Jumaat: ya, aku hepi. sbb adek aku pulang dr Terengganu. hepi sgt2. sampai 1 family sanggup ambik die kat stesen komuter Klang. rambut dh makin pendek, bajet smart ah tuh. haha! mmg pon. hehh... pastu beli brg2 kuih raya lagi di Pasaraya Kampung Jawa. fasa kedua punya kuih plak. kali ni mak pulak jd head chef. woohoo!
Sabtu: pagi, kami semua bergotong-royong mengemas laman rumah. angkat pasu itu dan ini. hoohh, sengal badan. seb baek x pose, hehh.. :p selamber kodok aku jek gogok ayaq F&N hijau dlm botol. xpe, depa x nampak pon. kemudian, aku kemas bilik sndiri plak. basah ketiak aku dibuatnya. bile sume dh setel, gembira dan legaaa...
petang, kami plan nak buka di luar pulak. ya, puasa yg hampir sebulan ini, kami x pernah lg berbuka puasa di luar. mak teringin benar ke Banting pekena Nasi Lemak Kepak Pak Me. kami terlambat keluar ptg tu, maka kami berbuka di Desawira saje. then terus ke Banting utk memulakan misi jalan2-sambil-melihat-suasana-shopping-di-Banting-pd-mlm-minggu. peh, pjg pulak misi. ayah membeli pelita berdozen dll, mak membeli peralatan kuih semprit yg baru dll, adik & aku jd tukang pikul. kemudian, kami meneruskan misi kami mencari warung Pak Me yg dh bertukar lokasi itu. akhirnya, jumpa. adik & mak siap order nasik tambah. mengidam betul katanya. kesudahannya, mlm itu kami semua bahagia. sbb semua dpt apa yg mereka mahu. aku bahagia sbb semuanya masih ada di sekeliling aku :)
Ahad: tghari, adik temankan aku survey bakal tmpt kerja baru aku. oops, ter'reveal' plak. insyaallah... somewhere in Damansara. aku yg bengong2 drive motokar menjadi igt2 lupa. cehh! aku marah dgn diri sndiri. kami sesat. adik mencadangkan aku utk pulang shj. kami ke Sunway Pyramid. adik ingin mencari brg keperluannya. aku temankan saje. oh ye, sandal idaman aku belom terjumpa lg. aku letih. sewaktu pulang, kami singgah di pasar Ramadhan Shah Alam. ah, manisan xde lgsung. mak pesan, beli sekadar yg perlu. kepala pusing waktu balik. letih..
malam, mak dah sediakan semua bhn2 kuih. resepi mlm itu, semprit, biskut arab & biskut kismis. semuanya kuih2 jmn dahulu. mak suka akan kuih2 itu. aku ditugaskan utk membakarnya shj. biskut arab, mmg favourite aku sejak kecil. haruman minyak sapinya ketika dibakar, sgt2 mengujakan. mmg letih aku mlm itu. jam 12 lebih baru aku tidur. letih yg seronok :)
dlm seminggu ini, aku harap Tuhan panjangkan kegembiraan utk aku. aku sgt2 perlukan quality moment ini. aku suka bila semua ahli keluarga berkumpul. aku suka melihat semua bergelak-ketawa. aku suka melihat orang2 tua tersenyum. Ya Allah, berkatilah EidulFitr aku tahun ini. amiinnn :)
* jgn lupa sedeqahkan Yaasin, al-Fatihah dan doa kpd mereka yg telah tiada.
3 ulasan:
wohoo... turn ko lak tukar tmpt kerja?? dapat mana ehh?
oh, ko akan keje di damansara? makin dekatla kite nampaknye.. ahaks
eva: insyaallah aku akan bertugas di IWK. ala kat sebelah imigresen tu. tp surat je x dpt lg. hu2..
shai: hehh, yg dekat kite mesra2kan. mesraaa~ :p
Catat Ulasan