Khamis, 17 Januari 2008

zaman berzaman

tadi terbace blog keretamayat. terjumpe puisi en. maon, dan sy sgt tertarik dgnnya. kpd en. maon, sy pinjam kejap ye puisi ni? full with rhyme.

Sila baca dengan nada yang berirama hendaknya...

Sudah akhir zaman?
Nama saya ada jugak zaman,
Ada zaman dahulu,
Ada zaman dahulu kala,
Ada zaman dinosor,

Sudah akhir zaman?
Zaman itu nama saya jugak,
Ada zaman para nabi,
Ada zaman para sahabat,
Ada zaman salafus soleh,

Sudah akhir zaman?
Tak pernah orang panggil saya zaman,
Ada zaman jahilliah,
Ada zaman kebangkitan,
Ada zaman peperangan,

Sudah akhir zaman?
Kari ayam sangat sedap zaman sekarang,
Ada zaman ortodok,
Ada zaman antara zaman,
Ada zaman sekarang,

Sudah akhir zaman?
Zaman sudah akhir?
Akhir zaman sudah?
Kari dal sangat sedap zaman ini???

Sudah akhir zaman?
Bila akhir zaman?
Apa akhir zaman?
Mengapa akhir zaman?

Wahai zaman,
Ingatlah wahai zaman,
Zaman pasti pergi,
Kerana, sudah akhir zaman?

Wahai zaman,
Zaman ini, orang minat makan nasi lemak daun pisang,
Zaman ini, orang minat makan nasi lemak tak berdaun pisang,
Kerana, sudah akhir zaman?

Wahai zaman,
Zaman ini, zaman itu,
Zaman di sana, zaman di sini,
Zaman begitu, zaman begini,
Adakah kerana, sudah akhir zaman?

Wahai zaman,
Sebagai penutup zaman,
Tutuplah dirimu dengan zaman yang aman,
Kerana zaman di sana amat dahsyat lagi menakutkan...

Sekian untuk kali ini.

Sekian terima kasih.

-maon-

2 ulasan:

azharjaafar berkata...

Salam perkenalan.
Zaman skrg byk fitnah.
Emm.. Entahlah.

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ berkata...

salam perkenalan kembali.
mmg sukar hidup dlm zmn ni.
hanya yg betul2 kuat iman jek boleh terus 'survive' dgn baik.
t. kasih lawat blog sy.