak Norizan pergi jua menghadap Illahi.
kak Ijan merupakan kakak/sahabat aku di tempat kerja lama di Pej. Tanah Klang.
seriously aku sgt tersentuh bila mengetahui akan tragedi yg menimpa hidup kak Ijan ni.
dr masalah rumahtangga yg dihadapinya, sehinggalah musibah (kemalangan jalanraya) yg menimpa satu keluarganya 2 bulan yg lalu.
suami dan seorg drp anaknya meninggal dunia.
kak Ijan dan seorg anaknya survived.
tp kak Ijan parah dan koma hampir sebulan jugak.
anaknya yg masih hidup hanya cedera ringan shj.
mendengarkan kisah koma kak Ijan mmg menyayat hati.
kedua mak ayah sudah tiada disisi, hanya adik tiri yg sanggup menjaganya sepanjang berada di hospital.
tempurung kepala ditebuk sana-sini, otak dikeluarkan dan dimasukkan semula,
ya Allah, azabnya mendengar.
tp semangat kak Ijan masih kuat.
dia tetap bernafas sehingga ajal menjemputnya.
mak aku kerap jugak ziarah dia di hospital daan selalu update tentang keadaannya.
dan alhamdulillah, aku sempat juga ziarah arwah seminggu sebelum pemergiannya.
melihat keadaannya yg terbujur lemah, kaki & tangannya sejuk, tempurung kepalanya berlekuk disebelah.
ya Allah, smg Allah merahmati kak Ijan.
air mata merengek minta dikeluarkan, namun aku hanya menahan.
kak Ijan hanya temenung melihat kami.
mungkin dia sudah lupa dgn kami, tp kami x pernah lupa dgn kenangan kita kak Ijan.
gurau senda, gelak tawa kak Ijan yg penuh semangat tu takkan pernah kami lupa.
sebelum pulang, sempat aku berbisik ke telinganya.
"Irma rindu sgt dgn kak Ijan. kak Ijan jgn lupekan Irma tau. ingat Allah banyak2 ye kak. kak Ijan mmg kuat. Irma sayang kak Ijan."
sempat aku mengucup pipinya buat kali terakhir kehidupannya.
seminggu lebih selepas itu (pagi tadi), mak aku menyampaikan berita pemergian arwah.
sesunggunya drMu aku datang dan kepadaMu aku kembali, ya Allah.
kak Ijan, doa kami sentiasa bersamamu, kak.
ya, sampai bila2 pun Irma akan tetap rindu n sayang akak.
al-Fatihah.
T_T


throwback - 2008 with kak Ijan.

Tiada ulasan: