Jumaat, 30 Disember 2011

it's a wrap!

2011, satu perjalanan yg penuh dgn suka dan duka.
Ingin aku kongsi bersama beberapa perisitiwa penting yg terjadi dlm hidup aku pada tahun ini.
(kronologi peristiwa2 berikut tidak mengikut susunan waktu).

Kisah suka.

1. aku dan suami dikhabarkan berita gembira mengenai kehamilanku pd awal Januari 2011. Alhamdulillah, aku tidak mengalami sebarang alahan yg teruk sepanjang trimester pertama. Cuma keletihan pd waktu ptg dan kaki yg sering membengkak sejak awal hingga akhir kehamilan. Sesungguhnya ini adalah antara pengalaman yg sgt berharga bagiku sbg seorang wanita.

2. mendapat increment dan sedikit elaun utk gaji tahun ini. Alhamdulillah, rezeki anak dlm kandungan.

3. suami tersayang naik pangkat, tp kena pindah tempat kerja jauh sikit. Takpelah, janji naik gaji. Huhu..

4. emak, ayah dan nenek (belah ayah) dpt panggilan haji thn ni. Alhamdulillah, tercapai jugak impian nenek aku utk jejak ke tanah suci.

5. adik ipar juga dikhabarkan hamil anak pertama, saing dgnku. Jarak lewat sebulan lebih dariku. Anak buahku telah dilahirkan pd bulan 10. Jadi, cucu ibu mertuaku telah bertambah menjadi 6 semuanya. Tahniah mak!

6. adik beli kereta baru (ni pon nak letak ke?) ahaha…

7. pergi berbulan madu ke Lumut, di Swiss Garden Resort n Spa, Perak.

8. tanggal 24 Ogos 2011, tepat jam 1232 pm anak perempuanku, Helwa selamat dilahirkan secara normal di Hospital Besar TAR, Klang. Ini adalah antara peristiwa paling bermakna pd thn ini dan sepanjang hidup aku. Cubalah beranak korang. Hehe…

9. dapat bonus tahunan drp company. Alhamdulillah, rezeki anak lagi.

10. beberapa rakan karibku telah menamatkan zaman bujang masing2. Antaranya, Nik Adila, Nur Musfirah, Siti Rohayu, Malina dan mungkin beberapa lagi yg mungkin terlepas pandang. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga.

11. selamat menjalankan ibadah aqiqah anak perempuanku di Makkatul Mukorramah. Mak n ayah yg tlg buatkan disana. Alhamdulillah..

12. ayah dah jual kereta Kembara emak, dan menggantikannya dgn sebuat kereta kodok @ Volkswagen lama berwarna putih.

13. nenek aku (belah mak) telah mendapat ramai cicit pd thn ini. anak Ewin, anak Kak Fiza, anak Jelan, anak Jojoi, dan anak Yanty. Haha.. tahniah nenek!

14. aku dah terer masak mcm2. Contohnye, rendang, kuah kacang, segala jenis gulai, ciskek, donut, nasi lemak dan rebus daging. Haha…

Kisah duka.

1. motosikal kesayangan suamiku telah dicuri di dalam kawasan pejabatnya. Damn u pencuri!

2. kereta aku kehabisan bateri di dalam kawasan parkir pejabat. 2 kali beb! Ujian sewaktu mengandung pulak tu.

3. tayar kereta pancit sewaktu perjalanan ke ofis. Peristiwa berlaku sewaktu aku hamil 8 bulan. Terima kasih kpd sahabat2 yg membantu ketika itu.

4. aku telah kehilangan nenek @ embah kesayangan (belah ayah) sewaktu tiba di Jeddah ketika hendak menunaikan haji. Serius, ini antara kehilangan yg paling mengejutkan dlm keluarga aku. Suamiku juga telah kehilangan pakcik tersayang, yg kami panggil Wak Chin kerana menghidap kanser. Al-Fatihah.

itu je yg dpt aku recall balik.
maklumlah, sejak lps beranak ni semakin cpt lupe.
urat2 putus!
haha...
oklah bebeh, selamat menyambut tahun baru masihi.
adios!

Tiada ulasan: