Ahad, 7 Jun 2009

paranoid android

kenapa bila mcm2 hal pelik yang terjadi, ada manusia yg akan bilang "biasalah, dunia hari ini".
kenapa nak salahkan dunia?
ok, mungkin konteks 'dunia' itu agak luas, bukan 'bumi' yg dimaksudkan, tapi 'situasi' secara umum.
aku tak rasa 'dunia' atau pun 'situasi' yg patut disalahkan jika berlaku perkara pelik2 sekarang ini.
tetapi, MANUSIA itu sendiri.
manusia itu sendiri punya pilihan, bukan?
jadi tak perlulah menyalahkan 'dunia' atau pun 'situasi' ketika itu.
hati terdetik menulis perkara ini sejak terbaca berbagai2 berita yg di luar akal kemanusiaan.
yang terbaru, aku terbaca di salah sebuah akhbar tabloid paling popular di Malaysia tentang seorang atuk yg mengajak rakan2nya merogol cucunya yg hanya berusia 5 tahun!
itu sepenuhnya gila!
kalau syaitan aku x kisah, tapi ini MANUSIA!
dimana letaknya nilai dan darjat seorang manusia skrg ini?
aku semakin tidak faham dgn pemikiran manusia skrg ini.
seolah2 semuanya biasa sahaja.
walhal, semuanya sudah berada di luar kawalan!
ya, kadang2 kita tak sedar semua ini.
kenapa cuaca semakin panas?
kenapa banyak berlakunya bencana alam?
kenapa banyak bangunan runtuh?
kenapa begitu begini?
terfikirkah kita?
mungkin kita sudah semakin jauh dariNya.
bila kali terakhir kita bermuhasabah?
hmm, aku rasa ini semua 'reminder' drp Tuhan utk kita,
atas apa yg telah kita lakukan atas muka bumi ini.
aku takut.
kamu?

salam kedamaian utk semua manusia sejagat.
wallahu'alam.

3 ulasan:

GreenApple berkata...

hoh.. tatoot~

Shai Kamarudin berkata...

datuk tu mmg patut dipotong semua benda yg berjuntaian

emang manang berkata...

apple: kan?

shai: ya, dipotong2 semuanya lalu diberi makan hanjeng2 di tepi parit. depa mmg luar dr gila!