Jejaka-jejaka di Malaysia cukup ramai yang berwibawa, kacak, baik, berketrampilan, berpendidikan dan datang dari keluarga baik-baik dan mengapa mereka tidak menjadi pilihan gadis-gadis sunti ini? Memang sukar untuk menjawab secara tepat kerana apa yang boleh dijawab hanyalah meneka dalam kesamaran.
Pada pandangan penulis, kesanggupan gadis-gadis ini mengikut jejaka Indonesia khususnya Lombok kerana sebab- sebab berikut:
- Terpesona dengan godaan dan ketahanan jejaka Lombok dalam aspek mengurat dan menggoda si gadis tidak kira siang atau malam, panas dan hujan malah sanggup bertenggek di kawasan kediaman dan di laluan gadis-gadis ini ke sekolah. Jika teruna Lombok berjaya membawa pulang gadis-gadis sunti dan ayu Malaysia ke kampung halaman mereka, difahamkan si lelaki itu dianggap jaguhan Lombok. Jadi gadis yang tiada pengalaman dan masih bawah umur ini akhirnya tergoda dengan keazaman si jejaka dan akhirnya dengan rela hati mengikut kekasih hati mereka. (haha. kirenye powerla gadis2 Malaysia ni ek? adoiyai..)
- Kurangnya kawalan keluarga dan percaya kepada anak gadis yang disangkakan tidak akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan ibu bapa.
- Terlalu dimanjakan sehingga anak- anak gadis ini sering inginkan sentiasa ditatang dengan kasih sayang, secara kebetulan jejaka-jejaka luar dilihat mampu memberi kasih sayang hanya semata- mata untuk mendapatkan gadis pujaan mereka.
- Unsur-unsur faktor X yang tidak dapat dikenal pasti kerana tiada kajian yang dibuat mengenai kisah-kisah ini bagi mengukuhkan data dan persepsi masyarakat mengenai aliran pelarian gadis Malaysia ke Lombok.
sumber: utusan
aku sbnrnye x kisah pon gadis2 ni nak pilih sape yg diorg nak sbg pasangan hidup. tp jgnla smpai lupe mak bapak. haih, macam2 karenah manusia skrg nih. hmm..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan