Khamis, 19 Mac 2009

john doe vs jane doe

tergerak nak cari siapa itu John Doe. sekali keluar kat sini sgl penerangan mengenai gelaran itu. di bwh sekali terdapat senarai nama/gelaran utk si anonimous yg sering digunakan di beberapa negara. di Malaysia tercatit begini:

Malaysia
Bo lang, Ali, Abu, Ahmad, Ah Meng, Ah Kau, Mutu, Siti

musykil jugak dgn gelaran 'Bo Lang' itu. x pernah dgr la pulak. Bang Lang penah lah, tp itu lebih kpd gelaran spesifik kpd adik-beradik (lelaki) yg nombor 3. hmm, mungkin utk kaum India? atau Cina? kpd yg lebih tahu, tlg kongsi bersama. utk nama2 spt Ali, Abu, Ahmad, Ah Meng, Ah Kau, Mutu & Siti mmg sudah biasa kita dgr/gunakan. lebih2 lg utk sesebuah cerita rekaan, masyarakat kita lebih gemar menggunakan nama2 tersebut kerana mudah disebut dan pendek, berbanding Zulkarnain, Sharifuzan, Tengku Shahrul Tengku Izam, Megat Junid, Koh Bin Suat, Selvanathan, dan banyak lg contoh2 nama yg panjang. tapi, aku juga musykil. kenapa tidak diletak disitu 'MAMAT' dan 'MINAH'? bagi aku, nama2 tersebut lebih kerap digunakan utk merujuk kpd si anonimous. cth. ayat:
"ada satu Mamat ni, aku nampak dia selalu pergi kedai Magnum 4D."
"Minah ni pun satu, kalau suka cakaplah suka. boleh aku masuk meminang."
jadi disini, aku berpendapat bahawa nama Mamat & Minah haruslah dimasukkan ke dlm senarai nama2 tersebut. oh ya, ejaan utk nama Mutu juga bagi aku adalah kurang tepat, mungkin lebih kerap kita lihat kaum India menggunakan ejaan 'Muthu'. sbb mutu itu juga merujuk kepada salah satu perkataan Bahasa Melayu yg bermaksud kualiti dsb. cth. slogan Dunhill kalau x silap aku, "Gaya, Mutu, Keunggulan". sengaja aku tekankan ejaan yg sebenar supaya anak2 kita tidak terkeliru dgn penggunaan perkataan/nama tersebut, kerana itu boleh membawa kpd persoalan spt, adakah uncle Muthu itu berMutu? hahh, siapa nak jawab?

baiklah, tamat sudah pembelajaran kita hari ini. but, who's gonna be my John Doe? hehh...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tulah, sepatutnya mamat n minah la, sebab tu mcm standard name calling John Doe-ishness...

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ berkata...

yerp.

oh btw, thanx la sbb kau selalu jugek singgah n komen blog aku yg 'sunyi' ni. haha.. serius beb, thanx a lot. :)