Jumaat, 6 Mac 2009

separa serius

jari-jemari berkedut2. kecut dimamah penghawa dingin. kdg terfikir, mcm teringin pulak nak pegi istana negara esok, dgr talk dr para bangsawan. hmm.. azam saja, aksinya entah ya entah tidak. kadang terfikir juge, Malaysia ni terkenal dgn keindahan pantainya, keruh politiknya, hebat bulinya, cantik bahasanya, dan macam2 perkara lagi yg hebat dan semestinya semua 'boleh'! kadang terfikir juge, aku mengakui diri ini patriotis. tp kenalkah siapa gerangan potret di wang kertas kita? hmm..

sering juge aku motivate diri sendiri hari2. tp kdg naik muak jugak. sbb, perubahannya hanya sementara saje. dlm minda teringin bikin itu dan ini. yg tercapai hanya 5% shj. tp, adakalanya juga bersifat berani mati. jika mahu yg itu, sepantas kilat aku dapatkan/kerjakan. umur semakin menginjak, bukan makin berkurang. makcik2, sedare2 pulak yg makin risau dgn status diri aku. haihh.. tenang makcik2ku sekalian. aku ok aje. haha...

jiwa rasa tenang bila duduk di rumah. goreng telur hancur, bancuh Oligo Cafe, tonton Astro, cuci longkang, kasi kuceng mkn, basuh kereta, tenung rumput dan berfotografi. menarik kan hidup aku? aktiviti sosial mungkin sebulan sekali shj bersama rakan2. (tidak termasuk di pejabat). pernah saja hampir setengah tahun tidak berlibur bersama teman2 rapat. tp itu juga nikmat, sbb kami bisa mengumpul cherita2. sekali berjumpa, bahagia sungguh rasa itu :)

ahh, kepala aku pusing kembali. semalam saja aku sudah tidur hampir 12 jam selepas pulang dr kerja. aku igt sudah sembuh, tp masih bersisa. aku mahu elak dr telan pil hilang sakit kepala, atau lebih dikenali oleh orang2 kita sejak dahulu, Panadol. ya, semacam Colgate, Pampers, Planta, atau sebagainya yg mmg mudah diingati dr benda asalnya itu sendiri. walhal, semua itu hanyalah jenama semata. apa yg aku merepek ini? apa2 sajalah. baiklah, aku mau lelap sebentar.
selamat berhujung minggu semuanya... ilalliqa'.

* adik aku cuti pulang ke rumah. yey.

Tiada ulasan: