Jumaat, 14 Januari 2011

tag makang!

Survey fasal makanan. My most favourite kind of tagging game. Ahahahaha << copy je ayat Shai. kene saman gak ke? ahahaha! :P

1. namakan 3 makanan yang korang paling suka dan bagi spesifik nama makanan tersebut dan da way u like it
i) Nasi Kerabu dgn ayam bakar dekat gerai tepi jalan ke Batu Rakit, Terengganu. deym!
ii) segala jenis roti/kek dan carrot cake with frosting cheese
iii) Sushi belut dan salmon dan bento sayur2an diselaputi tempura dan tempanyaki dan ramen dan dan dan... haha...

2. jenis air apa yang korang paling suka?
start dgn yg biasa2 dulu then baru up sket. haha.. air suam, air milo, teh o panas, ice lemon tea, fresh orange, sarsaparilla, kelapa + aiskrim blended, chocolate blended with caramel Kenny Rogers, epal kasturi Secret Recipe dan Kafe 2 Musim.

3. which type of food yang korang paling prefer? pilih 3 : malay, chinese, japanese, western, italian, mexican or arabian?
i) aku rangkumkan semuanya sekalilah. Malaysian food. boleh? sbb aku suke semua jenis masakan etnik negara ni.
ii) Western/Italian
iii) Japanese

4. apa makanan yang korang paling expert masak? dalam kata lain takyah tengok resipi tapi at da same time bila orang lain rasa orang lain akan kata..."wah, sedap gila~!!"
i) Nasi Goreng Kampung dan semua jenis nasi goreng. mmg mabeles ah. hahaha! :P
ii) kek coklat kukus dan kek oren.
iii) sosej/sardin roti roll.
iv) terung berlado.
v) sandwich tuna + jagung.
vi) telur dadar resepi arwah atuk (tumbuk bawang kecik+cili api+sikit belacan dan gaulkan dgn telur sebelum digoreng) makan dgn nasik panas. perghhh!


5. semahal mana korang bayar makanan korang?
paling mahal dekat Tony Romas kot, sbb aku kene belanja makan. haha... 1 pinggan steak dlm RM40++. 2 org makan dah berapa? campur air dan tax lagik? seb baik sodap. tp laki aku x habes2 ckp, "x membazir ke?" haha..

6. beri nama restoren feveret. apa nama makanan paling sedap kat situ.
i) Restoran Ali Maju, PBD. nasi goreng kampung terbaik dan kubis bunga goreng yg sedap!
ii) Hafiz Tomyam, Kg. Jawa. Ikan 3 rasa paling mabeles aku pernah makan. oh, fresh orange yg sedap juge.
iii) lupe nama restoran, depan Petronas Kg. Jawa. pelbagai pilihan menu belut yg sedap lagi menyelerakan. haha... ada berani?
iv) Nasi kukus kat bandar Kuantan. aku lupe nama restorannya.
v) Sata di Aziz Satar, Kemaman, Terengganu.
vi) Roti Tempayan, Mee Goreng Basah Wak Sarip di Emporium Makan, dpn Pasar Jawa Klang, mmg terbaik!
vii) soya gula merah Petronas Kg. Jawa. ohh, menyegarkan...
x) nasi lemak kepak Pak Mi, Banting. sambal tumis n kepak ayam berempah power!
xi) lontong dan mihun sup depan Dewan Melayu Klang. windunyerr...
xii) rojak Jainal Abudin kat depan Petronas TTDI. bolela tahan sedap kuahnya. sotong dan kentangnye... ohhh.. banyak dan lembut! makan bawah pokok ditiup angin sepoi2 bahasa. ciss!

7. ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak2, landak, ayam denak, mana satu yang korang suka? kalo ada lain yang korang suka aku tak list korang bitau jelah.
ayam dan kerbau. tah, aku suke dua2 daging tu. cambes. haha...

8. restoren/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. dan makan minum apa? kalo korang ingatla..
kafe kat Tmn Pertanian Bukit Cerakah. haha.. dia makan mi kari, aku minum air oren Twister je.

9. apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang. kenapa?
lambchop, sbb dia hantu kambing!

10. kalo korang pergi rumah orang, korang harap tuan rumah tu hidang apa?
nasik berlauk-pauk kampung dan desert yg menggiurkan.

11. makanan yang korang tak boleh telan langsung..samada tak sedap or tekak korang dah kembang..
di kala ini, sgt banyak. salah satunye, makanan bergoreng.

12. menu raya paling disukai?
kuah kacang, daging masak kicap dan ayam masak merah!

13. jajan or cekedis feveret?
twisties keju, mr. potato perisa asli, bebola beras manis, kerepek pisang, Rocky stroberi, mr. chips perisa jagung asli.

14. beri 2 makanan yang emak korang masak korang suka.
aduhh, sume pon best. tp my top would be sambal sardin, daging palembang dan sambal goreng jawa.

15. makanan paling pedas korang makan..sapa masak?
sambal tahun yg dimasak oleh nenek sedare saya di Sabak Bernam. waduh2, terangkat!

16. kalo korang jumpa orang yang tag ni apa yang korang nak beli/belanja?
sape org ni? x kenal pon? haha... sky juice sudehh..

1 ulasan:

shai berkata...

pehh kalau bab makan, laju je ko main tag ni. hahahahaha.

hooo dating bukit cherakah tuuuu