Isnin, 15 Jun 2009

the inner soul

hari-hari aku bekerja adalah hari yg sgt normal. ada juga hari2 kerja yg diluar normal, tapi bagi aku x cukup utk buat aku rasa bebas yang gembira. kerja, what do you expect? apapun, aku bersyukur sbb dpt peluang bekerja selagi hidup. apa yg ingin aku kongsikan disini ialah bila hari-hari yg boleh buat anda gembira dgn bebasnya dan bebas dgn gembiranya. aku suka hujung minggu. sabtu terutamanya. jiwa ini semacam tenang bile berada dirumah. dapat lakukan apa-apa yg patut, walaupun sekadar mencuci seluar kecil. haha.. waktu yg aku paling suka adalah waktu bersosial bersama rakan-rakan & keluarga. aku suka waktu-waktu kualiti spt itu. dan aku akan gunakan sehabisnya utk berkongsi rasa dan lakukan aktiviti-aktiviti kegemaran bersama. aku rasa perkara seperti inilah yang aku cari setelah seminggu lelah bekerja.

sehingga pertengahan tahun ini, aku rasa ruang-ruang yg dahulunya seringkali kosong telah banyak diisi dgn perkara-perkara yg manis dan akan selalu aku kenang. pernah tak kamu rasa gembira sgt2 pada satu-satu masa bersama rakan/keluarg tersyg? aku rasa seperti bebas terbang ke udara sambil mendepakan tgn dan menari-nari makyong. haha.. aku akan senyum sendirian. rasa seperti ingin aku berhentikan saat itu untuk rasa sampai bila-bila. tapi, masa berjalan. semua hanya akan menjadi memori terindah dlm salah satu babak kehidupan kita. sebenarnya, aku ingin kamu semua rasa, amati, & hargai semua orang yg berada di keliling kamu dan yg dekat dlm hati kamu. sbb, waktu semakin singkat untuk mengizinkan kita bersama. oh, kenapakah aku berbunyi sedih secara tiba-tiba? bukan ini yg aku mahukan. aku cuma ingin mengungkit kembali kenangan-kenangan terindah bersama semua orang yg aku sayang. sejauh mana kamu mengambil berat antara satu sama lain dan waktu-waktu yg diisi bersama. sgt indah bila terkenang kembali. dan aku sgt berharap, yang manis-manis akan terus hadir dlm episod hidup aku yg akan dtg. *smiling*

analogi minggu ini (versi ema tomsen);

isnin - jumaat adalah lebuhraya.
sahabat/keluarga adalah waterfalls yang dingin lagi indah di kiri dan kanan lebuhraya.
dan aku sgt gembira dpt singgah ke waterfalls untuk bermandi-manda dan bergelak-ketawa.
begitulah seterusnya...

terima kasih kerna sudi hadir menjadi sebahagian drp hidup aku.
spread the love bebeh! :)

* tibe2 je gua jd jiwang mambang. ceh.

Tiada ulasan: