salam everyone! :)
malas+sibuk punye pasal, seminggu jugek aku x posting kat sini. idea tuh kdg2 ada, tp beban kerja dan keletihan melampau menyebabkan diri ini lebih tergoda utk tidur dan merehatkan diri. ewahh.. Alhamdulillah kerja dah setel utk mane yg perlu buat masa ni. well, kerja mmg xkan pernah habis right? makan gaji beb. mcm ni lah rutinnya seharian. bulan puasa ni mmg x larat ah nak bukak P.C. kat umah memalam. faham2lah bila dah lepas waktu berbuka, buat aktiviti sikit, penat, terus tertidur. nasib baik mlm tadi sempat tgk abg Qushairi ku dlm Destinasi Bajet (8TV). huhu.. he's cute. sempoiiii~ :D
owhh, bila bercakap pasal Ramadhan ni, mcm2 kenangan terlintas zaman aku kanak2. (ceh! kunun ala2 artikel pengalaman artis2 berpuasa di zaman kanak2 la tuh. mcm majalah Mangga dan URTV la plak. haha!) mcm x sangka jek, darjah 2 aku dah belajar puasa penuh. huhu.. mase tu bangge jek rase. ye ah, member2 ramai yg slumber mkn aiskrim dpn aku, aku bleh rilek jek. bajet kuat iman ah tu. muahaha! mmg pon. chet! hu2.. tp mmg betol la, zaman kanak2 lah yg paling mudah dibentuk. ckp ape je kite ikut. sbb tu lah kalau boleh jgn sekali2 tercarut atau mencarut dpn diorg ni. bahaya tau. sampai bila2 diorg akan igt words yg tak sepatutnya diorg dgr. isk2... igt ye kwn2. kita semua pon akan ada anak satu hari nnt (insyaallah), asuhlah anak2 kita dgn didikan yg baik. ewahh! ehmm, serius. kalau akar dah rosak, apatah lagi buahnya nnt? sbb, kadangkala akar yg baik juga boleh terhasilkan buah yg rosak, apatah lg akar yg rosak? ape daa struktur ayat aku nih. ampun. hehh..
berbalik dgn experience berpuasa zaman kanak2 dahulu, aku pon selalu jugak curi2 tulang di tghari. hu2.. nakal sikit je lah. darjah 4 ke 5, aku dah start curi2 minum air lps balik sekolah. perghhh, panas tuh. mana tahan. balik2 je, tgk kat dapur ade botol Mirinda strawberry berisi air gas berwarna merah yg masih sejuk. cheh! sgt tempting ok. owhh, kebetulan masa tuh mmg tgh addicted dgn air berkarbonat perisa strawberry, apa lagi. pandang kiri kanan takde orang, wassalamu... haha! selamat dah beb. pastu bila nenek yg jaga aku tu dtg, aku pon buat2la muke penat+seposen+lemah+tidak bermaya+naif itu. muahaha! bereh boh! yg tak tahan tuh, buka puasa bagai nak rak. tak tau yg tghari nya dah balun air stroberi setengah botol. ampun mak. hehe.. genap hjg bulan jek, dapatlah duit RM 30 dr ayah sbb puasa penuh. keji sungguh perbuatanku dikala itu. ampun ayah. ;) bebudak....
beberapa tahun kemudian, aku berada di boarding school plak. sekolah agama tuh. huhu.. pengalaman berpuasa zaman sekolah agak menginsafkan sebenarnya. ecehh.. yelah, mane nak dpt suasana makan beramai2, solat berjema'ah utk Fardhu dan Sunat, puasa dlm keadaan panas terik dan bertadarus beramai2. such an experience yg tak boleh dibeli kat mana2. rasa bertuah sgt puasa kat sekolah tu. Alhamdulillah, makanan pon bolehla tahan, senang cerita semuanya lengkap. dari sahur sampailah ke morekh. aku rindukan saat2 itu sebenarnya :) tiba2 tersenyum sendiri. teringat pulak kat kawan2 lama. hmm.. syahdula pulak. wah! tp mmg seronok la puasa kat asrama. rohani dan jasmani kita sama2 kenyang. tarawikh confirm tak pernah missed. skarang? huhu... lu fikirlah sendiri. :) tapi, ada satu hari ni, mmg aku tak larat sangat2. badan rasa longlai semacam berbanding hari2 lain. terik mentari sgtla menduga keimanan aku yg lemah ni. sampai je aku ke musolla utk bersolat Zuhur, aku terus ambil wudhu'. tanpa berfikir panjang, waktu kumur2 tu, aku telan air paip dgn sengaja. perghh.. nikmat sungguh rasanya. mcm air sky-juice yg baru keluar dr fridge pulak aku rasa. sgt menyegarkan... hari tu je lah yg aku ponteng puasa rasanya. lps tuh rasa insaf pulak. hehh.. lain2 kejadian yg berlaku masa bln puasa pon cuma hidung berdarah jek. dulu mmg kerap hidung aku berdarah. faktor cuaca barangkali. Alhamdulillah, skrg dah xde lg.
hmm, tu baru sebahagian je pengalaman ponteng puasa. yg lain2 bab, main bunga api, merchun, bazaar, shopping, tidur petang, lalalalaaa aku skip jek. malas pulak nak taip panjang2. (x sedar sbnrnya dh pjg pon nih. :p) okies dokies, hope Ramadhan kali ini akan membawa seribu satu pengertian dlm hidup kita sbg hambaNya yg dhaif. bersyukurlah kita hari2 dgn apa yg kita ada, muhasabah sblm tidur, bersedeqah, mengaji al-Furqan dan aktiviti2 yg mendatangkan keredhaaNya. Insyaallah. sekadar mengingati diri sendiri yg sering alpa dalam keasyikan duniawi. wallahu'alam.. :)
* teringat restoran Insaf kat Jalan T.A.R la plak. huhu..
10 ulasan:
beb.. jum plan buka posa sesama2.. byk story nak citer nie..
okeh, anytime beb. tp wikend je la ek :)
aku ingat, tak pnah sahur kat DM. org kate sayur dia macam jus sayur eyh? Yuckek...
"Alhamdulillah, makanan pon bolehla tahan, senang cerita semuanya lengkap. dari sahur sampailah ke morekh.."
boleh tahan? adeh.. DM = makanan kurang zat..
sbb tu aku kurang zat smpai skrg.. tak beso2 dah..
~ presiden anti-kari
ayoyo! haha! bagi aku okla jugek. not bad hape. muahaha! ok2, except the curry. OMG, ilang selera ok. tp setau aku bln pose xde menu kari ikan tu kot. topik aku skrg ni bln pose tau. bkn bln2 lain. hehh.. :p shai, aku pon jarang sahur kt DM. x larat aku nk b'jln pepagi bute. hu2..
hahaha...eik irma.. kite mendaftar kat sekolah tu kan hari pertama puase... tanggal 21/01/1996...bersamaan 1 ramadhan...
woww! fiza, x sangke ko pon igt akan tarikh itu. wuhuhu! :D sebab tulah kite sedorm dan sekatil. hik2..
sungguh aku macam x penah rase je lauk pauk sahur tu..
ape ke rasenye eh?
sedap ke yanty?
hoho. aku jarang pegila ngah. aku pn da lupe rasenye enak ke tak. huhu.. ala ngah, zaman serama dulu kalu dh lapa sume telan jek. tol x?
aku bgn sahur bleh kira kot sepanjang dok skolah tu.. same goes to breakfast.. tak lalu ok mkn awal pagi ni.. (ekceli malas bgn awal.. sbb tu aku suka eksesais lompat bintang ngan masitah kt gate serama tiap2 pagi)..
Catat Ulasan