okay, aku bukanlah org yg master dlm bab muzik dan lagu. tapi, aku adalah antara orang yang menghargai sesuatu karya yang sedap didengar, khususnya pada telinga sendiri. jadi, entri kali ini aku akan senaraikan beberapa buah lagu atau muzik yang 'selamanya hijau' dlm jiwa aku setiap kali aku mendengarnya. aku juga akan memberi penerangan yang agak spesifik berkenaan memori atau perasaan yang terlintas dlm jiwa/minda aku mengikut lagu2 tersebut. oh ya, utk kali pertama ini, aku hanya akan menjurus ke arah muzik/lagu2 melayu dahulu.
1. Fenomena - Search
- Search antara favourite band aku kat Asia ni. igt tu, Asia. bkn Malaysia je. aku rasa kat Indonesia kalau ditanya sampai skrg, band Malaysia mana yg kamu tahu, pasti mereka masih menjawab Search! ya, itu realitinya. walaupon kalau korang nak tahu, Search tu mula famous kat sana since tahun 1980'an lg. siapa yg tak ingat dgn filem Isabella? (yg bagi aku mcm hape jek si Amy tu berlakon. haha!) even Slank pon ckp idola diorg adalah Search. so, aku rasa Search lah yg bawak muzik rock kapak/kangkang or whatever lah yg diorg gelarkan di sana selain drp Sheila Majid dan Dato' Siti Nurhalizah. ok, aku dh lari topik ni. bercakap psl lagu Fenomena, aku suka susunan muzik dan emosi yg terdapat dlm lagu ni. M. Nasir, siapa dpt sangkal dgn kehebatan pencipta lagu ni? setiap kali aku dgr mesti aku teringat akak Ramona Rahman dlm filem Fenomena. filem ini adalah filem melayu pertama yg aku tonton di panggung Rex awal thn 90'an dulu2 dgn ayah aku. aku mmg layan cerita2 mcm ni. mungkin ada yg bosan dgn cerita jenis ni, tp bg aku, nilai artistik melayu ada dlm cerita ni. walaupon heroin nye bukan melayu tulen. aku selalu terbayang suasana dlm panggung masa tu, time Ramona Rahman sakit waktu hujung lagu ni, dan paling x dpt aku lupa scene R.R. tgh mandi bunga sambil diiringi lagu Ulek Mayang dan diintai oleh M. Nasir. haha... dem, lagu ni mmg banyak mengimbas kenangan masa kecik2.. :)
2. Nur Nilam Sari - Search feat Awie
- waktu ni Amy bergerak solo. jadi, Awie telah dijemput utk menyanyi lagu ni bersama Search. oh Tuhan, lagu ni sgt2 mengingatkan aku pada hujung tahun 1998 (form 3 di SMKAKS lps PMR sgt menyeronokkan.) zaman aku belajar di sekolah menengah mmg banyak sgt kenangan terindah. aku suka tahun 1998! sangat2! hu2... persekitaran, kawan2, suasana, tahlah, mmg sgt syok. tp waktu lagu ni keluar dh nak dekat hujung2 tahun, so aku banyak layan lagu ni time cuti sekolah dekat rumah. aku masih ingat, banyak couple2 (aku excluded ok? haha) yg suka jadikan lagu ni lagu kebangsaan diorg. kononnya.. si balaks akan dedicate lagu ni khas utk si aweks. kononnn... haha... remaja dude. dan aku pernah try request lagu ni banyak kali kat radio. masa tu tgh gila layan Era dan RFM. selalu hantar permintaan lagu ni. tak taulah diorg main ke tak kan. sebab dh terlampau banyak. hehe... lagu ni ada feel dia tersendiri yg buat aku terbuai2 sambil menari mcm akak Nasha Aziz dlm VC lagu ni. owhh.... i miss that moment.. hu2... oh ya, selalu jugek pilih lagu ni utk dijahanamkan di pusat2 karaoke terpilih. haha!
3. Belaian Jiwa - Innuendo
- the only cover song yg aku suka drp artis Malaysia. suara? mmg mantap! mellow jek dgr. diorg ni lah sifu V.E. lagu ni keluar sekitar tahun 1997. perkara paling diingati, tiap kali pulang dr asrama bukak channel ntv7, tgk video2 clip sampai lebam bijik mata. owhh... rindunya saat itu. selain drp lagu yg telah di'remake' dgn mantap sekali, klip video nya juga sgt hebat! Innuendo mmg sgt brilliant time tuh. kudos for them for making the song sounds so fantastic.
4. Realiti dan Fantasi - Crossfire
- bila lagi wa nak layan jiwang karat beb? haha! okeh, first time layan lagu ni pon bukannya zaman mude remaja. tapi dah tua bangke! haha. lagu ni famous zaman2 lagu SYJ, Sofea dll. tp aku start minat tahun 2006. waktu tu tgh hangat2nya merasai nikmat cinta. ewah! :p adik aku yg kenalkan lagu ni kat aku, dan aku sgt menyukainya. terima kasih adik. hehe..
5. Nak Dara Rindu - P. Ramlee
- pada awalnya merasakan lagu ini tersangatlah slow dan membosankan. tetapi setelah diperdengarkan semula selepas beberapa tahun menonton cerita Bujang Lapok, aku rasa, sedaplah pulak lagu ni. the music, the lyrics, the soul, pehhh takdak sapa2 leh lawan the taiko beb. mesti terbayang imej bulan, pokok kelapa dan Sudin yg tgh tercarik2 botol utk memanggil Jeton keluar dating. Ajis rilek je isap rokok daun. hu2... senang cite, mmg best ah lagu ni.
6. Bonda - M. Nasir
- aku teringat Malaysia Hari Ini, TV3 awal tahun 1990an. sbb, waktu tu banyak kali diorang mainkan video clip utk lagu ni, walaupun bukan yg penyanyi asal buat. TV3 akan ambil mana2 klip yg berkaitan dgn suasana keibuan (betul ke ayat aku ni?) atau apa2 yg berkaitan dgn imej seorang bonda. aku suka sgt lagu ni. tenang jek dgr. and very meaningful. dan aku masih ingat aku banyak belajar perkataan2 melayu yg baru. dan aku akan masukkan words tu dlm karangan2 aku. huhu.. terima kasih M. Nasir! :)
baiklah, setakat ini dahulu yg sempat terlintas di minda aku saat ini. banyak lagi sebenarnya aku nak kongsi dgn pembaca alam maya ni. tp, aku agak letih dan aku takut akan membuatkan semua merasa bosan dgn entri aku yg panjang berjela ni. hu2... later, k? adiosz!
* letih main futsal td. fyi, aku first time mende alah ni. gelaklah kalau mahu. haha.. memula rasa x konfiden langsung nak main, but then, seronoklah pulak. :p no wonder lah ramai yg suka sport ni ek. tp bg aku once in a blue moon bolehla. stamina pancit beb! adoyaii... haha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan